Alhamdulillah telah 53 tahun kita merdeka. Seperti tahun-tahun terdahulu, rakyat Malaysia tak jemu-jemu laungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! pada tanggal 31 Ogos. Semoga semangat patriotik ini berkekalan sesama kita sampai bila-bila.
Semalam buat pertama kalinya kami bawa Damia masuk ke dalam stadium Kompleks sukan Bukit Jalil. tapi disebabkan masuk pun di hujung rehearsal cuma tengok babak akhir je la. Damia dah beria nak berjalan-jalan di celah-celah kerusi macam stadium tu ayah dia punya hahahaaa.... Sekejap je kami ikut bersurai sekitar jam 11 malam lebih.
Hari ini rancangnya berjalan dekat-dekat rumah saja sebab malas nak ke pusat bandar. Faham dah kalau cuti awam begini mesti jalan sesak. Nak-nak ramai yang kalut cari barang raya di Jalan TAR. Semalam jengah laluan ke Jalan TAR pun penuh sesak dengan kenderaan. Fenomena biasa kalau dah dekat-dekat nak raya. Nak-nak bila para pekerja semua dah terima gaji. Mungkin petang nanti kami ke NSK je beli barang dapur. Mulai rabu ni sampai hujung minggu tinggallah aku dengan Damia kat rumah. Rutin aku ke tempat kerja macam yang lepaslah, naik bas lagi. Harap-harap aku sihat dan tak demam lagi. Tak larat aku nak redah perpeluhan manusia berhimpit dalam bas. Pening hakak....
Owh, bagi yang belum tahu. Umur aku pada 19 Disember 2010 nanti genaplah 28 tahun. Ramai yang tanya kenapa aku suka taruk perkataan hakak sebagai ganti diri. Owh... tak salah kot. Ramai je muda mudi yang berblog sekarang. Ada yang tahu aku ni muda lagi kohkohkoh... Aku tak cakap, orang yang kata. Tapi aku tak kisah kalau ada yang tersalah anggap aku lebih tua uhuk huk...
Ada yang tak kisah pun bila aku tak berkakak-kakak dengan mereka yang berpangkat kakak. Kita boleh lebih mesra begitu. Ada yang kisah tentang status. Jadi gelarlah mereka dengan panggilan yang sebaiknya. Rakyat Malaysia kaya dengan budi bahasa. Banyak pilihan bahasa dan ayat dapat dibina. Tepuk dada tanya selera.
Semoga nilai budi bahasa tidak luput dalam diri kita
Tak kita bahasa, bangsa, agama mahupun negeri.
Tak kita bahasa, bangsa, agama mahupun negeri.
6 comments:
me jenis tak kisah :p kalau setakat sethn dua tua gap tu kira mcm sebayalah ;) anyway, u muda 6 thn dari me :) u sama umur dgn adik lelaki me :)
selamat bercuti wan....
mama zharfan ~ serius? saya sangka beza setahun dua je sbb nampak muda >< xpe ke terlajak kata panggil nama je selama ni? patut ke saya gelarkan k.suziey pasni?
k.pah ~ selamat bercuti k.pah. cuti2 kami mcm xcuti penatnya hehe... patutnya berehat kat rumah kita sibuk nak bersoping ><
comer arr dollie wan..superb!.
Acurose ~ paling cepat disiapkan sbb guna template lama >< hahaha
Post a Comment