Nuffnang

Followers

Tuesday, October 19, 2010

Contest dan isunya

Malam-malam buta, orang berdengkur aku sibuk nak menulis. Jujurnya nak tutup komputer dah tadi. Tapi aku terpandang entry yang cukup menarik perhatian aku. Entry yang dah lama aku tunggu-tunggu. Yang ditulis kaki comper sendiri. Trimas dan kredit pada Mira, beliau dengan panjang lebarnya huraikan isu yang dah lama aku pendam dalam kepala tak boleh nak diluahkan ni. Aku bukan jenis suka copypaste entry orang. Maka dengan sukacitanya aku jemput kalian masuk ke blog Mira. Baca dan fahami segala yang tersurat dan tersirat. Berfikir pada sudut positif dan andai ada yang tersinggung jangan disimpan dalam hati. Kita mungkin lakukan kesilapan, melalui teguran kita betulkan keadaan.

When contest is no longer about creativity...



Pengalaman menyertai pertandingan peringkat kebangsaan tidaklah banyak. Sementelah aku jenis berkira jugak nak laburkan wang ringgit ni. Tapi di awal pembabitan aku join contest, ketika zaman muda remaja aku lebih tumpukan contest dalam bidang lukisan kartun dan poster. Kerana itu nama aku tidaklah boleh dikategorikan sebagai pro comper. Andai ada yang labelkan aku sebagai pro comper, minta maaf aku kena betulkan. Hadiah paling berharga aku menang tak pernah tinggi dari RM5000 cash sepanjang umur hidup ini. Dan itupun entah tahun bila dan contest mana aku dah lupa. Seterusnya aku mampu bawa balik RM3000 ke RM2000 ke RM1500 dan ke bawah. Seumur hidup ini nak merasa naik kapal terbang ke luar negara dengan tiket sponsor belum pernah tercapai lagi sebab aku tak pernah join contest yang sedemikian. Join pun tak pernah lekat menang. Jadinya aku akur diri aku bukan pro comper :)

Kelemahan ketara tentang aku. Tak hebat bikin slogan dan contest bertandatangan. Namun pernah menang besar jugak dengan contest kategori ini walaupun aku sangat kurang yakin diri mampu menang. Pelik bin ajaib. Namun itulah rezeki kata orang...

Aku seorang comper underground. Maknanya aku sertai contest secara senyap-senyap. Orang tak kenal maka dorang tak nampak aku. Kalau aku menang pun orang akan kata 'someone' bukan Wan. Sekarang menang contest ciput pun orang dah tahu aku sertai contest tu walaupun pengumuman contest belum dilakukan. Hebat betul geng comper. Mereka punya talian tersendiri, link yang bersangkut dan paling ketara tips yang pelbagai untuk menang bergaya!

Aku? Tips yang aku gunapakai dulu hingga sekarang sama je. Usaha, doa, tawakal dan yakin diri tak menang hahaha... ini pendekatan psikologi andai kalah tak rasa terkilan sangat. Pemikiran positif dalam negatif.

Pendapat aku tentang tajuk entry Mira, aku 100% setuju. Penganjur sekarang tak mampu lagi menilai kreativiti pada tafsiran yang tepat. Kreativiti pada mereka mungkin bersangkut paut dengan paras populariti dan keramahan peserta contest bukan pada nilai dalam produk yang dihasilkan. Tak kisahlah sama ada dari segi lukisan, slogan, gambar dan sebagainya. Lebih ramai kenalan dan 'peminat' misteri yang sudi 'like', lebih tinggi peluang untuk menang. Penganjur lebih mementingkan kuantiti tidak lagi kualiti.

Maka syarat contest: pemenang dipilih berdasarkan kretiviti bukan lagi relevan. Lebih wajar tuliskan saja, peserta paling glamer pasti menang.

Kategori contest paling malas nak join, contest bergambar, refferer tertinggi, voting dan pelaburan duit. Sebab semuanya dah diungguli raja permasisuri contest dalam bidang masing2 heheh... Siap dah boleh agak siapa-siapa bakal pemenangnya, haih... Tapi aku join jugak kalau teringin cuba nasip. Manalah tahu ada jugak penganjur yang masih 'nampak' comper halus macam aku ni hahhahaha... Untung sabut merasa pergi London dengan tiket free! miahaahhaa Beranganlah ko Wan....

Sekali lagi aku minta jasa baik kalian, baca entry Mira dan aku ini pada sudut yang positif. Mungkin dalam beberapa hari lagi akan muncul beberapa entry yang berkaitan dikalangan blogger. Wajar kita baca dan fahami pendapat kaki comper dan blogger yang lain juga. Cheers!



5 comments:

Mama Zharfan said...

nowadays, fenomena contest @FB voting mcm cendawan tumbuh...semua company or contest organizer buat those FB voting punya contest..nak komen dari persepsi creative comper memang tak ngam lah, sbb organizer ada target tersendiri like nak promo produk kpd seramai mungking org kat FB tu...
and as u said, memang dh ada FB queen and king..so comper ikan bilis mcm me boleh tgk dgn mulut ternganga ajer..kalau join pun, nak meraih jgn kata seribu, seratus votes pun dh tebal muka berpuluh2 inci..those FB king.queen senang2 ajer dpt 10 k votes...tak percaya? percayalah!! tp masih ada contest nationwide yg slogan based, creativity based kan..so kena pandai2 dig lah kot :) cheers!

CatlinaFly said...

agree....actually sy join cobntest suka2 je..tak menang, a lil bit dissapointed tapi itulah adat pernatndingan kan?

pasal contest kat Fb yang tekan butang "like", sy setuju memnagn leh menyebabkan "pengundi hantu" wujud!

that's why kalau sy buat contest, lebih suka buat lucky draw...then baru sy prefer contest bergambar...

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ tak xcuba tak tau kan k.suziey dr qst pengalaman kita dpt ilmu comper baru :) 10k tu hebat diperdebatkan isu akaun hantu ni. tah la.. pk positif je anggap je winner tu mmg hebat2 orgnya ahahha xdela terasa sngt klu kalah. lebih baik mencuba dr awal2 tarik diri mengalah :P

Wansteddy Tales said...

CatlinaFly ~ betul tu Cat >< kdg2 dah rs makin xrelevan join contest jenis voting ni. asyik2 org itu2 jgk menang. klu menang sbb mmg dilihat layak lain ceritalah, ini jd pemenang sbb dia bnyk pengundi haih...

Unknown said...

wans,
kakyong pun kalo contest yg perlu slogan & n3 kreatif... adoi la.. memang bukan bidang la... hehehe...