Jengah-jengah blog kawan-kawan, macam-macam lauk pauk disediakan sempena sahur pagi tadi. Amboi... mengiurkan sungguh! Aku pun hidangkan hidangan sahur jugak untuk hb aku. Air suam semata-mata! Sungguh ni. Kesianlah kat laki aku dapat bini cenggini punya.... rajin.
Sebenarnya bukan aku tak rancang nak masak apa semalam. Macam-macam aku nak masak, konon. Siap cadangkan kat en.hb nak masak ala2 western je la, roti bakar, telur hancur dengan sosej goreng. Sebabnya kat rumah stok makanan habis licin minggu lepas. Kitorang pulak belum bershopping stok dapur lagi. Banyak barang tak lengkap nak masak beria-ia memang tak boleh la.
Sampai bawa ke mimpi aku punya rancangan nak memasak tu tau. Masalahnya semalam mek Damia setiap jam terjaga dan menangis merengek-rengek. Aku pun tak faham kenapa dia jadi macam ni sehari dua ni. Asyik nak kan perhatian je. Bukan Damia tak pernah berjaga malam, tapi kali ni dia asyik selangkan dengan menangis je. Sudahnya tidur aku jadi tak lelap. Sekejap-sekejap terjaga nak layan karenahnya.
Sedar-sedar jam 5.20 pagi! Mak ai.... Jangankan nak masak western food, nak masak air pun dah tak sempat ni! Nak-nak kitorang tak tau masa masuk imsak. Terkial-kial cari TV106 Oasis nak tengok maklumat terperinci. Haih... Cuai sungguh. Semalam aku lupa nak sediakan satu tarikh lengkap waktu imsak dan berbuka untuk ditepek kat rumah macam tahun-tahun sebelum ni. Sebab aku yakin betul esok baru puasa bukan hari ini huhu...
Gigih nak rancang masak esok pagi! hahaha.... Selalunya di bulan puasalah aku rajin masak. Dapur bolehlah berasap hari-hari sebab aku tak lalu nak makan lauk pauk tunjuk-tunjuk kat bazar ramadhan. Al maklum dah sejuk. Lagi tak bernasip baik dapat pulak lauk basi! Banyak kali terjadi. Lauk basilah, tak masaklah. Sudahnya aku korbankan masa berehat untuk masak. Puas hati tengok keluarga makan penuh berselera hasil tangan kita. Atau sebab dorang lapar berpuasa? hahaha....
Di bulan-bulan puasa ni ramai blogger suka paparkan cerita lauk pauk berbuka dan bersahur dorang. Memang mengugat iman jugaklah ahaha... Tapi bagusnya boleh ambil resipi yang dikongsikan tu. Al maklum hakak ni ta pandai masak. Masak air tu pakarlah hehe...
Lepas ni nak cari resipi best-best. Bolehlah praktikkan masa masak nanti, wah! Bersemangat sungguh ni...
12 comments:
Wan..me malam tadi kunyah roti gardenia coklat kimis 4 keping sambil tutup mata..ngantuk x hengat..hubs pulak bedal 3 pax nesvita coklat ngan 3 keping roti coklat tu..kitaorang keletihan..banyak beno keroje lately ni..
arini insyaAllah..bisa upgrade sahurnyer..tapi kami slalu sahur x makan nasi..banyak jamah oat ngan roti jer...konon nak diet laki bini..
hurm.. mmg takde selera nak berbuka ngan lauk tunjuk2 tu. Bis tu balik awal kah hari ni? masak? sempat kah?..hehe
Hanz ~ kes yg hampir serupa hehe... saya pn kalau sahur xlalu makan berat. selalunya waktu bulan pausa la bdn boleh turun brt bdgn hehe
sy, tahap malas nak bangun, before tido da letak tepi katil.. kurma ngn air kosong... :D
me msk sup daging siap2 sblm tido, then bila bangun, just goreng telur dadar :) so kami bersahur dgn jayanya :) me spesis tido ayam, so Insya Allah, senang terjaga bila2 pun :)
uihhh...sian wan, x sempat sahur..
Kalau wan bleh turun berat time pose, eily plak mesti naik punyerlah..hahaha..nak tahu naper..nnti wan akan tahu jugak.kwang3
AcuRose ~ semalam balik lmbt jugak Acu. pukul 5.45 petang baru keluar, redah jem lagi. nasip baik pukul 6.30 sampai kat rumah. singgah bazar beli lauk tunjuk2 je la. nak masak xsempat, stok pn ilek dlm peti ais huhu
DJF Closet ~ hahaha.. dulu masa zmn ank dara buat jugak mcm tu. tp dah bersuami ni malas xmalas kena bgn masak jugak. hehe
Mama Zharfan ~ saya masak sup untuk Damia je hehe... hb xsuka makan sup kosong. damia pulak xboleh makan sup pedas. sudahnya laki bini ni kena la bersyukur je dgn telur hancur dan sosej untuk sahur pagi tadi! ahhaaa... Bestnya Damia pun ikut sibuk nk bersahur. hehe
Eily ~ pregnant ke? wa.... tahniah2... sorang demi sorang kawanku mengandung lagi. Wa... teringin jugak. tapiiii tgu dululah hehe... Tahniah Eily, baik berat sbb peknen lagi bagus ><
nasib sempat gak minum air suam...
hi hi sabo jer la wan.
aida - sambal kentang & bilis, telur mata kerbau dan kicap bawang. alhamdullillah... kul 4:30 pg da bangun. maklum la wan, aida tak byk masa bersahur bersama hubby kan this year :-(
Post a Comment