Nuffnang

Followers

Tuesday, August 3, 2010

Kisah pahit AKU yang harus diambil iktibar

Kisahnya semalam aku pergilah ke sebuah pusat menguruskan badan ni. Nama dan lokasi haruslah dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Korang nak tahu kat mana email kat aku: washifalo@yahoo.com. Aku pergi pun dengan tiket kosong sebab ditawarkan percubaan pertama secara percuma. Tawaran ni aku terima sempena sertai contest sms yang ditawarkan di dalam sebuah majalah tempatan. Harus jugak dirahsiakan. Nak tahu email aku.


Aku dapat offer free trial ni dah lama. Sekitar bulan lepas. Dek kerana aku asyik bertangguh sebab hb asyik outstation, urusan keluarga dan aku balik bercuti ke kampung minggu lepas. Aku terpaksa jalani sessi bersoal jawab yang agak lama dengan pusat rawatan tersebut. Apa yang buat aku musykil, selalunya kalau contest-contest ni sekali dua je dorang akan hubungi pemenang. Kalau hubungi pun cakap sikit-sikit macam nak cepat. Tapi promoter dari pusat rawatan ni bukan mainlah ramahnya, lembut tutur katanya, dan pandai memujuk aku suruh datang ambil free trial ni. Kat situ je aku dah syak wasangka. Ada agenda tersembunyi ke ni?


Kerana rasa bersalah. Sebab asyik bertangguh dan dorang pun asyik hubungi aku tak henti-henti. Aku pun dengan paksarela pergilah petang semalam. Jujurnya aku separuh hati je. Nak cari pusat rawatan tu pun makan masa. Sebelah sisi hati aku kata balik je la. Dah macam-macam halangan ni tentu ada sesuatu nak jadi.


Tapi promoter pusat rawatan tu tak habis-habis kol. Aku yang serba salah campur kesian campur penat ni berusahalah jugak mencarinya. Akhirnya jumpa. Awalannya segalanya baik-baik belaka. Sambutan menggalakkan bagai aku ni pemenang hadiah utama dengan tawaran RM10'1010! konon. Hakikatnya trial free treatment yang aku dapat tu adalah dalam hampir rm1000 je. Pada aku dah kira mahal sungguh la tu! Sapa nak bagi hadiah mahal-mahal macam tu kan.


Awal-awal aku tanya kat promoter, "saya join ni atas tiket free gift kan. Takde hidden charges kan." Muka promoter tu dah berubah sikit. Macam panik. Kendian dia alihkan tumpuan aku dengan tanya yang macam-macam pasal tahap kesihatan aku. Aku masih tak puas hati. Aku tanya lagi pasal treatment free tu. Kendian promoter tu agaknya dah tahu aku ni jenis tak boleh nak kelentong sewenang-wenang kot. Dia panggil kawan dia yang lain. Kononnya kawannya tu pakar perunding kat situ. Okeh aku tunggu.


Masuk seorang lagi promoter kali ni nampak lebih karisma. Bila bercakap tegas tapi masih ada manis-manis senyum tu. Dia jabat tangan aku. Genggam tangan dah hayun sekali. Macam orang lafaz akad nikah tu. Dan promoter jenis inilah HARUS kita berjaga-jaga. Kalau tidak nescaya kita terpengaruh dengan pujuk rayunya. Dari penilaian pertama aku yakin betul, aku tak dapat mengelak dari promoter ini. Betul dia ramah, tapi tegas paling utama sikap memaksa tu jelas terpapar dari setiap tindak tanduk.


Acara seterusnya buatkan aku lebih rasa tak seronok. Promoter ni jelas terangkan perkara-perkara yang menjatuhkan semangat dan maruah jugak. Macam-macam dijelaskan dan aku perasan mood aku kian suram. Dan aku ikut tenggelam dengan nada paksaan beliau.


Bila aku tanya soal free trial mentah-mentah promoter ni alih perhatian aku pada pokok cerita yang langsung tak berkaitan. Bijak mengawal situasi. Lebih nekad beliau terus paksa aku jadi ahli dengan yuran pendahuluan RM500 cash! Gile? Aku dalam walet cuma ada tak sampai Rm100. Rm50 duit kertasnya dah korak segaris macam kena gores dek pisau. Aku target. Kalau dorang paksa jugak aku bayar. Aku bagi je duit Rm50 bergores tu. Biar rasa.


Aku masih tak puas hati. Aku nekad kalau dia paksa jugak aku bayar, aku tinggalkan saja pusat rawatan tu. Sama ada pergi dengan free trial atau pergi tanpanya. Bila promoter tu tengok aku ni degil semacam, beliau terus sarankan aku masuk bilik rawatan. Suruh buat itu ini. Masuk sauna dan cuba dipanggangkan dengan kaedah apa tah aku pun malas nak ingat.


Selesai bab itu, lepas mandi, promoter tu datang balik dengan perkara yang sama. Paksa aku jadi member dengan bayaran Rm500. Aku cakaplah suami aku tak setuju terima terus. Kitorang dah bincang nak cuba free trial sahaja. Lepas tu kitorang nak diskus nak teruskan atau tidak. Promoter tu masih tak puas hati. Dibelit-belitnya kata sampai aku tension tau. Ayat beliau yang buat aku angin, seolah-olah dia kata aku tipu dia. Cakap putar belit. Sedangkan dia yang mainkan perana lidah macam ular tu.


Sudahnya bila aku cakap "Saya stick with my decision. I nak free trial sahaja after that i nak discus with my husband. Tengoklah end of this month nak teruskan ke tidak" Waktu tu korang harus bayangkan muka promoter ni. Cemberut habis. Hilang senyum-senyum, hilang seri muka lawanya. Timbul pulak rasa ngeri dalam hati aku. Hendaknya dia buat apa-apa kat aku tidakkah niaya?


Promoter tu paksa aku ambil telifon bimbit aku. Aku ambil kesempatan tu pakai semula semua baju-baju aku. Siap berpakaian promoter tu punya terkejut badak hampir-hampir buat aku tergelak besar kat situ-situ jugak! Dia tanyalah kenapa aku tukar baju blablabla... Aku cakap my hb kat luar. Waktu tu memang jelas dia nampak panik. Aku rasa mungkin dia dah ada pengalaman dengan kes-kes lalu melibatkan suami pelanggan. Sebab bila melibatkan hal orang lelaki dia semacam pasrah je.


Tak puas hati lagi. Dia offer pulak kat aku pakej student Rm500 untuk 5 kali rawatan. Hah! Kan boleh bagi murah. Yang ko nak tawarkan kat aku harga mahal-mahal tu apasal kan. Siapa nak beli barang mahal kalau dah ada stok murah.


Aku fikir, perempuan ni memang tak nak lepaskan aku selagi aku belum bayar apa-apa. Pengalaman kawan-kawan mengajar aku. Sudahnya aku buat-buat setujulah nak ikut pakej student ni. Mula-mula aku agak dia nak rm100 deposit. Tapi yang ditawarkan rm50. Okes sangat dah tu. Aku dengan senang hatinya setuju. Tapi aku teliti jugak surat menyurat yang dia paksa aku tandatangan. Hendaknya melibatkan apa-apa masalah guaman nanti. Masalah pulak aku. Aku rasa takde apa-apa sign aku melibatkan urusan camtu.


Lagipun promoter tu awal-awal dah cakap. kalau aku nak teruskan hingga hujung oktober aku boleh join pakej ni dan bayar rm450 bakinya. Rawatan diberikan seumur hidup 5 kali sahaja. Tapi kalau aku tak bagi feedback dlm tempoh tu terbanglah Rm50. Aku okeh je. Rm50 dengan percubaan pertama macam tu. Okey la. Walaupun seharusnya ia PERCUMA!


Sebelum balik aku diberi free trial pack losyen kuruskan badan. Heh! Dengan beg comel cantiknya sejuk lagi hati aku serahkan RM50 tu. Okeh la tu. Tapi sempat aku dengar promoter-promoter lain bergelak ketawa. Yang aku faham dorang ketawakan promoter tadi sebab juz dapat RM50 je untuk tujuan consultation. Hah! Gasaklah kamu.... Yang penting lepas ni takkan aku jejak lagi ke tempat itu. Kot. Manalah tahu esok-esok aku nak join member pulak, tak sanggup gak nak jilat ludah sendiri kan. hehe....


Untuk pengetahuan korang. Aku terima lagi panggilan telifon free trial untuk pelbagai jenis khidmat kecantikan dari beberapa pusat rawatan lain. Semuanya tawarkan pakej mahal-mahal. Memang mengiurkan. Tapi pengalaman mengajar aku. Jangan harap aku nak pergi! Lepas ni ada lagi panggilan-panggilan macam ni aku nak cakap "offer la kat orang lain, saya dah tak berminat!" hahahahaha....


Pengalaman kawan aku: Promoter beliau paksa ambil pakej-pakej mahal. Paksa beli produk mahal-mahal. Lebih keji sanggup ambil kad kredit kawan aku tu dan dengan suka hati buat bayaran untuk harga produk mahal tu. Padahal kawan aku tak setuju pun. Lepas kejadian tu kawan aku dah tak jejak lagi pusat rawatan tu walaupun dengan penuh bersungguh-sungguhnya promoter tersebut hubungi kawan aku lagi dan lagi. Tak dilayannya. Padan muka!


Moral dari kisah-kisah ini:


1) Bertegaslah sebab anda ada hak selaku pengguna. Ingat itu.

2) Jangan mudah tertipu dengan contest-contest tawaran menarik sms sebegini

3) Pastikan taruh lebih syak wasangka

4) Pastikan anda tak bawa kad kredit semasa kejadian. Penting!

5) Pastikan duit anda Rm100 ke bawah. Cukup-cukup untuk alasan berguna takde cash ketika kejadian. Kalau dorang paksa korang pergi cucuk ATM kad jawab je akaun takde duit. Habis cerita.

33 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

tol tu wan...kaan2 kiter selalu kena camni...mula2 je kata Free tapi biler pegi macam2 dia promote...sape tak kuat iman confirm akan terpedaya...biasa la lembut gigi dari lidah

Cik Puan Nurul said...

wan email daku nk tau slim center mana yg begitu hasuaa tu..risau ni sebab tgh mengusha slim center gak nihh

nad said...

huisy,giler la!!
cam ni cara nak niaga pun ada..
teruk btul!
mmg kene berhati2 slalu..

Mama Zharfan said...

pengalaman i pun hampir sama mcm u...me menang contest from parenting magz under today publishing...spa cum slimming centre nama rustic nirvana....last2 i kena byr rm100 sbb dia paksa i mcm yg u kena tu lah...kakak i pun pernah kenda dgn free trial promo philip wain..last2 kena byr rm 50 baru boleh balik, dia siap kunci pintu..
so i memang takkan percaya dh mana2 slimming promo ni..
why not u just reveal the nama of the slimming centre. for the benefit of all. tq

Karisma Izzah said...

kesian Wans...

my mom pegi dulu pun gitu gak...macam apksa jek...tapi dioranng tu tak sekeras promoter tu...

my mom dapt free trial, tanpa kuar duit..coz my mom kate nak bincang dgn my dad...

memang la ade rase bersalah, tapi kena kejam skit sebab diorang ni lagi kejam cekik duit kita...huhu....

Wansteddy Tales said...

Anje ~ betul tu anje. xpyh kata kuat xkuat iman. klu kita berdegil dia balas degil jugak. dlm iklan contest siap ckp FREE Obligation. tp dh ke sana mmg la xbertengkar. hampir2 tu dah ada. haih... mcm2 kes berniaga skrg. org xnk dipaksa2. smlm saya tgk ada sorg customer muka masam je. rupanya kena paksa byr rm1000 gitu wah.... niaya betul.

Wansteddy Tales said...

nurul ~ nnt sat nak email

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ dah baca kisah suziey ni dulu. sbb tu saya ambil masa gak nk setuju join free trial. xsangka mcm ni rupanya cara dorg nk jual produk! gile. bab share tu saya xboleh reveal dlm blog kot. ambil iktibar apa yg jadik kat blog lama dulu. pape nk tau by email je la suziey. tp rata2 kenal produk ni. famous!

Wansteddy Tales said...

Nad ~ jgn mudah tertipu sms contest. penipu melambak2. yg buat kesal tu majalah pn mcm sekutu dorg haih...

Wansteddy Tales said...

izzatul iman. betul. saya perasan dorg kalau melibatkan hal suami2 lelaki2 dorg jadi pasrah2 sikit. masa saya dtg dhn hb n baby pn dia dah muka semacam cuak2 je. tu pn mula2 dah rs musykil2. bila hb saya keluar kedai naik tanduk dorg! hehe

Nigina said...

huhuhu ngerinya.. lepas ni pun i kena hati-hati juga.. bahaya...

Bukan Bidadari said...

ALA SEMUA ADA UDANG SEBALIK MEE... AKU KENE DULU... HOTEL NAK BAGI FREE VOUCHER TAPI CAM BIASA ADA YG TERSEMBUNYI... BARU NI AKU DPT CALL YG SERUPA... TERUS AKU CKP " MAAF X BERMINAT " HAHAHAHA..MANE TAH DIORANG DPT NO.TEL KITE NI KAN?

alinalan said...

Mak aik.. naik bulu betul promote tuh.. tak baik tau aniaya orang demi nak dpt pelanggan...cane nk maju kalo guna cara paksaan...

nuraarin-life said...

Tu la sy pun takut kalau nak pergi slimming centre ni, sebenarnya ada teringin nak pergi..

dah baca pengalaman sis wan ni, saya lagilah tawar hati..

BIONIC WOMEN said...

Rasanya eily tahu slimming center mana..haha.eily dapat gak free trial ni. Kesnya hubby tu ler..ngengada anta sms ms iklan tv..dowang col berkali2...pujuk mcm2..last2 eily jawab saya xnak saya pregnant..hahah..trus x col dah.
sebabnya mcm plik kan, kata free tapi melampau2 pujuk

AyuArjuna BiGoshh said...

sabar jer....
mmg ramai dah kena..ada one of my fren kena infection pada kulit guna alat dia....siap minta maaf tak bagi ganti rugipun tapi dah buat report kat pihak kementerian pengguna

Wansteddy Tales said...

Nigina ~ ramai jugak customer dia. saya cuma terfikir samada dorg ni mmg serius nk kurusa atau mmg org kaya atau sama kes dgn saya: kena paksa. haih...

Wansteddy Tales said...

Ema tu yang masalahnya kalau kita isi form by online segala. detail kita semua org leh tahu. bahaya2 ><

Wansteddy Tales said...

MommaMia maju secara paksaan la kot huhu... serik dah nak pegi sana >< tadi pn selamba je saya tolak panggilan slim care kedua. ada lagi 3 belum kontek. semuanya nak kontek dlm minggu ni. jwpn pasti nak bg XNAK!

Wansteddy Tales said...

nuraain ~ kalau tak cerita org tak tahu. lebih baik saya ceritakan. hehe... mmg ini antara pengalaman paling susah nak lupa kot hehe. nak testing la konon2 terkena jugak haih... nasip baik xikut pujuk rayu+paksaan promoter tu. klu x melayang rm500 cash!

Wansteddy Tales said...

Eily ~ Ahah! diam2 dah le eily kan kita2 je la tahunya hehe... eily bg idea la. esok2 klu ada yg kol2 lagi nk bg jwpn yg sama la hahaha... tipu2 kang ngandung betul niaya! hahaha

Wansteddy Tales said...

Ayu ~ Hah? itu lagi menakutkan... mujurlah saya xkena pape kat saya. patutnya boleh kena tutup pusat rwtn tu kan Ayu.

Anonymous said...

suke2 dorg je nk pakse org kn..hihi..nasib baca kisah akak nie..klu x mmg terkena la sy..hihi

♥ Darina Shower Scrub said...

takutlah dgr cite aawak tu wan..kite pernah gak terima panggilan camtu, tp alhamdulillah tak pernah ter'jebak' lg. tak tahu lak ada kes-kes camni. kene ambik ikhtibar ni. nnt email kite nama pusat ke'bengongan' tu yer. zuens@yahoo.com

BUNGA said...

mak aih.. seram plak bila baca mcm ni..
harus berhati2 kalau terigin nk pergi slim centre lepas ni. terima kasih untuk cerita ni.. kalau x sya pun x tau... :)

Wansteddy Tales said...

aenareal ~ betul tu dik. pasni sama2 lah kita berhati2 nak join contest atau terima tawaran 'lumayan' macam ni. klu promoternya baik semacam tentu ada agenda tersembunyi.

Wansteddy Tales said...

zueyie ~ saya harap zueyie terima email saya. ikut hati nk reveal terang2an tp pengajaran lalu mengajar saya hehe... xpe, yg pntg hati2 terima tawaran free trial ni. tentu ada agenda tersembunyi huhu

Wansteddy Tales said...

Bunga ~ sblm ni bnyk kali terbaca kisah2 cmni. saya mmg tahu tapi kena sendiri tak sama dgn dgr cerita org kan. hehe... terbang rm50 tp dpt pengalaman buruk cmni mmg bagi pengajaran la. tobat dah tak join dah hahaha...

ibu_Arifa said...

huhu..takutnyer baca citer kak wan ni..takut tak tegas jer dan takut terpedaya..
terima kasih kerana memberi peringatan dan berkongsi cerita ini.

Wansteddy Tales said...

ibu arifa ~ ramai jugak dah terkena min. tp mngkin xde medium nk share. akk rs mmg patut akk share sekurang2nya sms tipu2 ni org dpt elakkan. jgn la jd kes cm akak huhu... kata je free tp kena paksa jd member pulak huhu

Nur Sakinah Ahmad said...

wan, sy pon penah terkena gak. dah uat aduan ngn antar kt paper. tp diam jek..ms sy g tu, ade dua-tiga org lg yg senasib. dpt voucer 'murah' tp lastly customer gak yg kena byr mahal. sy kena kononnya FREE 1session (worth rm7ratus) tp alih2 sy kena byr jugak. penipu besar. sy dah lm uat entry dlm blog. hrp kawan2 len pon tak tertipu ngn slimming sanctuary. citer lebih kurang citer wan je.. sgt keji itu olang!!!

Wansteddy Tales said...

Kinna ~ adoi. sama dengan la kes kita ni kinna. lepas ni tobat dah tak nak percaya sms2 free trial penipuan mcm ni. betul2 cara promosi salah. boleh diambil tindakan tu. haih...

eima said...

rajin dpt call dr hotel tgh wat promosi ..
tp tak penah layan ...

jahat tul diorg ..suka hati je...
takutnye aku.. ingat ... jgn tertipu pesanan utk diri sendri