Nuffnang

Followers

Monday, August 23, 2010

WAREHOUSE ~ pengalamanku

Bagi penggemar warehouse tentu banyak pengalaman beli belah barangan harga gudang ni. Aku pun penggemar warehouse. Tapi aku jadi pembali ikut musim. Bila datang musim baju kian kusam, barangan rumah kian lapuk, masa tu aku menyibukkan diri cari jualan warehouse. Tempat paling aku suka lepak tentunya ShoppingnSales. Sentiasa mengemaskini jualan-jualan gudang terkini. Tapi aku lebih suka susunan blognya yang dulu sebab disertakan dengan label. Bolehlah kita cari produk ikut kategori. Sekarang ni kena bergantung pada recent post atau buat kerja susah sikit semak pages-pages lepas.

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku menceburkan diri dengan jualan gudang ni. Harus dimaklumkan. Aku tidaklah terlalu taksub dengan warehouse. Tidak semua jenis warehouse aku kunjungi. Lazimnya aku cuma pergi warehouse produk baby je. Antara warehouse yang pernah aku pergi, produk My Dear, Hytex (world of Cartoon, disney dll), Anakku, Pureen, Poney, Kiko dan lain-lain.

Sepanjang membeli belah di warehouse-warehouse berikut aku punya pengalaman berbeza mengikut jenama dan lokasi. Ada yang bagus, okey-okey je dan hampeh sungguh. Selalunya sebelum pergi ke tapak warehouse ni aku baca dulu komen para pembeli kat ruangan komen Shoppingnsales. Kalau komen-komen agak membina, aku pergilah dengan jiwa lapang. Tapi kalau kebanyakkan komen-komen diberi kategori kena tahap muntah darah, aku pergilah dengan was-was.

Walaupun warehouse tu dikriktik hebat, aku suka jengah dulu tapak warehouse tu. Tengok dengan mata kepala sendiri tahap hampehnya warehouse tersebut. Tak nak terima bulat-bulat kritikan pahit. Selalunya memang kalau pergi ke tapak warehouse yang dikutuk hebat ni aku akan berhadapan dengan situasi yang tidak diinginilah. Antaranya, produk yang tak berkualiti dan layanan hampeh.

Harus aku maklumkan. Kita tak boleh harap produk-produk baru dalam warehouse. Perkara biasa kalau baju atau produk baby ni nampak lama, tercela sana sini dan sebagainya. Lumrahlah tu. Tapi kalau harganya murah dan masih boleh dipakai tak kisahlah. Murah pada aku, RM5 ke bawah. Kalau Baju usang harga RM8 ke atas aku humban je balik dalam rak bajunya hehe... Bukan nak guna untuk berjalan pun. Tapi kalau produk tu dah dalam keadaan teruk, tapi harga sama dengan je dengan harga dalam pasaran, baik lupakan sajalah. Dan tolong tinggalkan tapak warehouse tu serta merta. Kalau tidak pasti korang membeli dengan separuh hati. Sampai rumah kutuk produk tu bagai nak rak. Sudahlah perabih duit minyak, duit tol jalan jauh sampai sesat lagi nak cari tapak pameran tu huhu...

Berdasarkan pengalaman aku, inilah komen yang aku rumuskan tentang warehouse-warhouse ini:
Pureen:
Inilah warehouse pertama dalam sejarah aku pergi. Pertama kali pergi (tahun 2007) ketika mengandung Damia 4bulan. Rileks sangat sebab kawasan lapang dan produk disusun rapi mengikut kategori. Layanan staf boleh tahan. Cuma cuaca agak berbahang baik dikawasan produk bayi mahupun bahagian pakaian. Harga pakaian baby murah-murah dan pelbagai. Memang rasa seronok berborong masa tu. Perabih jugaklah beratus-ratus untuk warehouse pureen semata-mata huhu... Tahun berikutnya aku pergi (2008), harga pakaian naik harga. Produk baby masih murah terutamanya pampers Pureen. Antara produk baby yang ditawarkan jenama Pureen, Disney dan lain-lain.

Anakku:
Pertama kali pergi ketika aku sarat mengandung (awal 2008). Aku tak sediakan persiapan mental sebab aku sangka warehouse ni macam kat Pureen. Sudahlah jauh dari rumah, sesat, pastu nak kena redah lautan manusia luar dan dalam. Memang patutlah ramai manusia ke warehouse ni, harga produk dan pakaiannya murah-murah belaka. Tapi kebanyakkannya dah nampak lama. Sebabkan masa ni dah tahu jantina anak, aku rembat banyak baju basahan untuk Damia. Ada lagi yang Damia pakai sampai sekarang sebab aku rembat jugak yang untuk budak 2 tahun hahaha....

My dear:
Harus singgah kalau nak hadiahkan Damia mainan baru. Setakat ni aku dah belikan walker, pagar (tak pernah pasang, rasa nak jual balik je) dan basikal tiga roda untuk Damia. Kalau nak beli mainan kecil-kecil pun berbaloi dengan harganya. Yang bestnya siap ada jual lampin pakai buang Mamypoko. Tapi takdelah murah mana. Biasa je dengan harga pasaran. Layanan staf okey-okey belaka. Takde lagilah kes pahit sepanjang aku join warehouse My Dear ni.
Hytex:
Antara warehous ewajib pergi. Sebab dekat dengan rumah. Dan aku suka produk Disney. Baju-baju t shirt jatuh ke harga RM5 ke Rm8 dan seterusnya. Okeylah. Aku pergi Giant sales T shirt design yang sama kat warehouse harga tawaran RM5, harga kat Giant ~ Rm15. Memang sepatutnya rembat kat warehouse je. Pertama kali pergi tahun 2008 T shirt berharga RM5 tu dorang jual Rm3 je. Sekarang makin naik harga. Kalau nak dapatkan gaun kena pergi awal sebab kalau lewat banyak baju cantik-cantik habis dirembat orang. Aku suka warehouse ni sebab tapaknya bahagikan produk ikut kategori. Baby, kanak-kanak dan dewasa. Senang nak buat pilihan. Layanan staf pun okey-okey je.

Poney:
Pertama kali pergi kat Shah Alam. Aku lupa tempatnya tapi memang best hasil jualan kat situ. Aku banyak rembat gaun-gaun Poney yang turun harga hingga 50% ke 70%. Okeylah tu. Kalau beli kat mall lazimnya turun harga 50% je. Pastu selalunya dorang sorok design best-best. Bila ditanya dorang kata stok dah habis blablabla... Tapi bila sales dah tamat ada pulak stok tu. Jelas sorok produk, cis! Tapi aku pergi ke warehouse tu memang berbaloi. Baju-baju pun masih dalam keadaan baik dan cantik. Masih elok dipakai Damia sampai sekarang. Tapi ada jugak tempat lain yang kononnya tawarkan harga gudang Poney, konon-konon turun ke 70%, pergi je hampa. Baju mahal-mahal, yang murah pun produk macam stoking, jaket tah hapa-hapa dan lain-lain. Cari gaun takde, T shirt takde. Pendek kata tak berbaloi pergi. Kesimpulannya tak semua warehouse Poney bagus untuk beli belah.

Kiko:
Sebelum pergi aku dah siapkan mental dengan panorama tak best sebab dalam SNS banyak komen negatif aku baca. Masuk pintu saja kena daftar nama dan bilangan pengunjung bersama aku. Masa ni tengok je gayanya dah rasa tak best. Masuk ke tapak warehouse memanglah pakaiannya disusun ikut kategori tapi semuanya pakaian kanak-kanak. Takde langsung baju baby. Padahal dalam iklan promo tulis jugak (Age 1 – 14) from RM5 onwards! Harga dari RM5 dalam iklannya sekadar iklan je. Takde pulak produk berharga Rm5 aku tengok. Kalau ada pun mungkin aku terlepas pandang. Kalau harga spender budak dia tawarkan RM5 memang tak berbaloilah. Rasa tertipu. Satu sebab lagi aku tengok harganya pun tak berbaloi dibeli. Lebih baik belikat Sogo je seperti disarankan oleh kawan-kawanku. Sebenarnya aku suka produk Baby Kiko nak-nak kasutnya. Kebanyakkan kasut Damia dari jenama Kiko sebab selesa dan cantik. Tapi pergi ke warehouse ni memang menghampakan. Aku tanya kat staf pasal produk baby pun dia jawab sambil lewa macam nak marah kat aku pulak. Sudahnya aku balik dengan tangan kosong. Dan membebel panjang sebab tak puas hati itu ini.


______________________________


Kesimpulannya, nak pergi warehouse ni baiklah buat kajian dulu. Semak komen-komen pengunjung sebelumnya atau yang dah pergi. Kalau baca komen-komen ala-ala tension je, baiklah jangan menyusahkan diri pergi. Nak ke tapak warehouse tu sah-sah nak redah jalan yang jauh. Nak-nak jenis kena masuk gudangnya. Layanan super hampehnya. Perabih duit minyak duit tol. Kita balik pulak dengan tangan kosong dan hati yang bengkek, huhu... Tapi dapat warehouse yang bagus, baik borong banyak-banyak. Boleh pakai lama dan tak pusing kepala nak belikan baju anak bila usia dorang kian meningkat.

14 comments:

Mama Zharfan said...

me so far hanya sekali jer pegi warehouse sale ie hytex sbb agak dekat dgn umah..tp masa me pegi rasa mcm tak best plak..me agak cerewet kot..me rasa bj2 mcm campur+ design2 lama..so raasnya me yg jenis kurang sesuai dgn warehouse sale :p

BIONIC WOMEN said...

wan...sale kiko tu yg baru berlansung ni ker? kat puchong tu? xtau plak hampeh..yelah balik kampung, x sempat terjah komen ritu..seb bek ler x pergi semalam..

eija_sweetmama said...

wah rajinnya n byk jgk ye g warehouse..eija suka jgk ..tp tgk tempat la..kalo dekat ngan tempat kerja/kaw rumah..harus terjah..hehehe

Sari said...

jelesnya tgok org KL ader mcm2 warehouse sale..kt Ipoh ni harap member card sale je la, tu pun xmurah mane..propa je lebih..

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ biasalah suziey, nak beli brg warehouse ni mmg kurang berkualiti sbb kebnykannya diambil semula dr mall. ada yg koyak sikit, comot sikit. setakat nk buat baju basahan bolehlah. nk beli utk berjalan xberapa elok kot hehe...

Wansteddy Tales said...

BIONIC WOMEN ~ kalau ada anak besar okey la kot. bnyk t shirt n jeans. gaun pn xmemuaskan hati. plan nak belikan jugak utk ank sedara tp harganya tak munasabah utk produk warehouse. myb sbb saya dah bnyk pergi warehouse, memandai2 je nk compare harga hehe

Wansteddy Tales said...

Eija Zaquan ~ saya selalu join yg org promote. kalau dorg kata tempat tu tawarkan brg yg okey saya jengah jugak. kalau tak okey pn jengah jugak nk tngk kualitinya. pastu kalau rasa tak best tak jejak dah utk warehouse akan dtg kekeke...

Wansteddy Tales said...

K.sari ~ kena tgk tempat jugak k.sari. setakat ni wan join warehouse wan selidik dulu mana yg best baru pergi. kdg2 tu nama je warehouse tp harga macam sales je. xuntung pergi. rugi masa tenaga bil minyak dan tol je hehe

mama tisya said...

suka gk pegi warehouse sales tp utk brg2 bb je la...cz suka bli bj2...paling suka kt hytex...yg pureen hampeh cz rmi giler..poney ok gk cz dress cun...slalu bli pn tgu 70% cz kt soping mall paling byk pn 50%..anakku pn ok gk cz dkt ngan umh..bkn yg jauh2...kalo jauh2 tk kose nk pegi...

Wansteddy Tales said...

mama tisya ~ betul sesngt. saya suka tnya kwn2 dulu best tak warehouse ni. kdg2 terjah je xtnya dulu, balik dgn tgn kosong, frust jugak >< pernah sekali nmpak mama tisya kat warehouse hytex. tp segan nk tegur takut mama tisya xkenal saya hehe...

aziazib said...

salam kak...
hari ni 25/8 - 29/8 ada warehouse sales baby kat kpdnhep, putrajaya...
member yang penah pegi tahun lepas kata best, byk brg2 branded...
tp sy tak penah pegi lagi la...hi3

mama tisya said...

ler pernh nmpk kita ke kt hytex...hehehe..awat tk tegur kalo tk leh posing2...hehehehe...tp mcm lama je tkde dgr hytex punye sales..slalu bli bj basahan je utk tisya

Wansteddy Tales said...

Mama Aizara ~ trimas beri info dik, jauh jugak KL putrajaya tu. Tapi kalau kerana warehouse gigih nak pergi! hehehe... kalau mmg betul murah berbaloi2, tak kisah jalan jauh pn ><' Trimas dik ^^

Wansteddy Tales said...

mama tisya ~ tengok kat shoppingnsales kononnya ada warehouse hutex bulan 5 lepas. Tapi saya tak perasan pun iklan pennantnya. Selalunya sebulan sebelum warehouse mesti terpacak di mana2 pennant pasal warehosue hytex ni. Myb dorg target hujung tahun. Saya pn tertunggu2 gak warehouse hytex ni. Nak beli baju utk Damia. Xdpt bnyk, boromng jugaklah, t shirt simple2 kalau nak beli kat mall mahal. hehe