Nuffnang

Followers

Monday, September 6, 2010

Turun 6kg pun aku nak kecoh!

Al kisahnya aku rasa seronok baru-baru ni. Tau tak kenapa? sebab berat badan aku turun sebanyak 6kg! Memang perlu kecoh sebab aku gumbiraaaaa!
Turun part mana aku tak perasan pulak. Tapi yang soheh part bawah lengan, peha dan tang muntot macam xde perubahan pun. Dok setambun kat situ jugak. Korang imagine la sendiri. Kalau tak lalu nak imagine abaikan kata-kata tadi. Aku pun terasa mual nak membayangkan isi kandungan lemak sendiri. Haih.... Tapi kira okeylah turun jugak berat badan ni kan. Kalau ikutkan nasihat pakar rundingan kurus terapi sebuah pusat rawatan dulu. Korang ingatkan entry panas aku pasal pelangsingan badan dulu? Bagi yang tak pernah baca, nah ini linknya: Kisah pahit AKU yang harus diambil iktibar. Sampai bila-bila aku takkan lupa kenangan best ni. Walaupun pahit padaku best jugak dikenang-kenang hahaha.... Perempuan pelik.

Aku jamin pakar perunding aku tu mesti cakap "Kalau you masuk I punya treatment, I jamin you turun 20kg dalam bulan puasa ni!" Kata-kata imagine aku je la. Takde pulak dia sebut 20kg tu hahaha... Tapi memang masa aku pergi pusat rawatan tu dia cakap lebih kurang macam tu. Dia jamin aku turun berat badan kalau datang buat rawatan masa bulan puasa. Berpuasa je dah boleh kurus beb. Sudahlah kitorang umat Islam ni tahan lapar dan dahaga sebab berpuasa, korang sedut perpeluhan bagi keluar air pulak. Kot tak mati ternyahhidrat aku nanti sebab kurang air. Koman-koman keluar pusat rawatan tu dengan gaya penduduk Somalia. Kurus keding. Memang berjayalah khidmat nasihat pakar perunding tu. Kekeke.... Pandai betul bikin bisnez.

Bagi sesetengah orang, mungkin biasa je kalau turun sebanyak tu dalam bulan puasa. Tapiiii.... kalau dah habis bulan puasa nanti naiknya berat badan ni bagai dipam-pam... Adui... Mencik hakak...! Nak turunnya punyalah susah tapi kalau nak naik berat badan tu tak payah congak. Sekelip mata je. Nak best lagi musim raya nanti segala lemang, rendang bakal kulantak! Tak masuk lagi lauk open house satey matey semua yang bakal menaikkan kilogram aku ke kadar yang lebih tak munasabah! Aku bennnnchi! Sila sebutkan dengan nada keterlaluan marah hahahah....

Ku GooGle



Kisah seterusnya, semalam kami sekeluarga keluar makan berbuka di luar. Rancangnya nak ke Selayang Mall, dah sampai kat sana kami ubah rancangan ke The Mall pulak. Nama pun dekat-dekat dah... Memang lewat betul makan berbuka semalam. Lepas sambut adik aku barulah kami melantak kat Restoren Haslam. Ye, pengarah drama Gerak Khas tu. Sila jakun macam aku jugak. Layanan staf okey-okey belaka. Siap ada bufet Ramadhan. Dewasa RM35.00. Kanak-kanak RM17. Aku tak ingatlah kadar sebenar, kalau salah sorry ek. Boleh tempah meja kalau nak. Aku siap ambil nombornya. Ini dia 03-40237559. Takde kerja promote restoren orang hahaha... tapi sekali sekala nak merasa makan kat tempat selebriti apa salahnya. Untung nasip boleh jumpa artis kat sana. Bayangkan artis pilihan anda. hehe...

KuGooGle

Okey, sebelum kami ke The Mall. Kami lalui jalan Putra. Kalau betul itu memang nama jalannya. Kalau salah sila betulkan aku ye. Alah jalan nak ke PWTC tu. Kiri kanan bahu jalan dorang letak kereta. Memang nak masuk lorong tu pun dah jem. Yang buat kami terkejut, aku tengok dalam 3, 4 buah kereta kena kes langgar lari! Paling parah kereta pertama la. Habis remuk, kesan heret jelas dan cermin sisi hancur. Kesian betul pemiliknya. Kalau dah balik dari berbuka tu mesti sedih dan marah tengok kereta kena langgar macam tu sekali. Dah la tinggal berapa hari lagi nak raya kan. Lagi rasa kesian, kereta yang teruk terheret tu bukan kereta murah-murah. Kereta mahal tu. Cap apa aku lupa pulak. Bukan hafal sangat jenama kereta ni. Tapi spesis kereta mahal la. Kereta kedua nampak jugak kesan teruknya. Tapi tak seteruk yang pertama.


Kereta ketiga selamat. Aku rasa kereta tu gantikan kereta sebelumnya. Mungkin, cuma mungkin... pemilik kereta sebelumnya pun tercalar teruk juga tapi dia gerak lebih awal dari kereta-kereta lain. Kereta keempat hampir sama nasip dengan kereta pertama. Aduh kesian... Tapi aku rasa itulah antara punca kenapa jalan tu sesak semalam. Orang nak tengok-tengok keadaan kereta tu semua. Sebab lepasi je lorong tu jalan lancar sikit. Moral pada cerita ni. jangan perlahankan kenderaan anda untuk saksikan kemalangan kecuali anda berniat nak membantu. Sebabkan nak tengok-tengok tu la jalan jadi sesak. Pesanan buat diri sendiri juga.

Hah letih... banyak pulak hasil bebelan hari ini. Okey nak sambung kerja.

6 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

wah.. banyak jugak tu berat turun.. tahniah..heehhe

Unknown said...

tahniah turun 6kg, heheheh! :)

Mama Zharfan said...

byk tu 6 kg ;) tp kalau ikut artikel yg me baca, bln puasa, kita lose weight sbb hilang air dlm bdn, tu psl akan naik balik lps abis puasa :) nak turun lemak kena exercise :) me so far turun 2 kg ajer :p

Wansteddy Tales said...

mrs.K ~ tp confirm naik semula lepas raya adoi...

Wansteddy Tales said...

Ieda ~ hehe.... kalau boleh maintain tak naik2 baru happy. tp wat masa skrg bolehlah.... juz enjoy suasana ><

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ tu la... nak bersenam kemain ngelatnya >< bersenam mata je depan PC hahaha