Lanjutan dari komen seorang kawan. Aku terbuka hati nak share pandangan aku tentang cara nak ambil gambar baby. Jemput baca dan berikan pendapat anda juga. Sharing itu bagus kan. Mana tahu dengan tips-tips ini boleh buka peluang memenangi contest bergambar pula. Insya'allah... Tak cuba kita tak tahu.
Kredit to Wira ~ photographer untuk foto ini
Mukadimah:
Baby merupakan subjek gambar yang paling best untuk diambil. Baby punya aura kecomelan tersendiri. Biar pun apa bangsa dan warna kulit, andai kamu masih berstatus baby, automatik kamu adalah si comel! Hehe... Nak ambil gambar baby perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau mood dorang okey, kerja nak ambil gambar mudah dilakukan. Tapi kalau mood mengantuk, lapar dan meragam, kerja-kerja nak ambil gambar mereka pun boleh jadi tak lancar.
Bagi yang punya kamera canggih seperti DSLR, mereka punya kelebihan untuk dapatkan gambar menarik dengan latar belakang yang blur untuk fokus pada baby. Gambar lebih menarik dan nampak ekslusif! Kalau takde kamera canggih, tapi nak juga gambar yang berkualiti.... memang bermasalah. Jangan risau, tetap ada kaedahnya. Teruskan baca, aku share tips ambil gambar ikut pengamatan aku.
Tips Ambil gambar baby:
1) Fokus pada bahagian mata: Cuba dapatkan sinar cahaya pada mata baby anda. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Pandangan baby adalah paling menakjubkan dapat kita saksikan dalam hidup ini. Mata hitam baby lazimnya besar dan bersinar. Tarikan utama pada baby adalah pandagan matanya. Tak semestinya baby berbulu mata lentik dan panjang saja nampak comel tau. Yang kurang berbulu mata pun kalau kena dengan gayanya boleh mengalahkan super model! Pastikan anda elak terambil gambar mata merah. Tapi kalau terambil juga, cubalah edit sedikit gambar tersebut melalui perisian komputer.
2) Cuba kurangkan item pada latar belakang gambar baby. Sebagai contoh andai kata ada kerusi meja, alat permainan, bantalpeluk segala yang nampak menyemakkan, cuba kalih untuk lebih fokus pada wajah baby anda.
3) Jangan terlalu fokus pada pakaian baby. Pakaian yang terlalu menyerlah akan menenggelamkan wajah baby anda. Kecuali anda nak sertai contest pakaian baby. Memang seharusnyalah fokus pada baju dan wajah anak anda. Walau bagaimanapun, wajah anak anda perlu lebih diutamakan. Pakaian terbaik untuk sessi bergambar ialah, pakaian berwarna cerah dan lembut.
4) Kurangkan permainan warna dalam gambar. Terlalu ceria boleh mengalihkan pandangan mata pada latar belakang. Bagaimanapun latar belakang menarik juga dapat membantu untuk dapatkan kredit kecantikan gambar. Pastikan anda cuba dapatkan latar belakang menarik untuk anak anda.
5) Sentiasa bersedia dengan kamera. Setiap saat mungkin adalah saatnya. Andai kata anda terlihat anak anda sedang ketawa mungkin situasi tersebut dapat memberi impak pada gambar. Pastikan anda sentiasa bersedia dengan kamera.
Gambar yang kreatif:
1) Cuba fokus hanya pada sesuatu bahagian wajah dan tubuh anak anda. Sebagai contoh, fokus pada tangan anak dan latar belakangnya wajah anak anda. Kalau kamera digital anda punya icon digital macro, latar belakang boleh jadi blur. Ini akan timbulkan impak fokus yang sangat dramatik pada gambar.
2) Cuba dapatkan posisi pelik anak anda. Contohnya sewaktu anak anda sedang tidur dalam keadaan meniarap. Fokus pada arah kepala atau wajah atau tangannya. Malahan kaki pun okey!
3) Cuba dapatkan reaksi kelakar pada wajah anak anda. Mana tahu boleh join contest wajah lucu! Menarik jugak kalau dibuat foto frame ekspresi wajah anak anda.
4) Jadikan cermin sebagai teraju utama yang paparkan wajah anak anda. Jadikan badannya sebagai latar belakang. Baby anda mungkin menganggap anda sedang bermain dengannya. Menarik jugak posisi tersebut.
5) Dapatkan pelbagai posisi semasa ambil gambar anak anda. Depan, belakang, atas dan bawah. Sekali sekala bereksperimen dengan gambar apa salahnya!
Teknik fotografer pakar:
1) Dapatkan gambar bersudut fokus. Jari kaki, tangan, rambut malah punggung si anak pun boleh mendapatkan hasil foto yang menakjubkan.
2) Cuba fokus pada tekstur pakaian anak anda, jadikan wajahnya blur. Nampak berskill juga foto anda kan.
3) Dapatkan wajah comot anak anda yang sedang makan coklat atau wajah berpeluh. Setiap butiran pelik ini kelihatan unik secara semula jadi.
4) Cuba dapatkan ekspresi wajah anak anda yang pelbagai. Marah, sedih, ketawa, menangis, mencebik. Dengan hanya sehelai T-shirt putih berlatarkan putih. Jadikan ekspresi wajah anak anda sebagai subjeknya.
Kesimpulan:
Emosi baby bukan mudah untuk diambil dalam masa sekelip mata. Mereka belum pandai mengikut arahan. Jadi sabarlah menunggu reaksi yang pelbagai tu. Atau lebih baik anda jadi kreatif dengan mengusik anak anda!
Sekali lagi harus aku ingatkan. Fokus terpenting ketika mengambil gambar baby ialah pada wajahnya. Lebih penting lagi bahagian mata galaknya. Teruskan bereksperimentasi. Mana tahu gambar itu kelak boleh jadi gambar rezeki peluang memenangi contest baby!
Ps: Aku bukan pro fotografi. Aku cuma seorang graphic designer. Info ini aku dapat melalui pengalaman sendiri, pengalaman rakan-rakan yang ceburkan diri dalam bidang fotografi dan pengamatan aku pada gambar-gambar di majalah dan saluran internet. Sekadar sebuah tips.
Sekali lagi harus aku ingatkan. Fokus terpenting ketika mengambil gambar baby ialah pada wajahnya. Lebih penting lagi bahagian mata galaknya. Teruskan bereksperimentasi. Mana tahu gambar itu kelak boleh jadi gambar rezeki peluang memenangi contest baby!
Ps: Aku bukan pro fotografi. Aku cuma seorang graphic designer. Info ini aku dapat melalui pengalaman sendiri, pengalaman rakan-rakan yang ceburkan diri dalam bidang fotografi dan pengamatan aku pada gambar-gambar di majalah dan saluran internet. Sekadar sebuah tips.
Selamat mencuba!
14 comments:
my ariff now susah benar me nak snap his pic sbb dia tak mau pandang camera ;p
bagus tips ni wans..
kakyong main belasah jer snap.. lagipun anak2 x reti dok diam..
Terima kasih banyak2 terjawab soalan terbuku di hati...tersoal di komen entry.. Nanti saya try praktikkan tips2 ni..
bagus info2 ni..bag i saya...yg masih belum mampu beli DSLR ni.. waktu anak masih kecik2 lagi..bawah umur 1 tahun paling senang nak ambik gambar ..sebab time tu diorg tak reti/terer berjalan lagi. bila dah pandai berjalan..dah susah nak ambik gambar..mesti blur gambar sbb diorg lagi aktif bergelak..lari sana..lari sini.
wahh good info ni teddy..
terima kasih banyak2
wah..good tips
mam zharfan ~ anak saya pn sama dengan je hehe... pada tahap ni kita kena kreatif tarik perhatian anak. cuba buat bunyi atau cari permainan @ objek yg boleh buat anak fokus pdnya.
k.yong ~ kakak wan selalu tnya kenapa gmbr2 yg dia & wan amik selalu berbeza. dia pn ingt wan gunakan DSLR. sbnrnya dgn kamera digital pn kita dpt hasilkan gambar ekslusif ><
dbalkis ~ hehe... good luck dear ><
ibu arifa ~ sama la kita. hakak ni dah bertahun plan nak beli tak terbeli jugak ><
onniey ~ sama2 kasih yang ><
ema ~ aku pn jarang praktik nak2 sejak ketiadaan kamera ni huhu...
Gud tips Wan!
Betul tu kalo nak gambar anak yg terbaek...sllu lah get the camera "ready" kan :D
Tapi Intan nie jenis yg suka snap and takde nya pakai any special teknik pon...hee hee...org takdo pengalaman lah katakan. Wlupon ada dslr tapi main hentam sokmo jo...ekeke :D
Intan ~ hehe... wan pn masih bnyk nk kena belajar Intan. Study dr tengok hasil kerja org je. kdg2 timbul minat nk amik shoot gmbar sendiri dgn teknik best2 tapi apakan daya... kamera xde huhu ><
Post a Comment