Nuffnang

Followers

Friday, August 13, 2010

Won Cosmopolitan Promotion ~ TANAKA

Khabar gembira petang semalam, terima satu lagi sms dari Cosmopolitan. Kali ini aku menang promosi TANAKA. Mula-mula blur jugak sebab tak ingat TANAKA ni produk apa. Cuba hubungi pejabatnya semalam talian asyik sibuk. Harini aku minta tolong hb yang hubungi pejabatnya rupanya aku bakal dapat produk Bio Essence. Alhamdulillah rezeki di bulan puasa.

gOOgle

Trimas Cosmo! Kali ni murah rezeki aku dengan majalah glamer ni. Sebelum ni susah jugak nak lekat menang. Mungkin sudah sampai giliran aku pulak, syukur...

Berita baiknya, tadi en.hb dah ambil voucher Manhanttan Seafood. Voucher ni sempena join contest anjuran Cosmopolitan jugak. Trimas sekali lagi Cosmo! Hidangan untuk dua orang. Seronoknya! Rancangnya hari ini nak ke 1Utama sebab nak redeem sekali voucher GAP dan Club 21. Sekali hangkut je. Tapi 1 Utama tak tersenarai pulak dalam voucher ni. Haih... Tapi aku macam dapat rasa tak dapat pergi mana-mana harini. Semuanya gara-gara en.hb tiba-tiba dapat job urgent kena kendali pameran esok. Malam ni nak kena pasang bahan-bahan pameran. Itulah puncanya mood mendung aku tadi. Punyalah aku merancang macam-macam malam ni. Pertama kali nak berbuka di luar dengan keluarga, tiba-tiba tak jadi pulak. Sedih woo...

Berita baik berikutnya semalam aku terima voucher Crocs sempena join contest Cop! dan 1st Top Commentor dari blog AcuRose! Wa... seronok sangat! Trimas Acu. Aku masih belum beritahu Acu. Hari ni banyak sangat nak setelkan. Sekali lagi, trimas Acu! Moga murah rezeki Acu dan keluarga ramadhan dan menjelang syawal ini, amin...

10 comments:

syawalsimpsons said...

bestnyer...banyak join contest ni...

Wansteddy Tales said...

syawalsimpsons ~ ikut sempat je hehe ><

CaDLyNN said...

wah,...dapat TANAKA ye..
baru p collect hadiah dari cosmo jugak..
dapat voucher true spa n manhattan...
marilah kita same2 menikmati mknn itu nanti ye..ehehehe

Mama Zharfan said...

byk tu menang :) me memang dh byk kali menang cosmo..tanaka set pun pernah menang, then me jual ajer sbb me tak pakai brand ni...dpt cash best aper hehheheh

Unknown said...

wans,
murah rezeki...
huhuuuu.. pasni berseri2 lah wajahmu dihari raya...

AcuRose said...

uh..voucher dah sampai ye..
alhamdullilah. enjoy! :)

Wansteddy Tales said...

Cadlynn ~ Tahniah buat Cadlynn >< inilah pertama kali menang hadiah anjuran Cosmo. Sekali dpt dwi hadiah, best betul! Hb saya yg collect voucher manhattan tu jumaat lepas. Ntah2 masa tu terserempak dgn Cadlynn sekali, hehe... alhamdulillah dah selamat jamah juadah mahanttan tu jumaat lepas. Memang sedap. Layanan staf pun bagus2 belaka. seronok berganda makan kat manhattan SOGO ><

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ saya tak tahu nak jual kat sapa. Kalau jual pn xsampai hati nk letak harga asal hehe... xpe la, cuba try test produk ni kalau ngam boleh pakai terus hehe...

Wansteddy Tales said...

k.yong ~ Trimas ><

jgn jd lebih teruk dah le k.yong. wan ni jenis kulit sensitif jugak huhu...

Wansteddy Tales said...

AcuRose ~ dah selamat tukar dengan kasut raya untuk adik. Kiranya hadiah hari raya untuk dia. Nanti baju emlayu sendiri tanggung! hahaha...