Nuffnang

Followers

Wednesday, August 4, 2010

Kenapa pasang bunting macam ni?

Sebenarnya dah lama nak menulis pasal isu ini. Tapi asyik bertangguh je sebab banyak sangat perkara yang sedang dalam pembikinan perlu diselesaikan segera. Sudahnya blog aku selalu nampak sepi tanpa khabar berita. Aku tak suka macam tu. Aku suka membebel dalm blog sebab aku takde kawan nak diajak membebel. Dan aku jadikan blog ini sebagai mangsa keadaan huhu...


Dah beberapa kali aku lalui Jalan Kuching dengan perasaan berbulu. Untuk pengetahuan kalian, aku tinggal kat Selayang. Tempat kerja menghala ke pusat bandar. Nak cepat, lalulah highway kat Jalan Kuching. Kalau rasa nak elak jem lalulah Jalan Ipoh. Tapi lebih kerap lalu Jalan Kuching sebab lebih cepat (kalau tak jem) dan tak banyak lampu trafik nak kena harung macam kat Jalan Ipoh tu.

Perkara berbangkit yang aku nak timbulkan ni pasal design bunting yang berhias di setiap lampu jalan. Aku takde kamera nak paparkan kat sini. Tapi aku agak korang boleh bayangkan apa yang aku cakap. Bunting atau pennant tu digunakan untuk tujuan promosi dan pengiklanan. Macam-macam jenis ada. Kalau kat Jalan Kuching kita boleh tengok variasi bunting hiasi lampu jalan sepanjang laluan. Pelbagai iklan, pelbagai design.


Contoh: Inilah pennant. Ku google pic highway tu
Gigih aku design simple layout nak tunjuk contoh huhu.
Tapi yang menyakitkan mata bunting Tilawah Al Quran. Bukan isu design islamik tu yang aku komplen. Aku lagi suka kalau hiasan berbentuk islamiah dipaparkan dimerata-rata tempat. Sejuk mata dan hati memandangnya. Masalahnya aku tak tahulah kenapa bunting tu boleh jadi macam tu. Keadaannya sangat menyedihkan dari hari pertama ia disangkut pada tiang lampu.

Design ok. Pengisian boleh dibaca. Masalahnya bunting tu disangkut sangat rendah. Macam sangkut sambil lewa. Materialnya pulak ada yang koyak rabak. Ada yang terselak teruk macam direnyuk. Aku fahamlah mungkin sebab ditiup angin. Dengan kayu pemberat atas dan bawah yang terjojol sana sini. Sakit mata aku tengoknya. Nak-nak design tu memang tertutup banyak dan pandangan mata terganggu. Jika nak dibandingkan dengan bunting-bunting design lain di selang lampu, kedudukannya tinggi. Jelas dibaca. Ikatannya kukuh dan kemas. Aku rasa yang memasang bunting tu memang teliti isu pemasangan. Setiap bunting diikat kukuh dengan dawai. Memang takde satu pun bunting design lain tu yang jatuh menyembah bumi macam bunting Tilawah Al Quran tu.

Aku tak kisahlah kalau pun program tilawah tu masih ditayangkan atau dah habis. Isunya ciri-ciri pembaikpulihan macam tak diendahkan. Perkara ni dari minggu lepas aku perasan. Tapi keadaan bunting Tilawah Al Quran makin teruk. Ada yang dah rompong. Hilang diterbangkan angin. Baki-baki yang tinggal pun macam bunting bertahun-tahun letak kat situ. Kalau yang elok pun ada la satu dua. Itupun dalam kedudukan rendah dan tak memuaskan.

Aku geram sebab kalau bunting-bunting design lain boleh je dalam keadaan baik terjaga. Tapi kalau bab-bab melibatkan promosi program islamiah macam ni selalu terabai. Aku tak nak salahkan sesiapa. Bukan hak aku nak cakap pasal salah orang. Sendiri boleh fikirlah. Tapi aku rasa mana-mana pihak pun lepas ni tak kiralah nak promosi apa-apa iklan dan program pun. Silalah sediakan alat yang berpatutan. Yang berkualiti. Janganlah jadi macam kes bunting ini. Tak kisahlah nak gunakan kos murah mahal tapi hal-hala penjagaan dari semasa ke semasa harus diambil berat.
Dalam bunting tu ada gambar pemuda baca al quran. Gambar al quran pun ada dalam bunting tu. Tapi bayangkan bila bunting tu dah jatuh ke bumi. Kereta kat highway dok lenyek-lenyek. Hati aku sedikit tercalar kenangkan perkara tu. Walaupun hanya gambar, aku masih terasa hati. Haih...
Kalau ada tak puas hati kat aku sebab isu ni janganlah nak saman aku ek. Aku cuma suarakan pendapat aku dari sudut orang awam. Hal-hal membabitkan sensitiviti agama wajar diberi perhatian lebih khusus. Wallahulam.

4 comments:

Shaz said...

comelnye kalau bunting dlm pic tu ade kt tepi jln...hihi :)

AcuRose said...

Ni mesti kes bajet ciput, quality nak wat promo takde. org yg bertangungjawab wat promo utk tilawah ni tak patut amik mudah perkara2 camni. Huh! perihatin sungguh pn.wan pagi nih.. so sensitive..hehe

Wansteddy Tales said...

Gnie ~ ehehe... sample je Gnie ><

Wansteddy Tales said...

Acu ~ sensitif bawa ke malam terus ni acu. itu la pagi2 bawak mood hangat. smpi malam isu ni membiak hahaha...