Nuffnang

Followers

Saturday, September 4, 2010

Header sempena Hari Raya


Tak lama lagi kita akan menyambut Bulan Syawal. Rasanya sudah sampai masanya aku gantung header sempena raya pulak. Walaupun rasa tak puas tampal kempen 1Malaysia pada header tapi rasanya lebih baik aku paparkan header sempena raya. Mana tahu esok lusa aku sibuk dan lupa tentang design ni rugi pulak kalau langsung tak dipaparkan.

Design ni sebenarnya dibuat untuk kad raya keluarga kami tahun ini. Dolly ayah, mummy dan Damia. kad raya tu ditempah oleh hb. Tapi sebabkan bulan ogos jadual aku padat, makan masa nak siapkan kad raya ni. Masuk minggu kedua berpuasa barulah siap design. Bila nak hantar ke printer hb kata lambat nak dapat mungkin ambil masa beberapa hari. Campur tolak cuti hari sabtu ahad dan hari nak disiapkan sepenuhnya macam tak cukup masa nak hantar kepada rakan taulan. Jadinya kad raya tu tak dapat dicetak. Sayang sekali. Rekabentuk kad raya tak dipaparkan sebab aku nak gunapakai template tu untuk tujuan lain hehe...

Kalau aku masih nak menaip aku paparkan pulak e-card raya. Jemputlah ambil dan paparkan dalam blog kalian. Itu sahajalah mampu kuberikan sebagai pengganti diri. Tak dapat nak hantar yang siap dicetak, maaf yep.

1 comment:

AcuRose said...

header pun cantik dan menarik sgt dgn kaler yg match..berkobar2 nak raya nih bila tgk header wan. tpi sedey gak sbb bulan ramadhan dah nak habis :( ..