Hari ini secara tak sengaja aku ternampak wajah terkini kawan lama. Serius bikin gelak. Tak sangka kawan yang dulunya superb inesen dah jadi macam tu. Alahai... masa remaja kian meninggalkan kita. Bila umur beranjak ke angka 30 memang tak dapat lagi nak perasan diri ini muda remaja. Ye, perasan muda tu masih ada. hehe...
Pagi tadi kisah yang dikupas oleh a.m kru Hot FM tentang kisah main mercun. Terkenang kisah lalu sekitar tahun 90-an. Masa tu aku masih bersekolah rendah. Tak ingat darjah berapa. Ketika tu kami menetap di kuarters Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Kuarters dulu-dulu bukan macam sekarang, ala-ala apartment cantiknya. Kuarters hospital dulu-dulu kecik, punya 1 bilik je. Kalau nak besarkan ruang, kena tambah sendiri dinding guna playwood. Sedih sekali.
Rumah-rumah disusun sebelah menyebelah. Rapat betul sampai kita boleh dengar jiran sebelah menyebelah bergosip sakan hahaha... Yang bestnya rumah jenis ni, kita boleh main-main kat belakang rumah jiran. Kutip pinggan mangkuk terbuang bikin alat masak memasak hahaha... Al maklum zaman dulu-dulu nak beli alat mainan, mahal. Nak-nak ada pulak kawan jenis kreatif. Masak beras jadi nasi pastu tambah ramuan tambahan rumput dan bunga liar. Sudahnya nasi tu dah macam nasi kerabu dah cantiknya. Ada pulak tu sudi merasa, aku tak tahulah kesan jangka pendek mahupun kesan jangka panjang pada yang sudi merasa tu. Gasaklah sapa suruh nak cuba-cuba kan hehe...
Tapi ada insiden terjadi ketika bulan ramadhan waktu tu. Hal ni berkisar dengan tajuk Hot fm hari ini. Kisahnya, mak aku tolong jaga sepupu aku yang waktu tu masih belum bersekolah. Aku rasa umurnya sekitar 5 ke 6 tahun kot. Tapi budak ni spesis budak nakal senyap-senyap. Muka inesen je tapi dalam diam tu... jaga-jagalah. Ada-ada je dia bikin bagi orang bengang kat dia.
Satu haritu aku balik ke rumah dari sekolah. Dari jauh dah nampak asap berkepul kat kawasan kuarters aku. Tiba-tiba datang kawan sepermainan aku jeritkan "Oi, Epa! Rumah ko terbakar!" Aku sangkakan dia buat lawak sebab budak ni jenis suka mengusik. Tapi aku yang tak sedap hati ni bergegas lari ke rumah. Sampai saja, tengok-tengok separuh bahagian depan rumah yang ditambah tu terbakar teruk. Merebak ke sebelah rumah aci. Siap TV 'mahal' dia pun terbakar sekali. Sekali fikir aku rasa nak padankan muka je kat aci tu sebab eksyen sangat. Suka pasang suara TV kuat-kuat tak kira waktu azan ke magrib ke tengah malam ke. Aci tu siap bising-bising dalam bahasa tamil mintak ganti rugi. Tapi anak aci tu cool je. Dia pun tak kisah sebab dia tahu kebakaran tu bukan disengajakan pun.
Sedihnya aku teringat sampai sekarang muka sayu mak aku. Rupanya insiden ni bermula dengan sepupu aku tu la. Ada ka patut dia main bunga api dalam rumah? Dia main-main tu betul-betul kat almari baju jadi faham-fahamlah macam mana kebakaran tu bermula. Nak jadi bestnya mak aku kata, dia cari sepupu kitorang tak jumpa. Nasip baik kebakaran tu dapat dikawal. Tak de pulak kelibat sepupu aku tu kat mana-mana. Lepas tu kitorang kena buat sessi mencari sepupu aku pulak.
Rupanya dia menyorok dalam gulungan tikar dalam bilik yang satu lagi! Owh, bodohnya budak ni! Kalaulah rumah terbakar hangus sedang elok je kau kena panggang dalam tikar tu jadi kebab. Dan sekali lagi muka inesennya menyelamatkan diri. Takdelah kena marah dengan keluarga aku. Kena rembat dengan keluarga dia ada la kot. Pengajaran untuk budak nakal macam beliau.
Nasip baiklah tak berlaku kemalangan jiwa. Berita baiknya lepas kejadian tu sekolah kakak hadiahkan macam-macam sumbangan dari pihak sekolahnya. Kebetulan pulak sehari sebelum kejadian ada majlis sambutan apa tah diraikan kat sekolah kakak. Pihak sekolah dengan bermurah hati beri sumbangan yang pelbagai kat keluarga kami. Syukur alhamdulillah... Ada juga yang prihatin.
Itulah antara kenangan berpuasa yang tak dapat dilupakan. Lepas ni kena perhatikan anak-anak. Mana tahu ada yang sembunyi-sembunyi main mercun dan bunga api dalam rumah. Bahaya tu. Selidiklah beg sekolah anak-anak supaya barang bahaya macam bahan api tak terkandung di dalamnya. Kejadian tak diingini boleh berlaku di mana saja.
4 comments:
hehehe sepupu tue inesen smp skrg x???erm kalau duduk sesama mesti ketawa smbl salahkan diakan....
Anak-anakku ~ hehe... dah lama tak jumpa. khabar terkini beliau dah kahwin. jgn diwariskan peel lama dia pd anak sudahlah kekeke...
terkekeh-kekeh mamaqari gelak baca story ni
mamaQari hehe... trimas sudi baca entry lama ni ><
Post a Comment