Nuffnang

Followers

Wednesday, August 4, 2010

Maaf sangat-sangat ~ kerja design aku memang lambat

Pertama sekali aku nak minta maaf banyak-banyak pada pelanggan yang tunggu lama. Paling lama setakat ni Intan. Kerja rekabentuk header beliau asyik bertangguh disebabkan jadual kerja yang ketat. Banyak yang nak diuruskan. Tapi bagusnya Intan langsung tak marah. Aku pulak yang rasa bersalah ni huhu...

Disamping tu disebabkan aku buat giveaway. Hadiahnya pakej dolly mulalah kerja-kerja freelance ni lebih berterabur.

Proses rekabentuk header yang lama ni selalunya berpunca dari kerumitan nak siapkan fully dolly. Setiap dolly aku kena pastikan ubahsuai pakaian dan posisi kedudukan. Aku tak suka berikan design yang sama pada pelanggan berlainan. Sebab kalangan pembaca blog pelanggan ini pun rakan sesama blog juga. Jadinya dikhuatiri masalah macam copypaste berlaku. Tapi kalau ekspresi muka sama jangan komplen pulak. Satu hal besar lagi kalau nak design muka baru! huhu... Selalunya muka dolly yang berubah banyak pada karektor lelaki sebab kaum lelaki ni ada yang bermisai, berjanggut dan style rambut pun pelbagai. Jadi nak lukis tu memang ambil masa.

Keduanya konsep header pun tak sama. Kalau sama pun adalah sikit-sikit sana sini. Selalunya aku suka rujuk pada konsep blog pelanggan. Tapi kalau ada pelanggan yang sudah rancangkan design header mereka, kerja memikirkan tentang konsep lebih lancar dan cepat.
Ketiganya aku memang tak suka buat simple vector. Kalau vector plain-plain macam tu bentuknya akan nampak terlalu simple. Dan aku pasti takde pelanggan yang suka dapat hasil kerja cincai dan simple sangat. Kecuali memang dah diminta buat macam tu. Dengan senang hati aku ikut kehendak pelanggan. Seperti konsep perniagaan standart: Customer is always Right!

Sneak peak my design: Contoh vector. Setiap garisan biru pada kerengka dolly tu dilukis. Kerengka untuk muka, tangan dan kaki saja dicopy paste. Tapi kalau dolly ini perlukan pergerakan, kena lukis baru.

Aku cuba mematuhi beberapa kehendak selagi terdaya. Kalau tak tercapai ke imaginasiku. Saranan aku pelanggan cuba bantu beri lebih idea. Lebih bagus kerja dalam kombinasi demikian kan.

Buat masa ini aku memang sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Masa rekabentuk terhad untuk beberapa ketika. Selalunya kalau aku skip breakfast dan lunch insya'allah dapatlah siapkan design pada kadar segera. Tapi aku ni manusia biasa jugak. Perlukan waktu rehat. huhu...

Harap-harap penjelasan ini dapat menerangkan situasi aku yang sebenar. Andai ada sebarang masalah atau permintaan jemputlah email sahaja kepada aku. Aku akan cuba berikan jawapan sepantas dan sebaik mungkin.

Aku seorang pekerja. Seorang ibu dan isteri. Ruang masa sangat terhad untuk siapkan pelbagai kerja sekaligus. Berilah aku masa. Itu je aku harapkan.

6 comments:

i z z a said...

sy jgk yg x pndai2 nk reka dolly..nmpk cam mudah jer tp bl nk bt tuh..ssh jgk..asik x mnjadi jer

BabyIntan said...

Ya Allah Wan, dunt worry kay :)

Intan pon nak mintak maaf kat Wan nie coz bila nak call je Wan nak diskuss asik tergendala je coz Intan pon bizi gak ngan nak pindah2 nie...huu huu. Wan jgn marah ye ;)

Inysa'Allah besok Intan call...huu huu.

Wansteddy Tales said...

izza ~ akk mula2 nk start design dulu pn cmtu izza. tp bila dah start tu mmg dah xtoleh dah hehe...

Wansteddy Tales said...

intan ~ kesian kat Intan tunggu lama. Ikutkan mmg Intan harus marah pn sbb kerja wan ni lambat sngt nk siap hehe... Maaf sngt2 ye Intan. Saya langsung xmarah serba salah ada huhu...

xpe Intan yg penting kita sama2 ada masa senggang. jgn rush bg pihak Intan. bnyk lagi perkara nk buat bab2 pindah rumah ni.

Adil said...

lah buat dolly ni susah rupanyer !
dulu mula2 ingat senang je..tinggal lukis2 pastu letak warna..
;D

Wansteddy Tales said...

Adil ~ sebenarnya lukisan vector ni tak susah kalau dah biasa lukis. tp bila mood malas + bz dgn kerja lain tu yg jd agak susah hhahaha