Sebenarnya dah banyak kali aku terima makluman dari rakan blogger berkenaan hal ini. Ada juga dari kawan-kawan rapat yang tiada blog, tapi selalu mengunjungi blog aku dan lain-lain blogger untuk bacaan umum. Beberapa kali hasil kerja aku dikesan berada di dalam blog lain dengan atau tanpa izin.
Ada yang boleh nampak ciplak. Ubahsuai nama, warna dan data design. Tapi kita boleh kesan. Ada yang secara lebih bijak. Menampal hasil kerjaku ke dalam design mereka. Yang ini agak parah. Nak tegur serba salah. Aku bukanlah jenis orang yang serba kisah. Tapi kalau selalu buat aku yang dapat susah.
Mungkin kerana aku lembut hati. Tak sampai hati nak berterus terang menegur secara dua hala. Aku tengok masalah ini kian bermaharajalela. Tidaklah aku marah macam nak ledakkan bom. Malah aku rasa seronok tengok hasil kerja aku disukai orang. Tapi kalau mereka minta dengan cara baik, lebih buat aku senang hati. Siapa suka hasil kerja kita diciplak orang kan...
Kalau beli je kan lagi bagus. Bukan mahal pun. Sebuah dolly aku tawarkan harga RM10. Kadang-kadang ada yang beli dengan harga RM5. Ada jugak aku bagi free sebagai hadiah. Malah pelanggan boleh request redesign berulang kali tanpa aku kenakan hidden charges. Mahal ke?
Kawan aku cakap "Ko ni bodo, orang lain dengan redesign je dah dapat lebih income!"
Tapi kalau tanya aku.... Soal duit bukan ukuran. Aku pun bukan berniaga sebab nak untung. Sebaliknya nak seronok tengok hasil kerja dipaparkan secara umum. Sebab tu kerja aku lambat nak siap. Aku design dengan komitmen agar hasilnya tak hambar. Agar hasilnya betul-betul disukai pelanggan. Tapi kalau ada yang merungut kerja aku lambat nak siap dan menyusahkan dorang tunggu lama, aku tak kisah dorang nak beralih designer. Asalkan jangan copypaste dolly aku dan tepek mengaku itu hasil kerja mereka. Serius aku rasa terkilan.
Konsep design juga diciplak
Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.
Dengan izinnya kerana mereka yang minta aku design secara percuma atau hadiah dariku untuk mereka. Tanpa izin.... Kebanyakkannya hasil kerja yang aku buat dengan susah payah perah otak untuk pelanggan blog Wansteddy Tales & Studio. Hasilnya mungkin tak sama dengan yang asal. Mungkin ada sedikit sebanyak pindaan. Tapi kalau dah namanya copypaste memang tak dapat nak lari dari karya asal aku kan.
Ada yang boleh nampak ciplak. Ubahsuai nama, warna dan data design. Tapi kita boleh kesan. Ada yang secara lebih bijak. Menampal hasil kerjaku ke dalam design mereka. Yang ini agak parah. Nak tegur serba salah. Aku bukanlah jenis orang yang serba kisah. Tapi kalau selalu buat aku yang dapat susah.
Mungkin kerana aku lembut hati. Tak sampai hati nak berterus terang menegur secara dua hala. Aku tengok masalah ini kian bermaharajalela. Tidaklah aku marah macam nak ledakkan bom. Malah aku rasa seronok tengok hasil kerja aku disukai orang. Tapi kalau mereka minta dengan cara baik, lebih buat aku senang hati. Siapa suka hasil kerja kita diciplak orang kan...
Kalau beli je kan lagi bagus. Bukan mahal pun. Sebuah dolly aku tawarkan harga RM10. Kadang-kadang ada yang beli dengan harga RM5. Ada jugak aku bagi free sebagai hadiah. Malah pelanggan boleh request redesign berulang kali tanpa aku kenakan hidden charges. Mahal ke?
Ada designer yang kenakan harga sampai RM50 sebuah dolly. Tapi aku kata, itu usaha beliau, rezeki dia. Tidaklah aku dengki. Malah aku berbesar hati tengok hasil karya designer yang lain dari yang lain. Kreatif dan kemas. Murah mahal itu subjektif. Bergantung pada budi bicara designer itu sendiri. Nasiplah kalau dapat designer yang kenakan harga mahal. Mungkin kualiti kerjanya lebih gojes. Dan kalau dapat designer yang kenakan bayaran murah beserta design yang superb marvelos itu lebih rezeki buat pembeli. Tidaklah ia menguntungkan dua pihak? Tepuk dada tanyalah selera!
Kawan aku cakap "Ko ni bodo, orang lain dengan redesign je dah dapat lebih income!"
Tapi kalau tanya aku.... Soal duit bukan ukuran. Aku pun bukan berniaga sebab nak untung. Sebaliknya nak seronok tengok hasil kerja dipaparkan secara umum. Sebab tu kerja aku lambat nak siap. Aku design dengan komitmen agar hasilnya tak hambar. Agar hasilnya betul-betul disukai pelanggan. Tapi kalau ada yang merungut kerja aku lambat nak siap dan menyusahkan dorang tunggu lama, aku tak kisah dorang nak beralih designer. Asalkan jangan copypaste dolly aku dan tepek mengaku itu hasil kerja mereka. Serius aku rasa terkilan.
Kenapa aku tak suka taruk watermark?
Kalau tanya pendapat ramai, mesti galakkan aku tepek watermark dalam setiap gambar dan design aku, betul tak? Tapi aku tak suka. Ia kerja remeh. Malah aku dah tak nampak keaslian dalam design aku. Aku rasa harus wujud fahaman tentang hak-hak copyright secara menyeluruh, agar semua orang faham hasil kerja individu tak boleh sewenang-wenang disalahgunakan. Lagipun aku memang tak kisah pun kalau orang setakat nak simpan hasil kerja aku. Kalau mereka suka. Tapi janganlah diabadikan sebagai hasil kerja mereka pulak. Itu suatu isu berbangkit.
Konsep design juga diciplak
Soal hasil konsep kerja ditiru pun dah banyak kali aku perasan. Nak aku sebut designernya? hehe... Malas aku nak story. Gasaklah. Orang takde identiti memang suka main ciplak-ciplak ni. So aku malas nak ulas panjang. Sendiri faham dan rasa malu pada dirilah. Tapi kalau ada kesedaran harapan aku agar designer berbakat semua pandai mengolah konsep mengikut idea dan identiti tersendiri. Usah banyak sangat ciplak. Nanti kena tegur, kita yang terasa dan susah hati. Contohilah designer freelance berbakat seperti Emila Yusuf dan AcuRose. Mereka sentiasa segar dengan identiti tersendiri. Aku kagumi bakat karyawan wanita seperti mereka. Sentiasa rendah diri dan hasilkan kerja dengan kemas dan kreatif! Inilah bakat yang harus dicontohi. Bukan didengki apatah lagi dikeji.
Harapan aku agar mereka yang diluar sana tahu hak-hak seorang designer. Mereka tak cipta karya secara suka-suka. Nak-nak kalau berkait dengan sumber pendapatan. Ada usaha disitu, maka hargailah kami. Kalau tak nak beli pun mintalah secara baik. Aku jamin takde designer yang kedekut taik idong masin bila diminta tak bagi langsung.
Tapi kalau tak diberi juga janganlah ambil hati. Mungkin design tersebut sudah di copyright reserve kepada pemiliknya. Mereka beli dengan wang. Bukan bermodalkan air liur semata-mata. Maka adalah jadi tanggungjawab kami memelihara hasil kerja itu bersama. (penjual & pembeli).
Maaflah kalau kalian baca entry ini dengan sedikit pengaruh emosi. Aku tak menulis dalam keadaan marah. Maka entry ini tidaklah hangat. Ia hanya cebisan rasa terkilan.
46 comments:
abamon tu salah satu department kat kompeni kita... hehe.
aku pun malas nak watermark..huhuhu
lol sape yg berani ciplak tuuh huehue..memang wan nye dolly cantek dan tak mahal pon takpe wan sy tau wan buat kerja dgn sepenuh hati dan ikhlas mungkin bagi wan ianya lebih kpd minat dan terapi kalu tensen dgn kije so bukan la duit semata2..kalu kite ikhlas duit sedikit rasa byk je sbb keberkatannya..bg sy kerja wan sgt bagus berbaloi je pon berurusan dgn wan sy ckp gini sbb dah penah berurusan dgn seorg yg popular dan hasilnya xdela seberapa meskipun bayaran yg dikenakan mmg mahal sy xkisah dgn caj yg dikenakan tp bila dpt layanan yg ado je lepastu kemain ssh nk diskus bagai..jrg on9 baik xyah berbisnes gitu..
Kesiannye awak kan...Mungkin dia search gambo dari internet kot dan tak sangka plak yg mende ni hak cipta org len...Mungkin la kan...hikhikhik
berhati2.. baru je lepas baca pasal ciplak2 kat blog mamazharfan td
ALL IN ONE
kesiannyer kak wan.. tak tau nk ckp apa..tp sabar yer kak.. insyaallah..ada hikmah di sebalik ni nnt.
cha ~ er... siapa abamon? hehe... 1st time akk dpt nama tau ni ><
ema ~ kan... dah menyusahkan nk tepek watermark segala haih....
alahai..sian dekat Wan. Takpe, Wan anggap ni sebagai dugaan ok. Tapi, kalau Wan nak ambil tindakan, rasanya ada badan hak cipta yang boleh dirujuk. Saya pun tak berapa pandai sgt bab ni.
nurul ~ saya xmarah kalau design tu saya saja2 design for free atau design yg belum jd hak milik sesiapa. tp kalau design tu dah dibeli. mmg agak parah nak soal jawab dengan pelanggan. apa kata mereka pulak kan. dorg beli dengan duit. hatta dgn rm1 pn saya kira itu jual beli dan jd hak milik sepenuhnya penjual & pembeli. apatah lagi libatkan kos lebih tinggi.
AdiaLuze ~ takpe mmg saya xmarah. bkn jenis melenting pn. suka juga tgk hasil kerja org suka, ambil dan deco. tp kalau mntk izin lebih saya suka. msalahnya dsgn tu hak milik pelanggan saya. itu yg susah sikit.
wan boleh jer confront si penciplak tu..it's ur right kan
or dedahkan nama those yg menciplak hasil keje u
Nur ~ Saya punya entry pasal contest pn bnyk kali dah dicopycat malas nk huru hara. sbb tu skrg malas amat nk join contest blog. malah lebih sadis. ada juga yg copycat design contest juga! mmg hangin sbb kita join nk menang org lain senang lenang tiru konsep, idea dan design kita haih..... ini namanya sikap manusia. xreti nk respek org lain.
ibu arifa ~ trimas min. Langsung xmarah pada pelakunya. cuma sikit terkilan dan risau. dolly tu hak milik ibu Intan. berbayar. tentunya Intan rasa serba salah dolly milik dia diciplak. Itu je mslh yg tgh sya kusutkan skrg ><
dulu, kini dan selamanya..
i love wansteddy's design!
dolly free takde ke? hikhik
wan kena berkeras ,jgn lembut ati, nanti org lain suka2 je ciplak..aritu ada bckt blog emila ada org ciplak hasil kj die...tk baik la kn , org lain susah2 perah idea utk buat sesuatu alih2 ada org copypaste
haaaaaaa.. sama macam suzie miles of smile..kena ciplak entry contest dia...
wanssss.. wans sibuk tak??
boleh tak buat header blog ila...
Saya ada pengalama cam gini..tapi saya yg menciplak..
masa tu baru seminggu dua kot menceburkan diri dalam dunia blogging..sengal lagi..Tapi skang insyaallah tak kot..kalau ada gambar2 yg diambil pon, saya akan kreadit kan
meh bagi link sikit. haku nak nengok sape tukang ciplak nye.
Nia ~ trimas Nia. Pada saya kes ni tidaklah begitu menekankan. cumanya dah sampai masa saya pulak bangkitkan isu ni. saya percaya ramai lagi blogger, comper, designer yg turut jd mangsa copycat ni. Tapi lain cara lain gaya je :)
mama zharfan ~ Wan dah beri email peringatan pada adik tu. Xdelah tahap menakutkan dia cuma sekadar ingatan biasa. harap2 xde masalah. wan dan pemilik dolly tu tgh tgu respon dr adik tu. harap2 dia dpt terima secara terbuka dan ambil inisiatif positif. wan xnk heret isu ini lebih lanjut. tp kalau xblh nk kompromi maka terpaksalah. selagi boleh selesai cara baik wan nk cool2 dulu :)
mrs. K ~ mana2 dolly yg belum dimiliki pelanggan dlm blog wansteddy tu bolehlah request as free dolly. saya malas nk pinda2 kalau dolly free ni hahah.... tp yg tnglkn terhad la. sbb bnyk dah jd hak milik pelanggan. jemputlah godek2 ><
mama tisya ~ trimas atas nasihat berguna tu mama tisya. wan cuba kompromi dulu. kalau dpt respon positif wan xdedahkanlah isu ni lebih lanjut. tp kalau adik ni berkeras atau ambil tindakan negatif nak atau xnak wan myb akn dedahkan blog dia secara terbuka. ia bukanlah hukuman tp pengajaran kepada yg lain juga agar xlakukan hak cipta org lain sewenang2. setakat ni wan masih tgu respon dr adik ni. harap2 xde timbul mslh. lebih baik elakkan mslh dulu :)
Baby ~ itulah... masa cuti2 sempat baca isu copycat k.suziey. harini wan pulak bukak isu. act dah lama wan nk buka isu ni. sekitar awal mulakan kerja design lagi. tp sbbkan masa tu xserius wan abaikan je. la ni sbbkan ia libatkan dolly pelanggan nk xnk kenalah bangkit isu.
Ila, wan tgh redesign beberapa pelanggan. still ongoing. maaf sngt2 kerjaku lmbt nk siap. harini baru stat keje pas cuti panjang :)
nUR_rOsALiNdA ~ melalui pengalamanlah kita lebih dewasa kan. xsengaja xpe. saya pn sudi maafkan adik tu kalau dia mnta maaf. tp xde hal pn nk maaf2 ni. bkn saya hangin pn. cumanya nk minta adik tu buang dolly tu saja sbb ia dah jd milik pelanggan saya. susah hati selagi belum digugurkan dr headernya :)
miss Q ~ boleh by mesej FB @ email je. malaslah nak publish blog url dia kat sini. selagi belum dpt reaksi negatif saya nak jaga dulu blog beliau :)
2 perkataan yang boleh mencerminkan peribadi seorang penciplak "tak malu".... :(
k.ayu ~ hehe... dlm kes contest pn bnyk kali kena dah k.ayu. gasaklah. dah xkuasa nk bersuara. jd isu je. nk2 kalau ada kaki provoke. last2 kita yg mengadu nampak buruk haih....
moga mereka itu insaf...dan to u babe, kuatkan semangat..
remember : imitation is the best form of flattery. :-)
wah suka sukinay ciplak orang punyer ek...sapekah gerangan tu penat2 wan wat suka suki je ciplak, janagn berlembut sangat tau, nanti orang naik kepala,harus diatasi masalah ni dari berleluasa...baik tol wan ni diam je ek orang curi,dah la dolly2 kat sini cantek2 kalo kita dapat free kan best...tapi tak mau la ciplak2
alahai
sian wan yerk
tulah..kadang2 org nie tak paham..
buat tak boleh nak copy ke apa...tapi apa2 hal mintak ler kebenaran dgn tuan punya tu..tak kira ler apapun...minta kebenaran..
kita org melayu
ada budi bahasa....
kesian wan...hasil kreativity sendiri pun kena ciplak...sabo yer..
Hanz ~ trimas hanz. ramai yg masih belum sedar isu copyrite ni sbnrnya. sedangkan dah bnyk mengadu dan bangkitkan isunya. sbnrnya semuanya atas sikap masing2 :)
Anje ~ buat kecoh nnt kita juga tmbh musuh anje, so sabarlah jalan terbaik. kalau dpt berkompromi buat je arah positif. tp kalau ditegur, xjalan atau bg reaksi negatif itu barulah masanya nak pertahankan hak. saya selagi boleh sabar, lebihkan cool :)
Zana ~ kalaulah semu faham adab berbudi bahasa kan bagus hehe... payah juga nak tegur risau ada terguris. tp kalau berkenaan hak2 pemilik pelanggan saya, terpaksalah bertegas. kalau hak saya myb (juz myb) boleh bersbr lagi hehe
mamaLyna ~ trimas yang... senang hati yang gundah gulana harini moga2 semuanya kembali stabil :) masih tgu respon dr adik tu :)
sekarang ni musim orang men"ciplak" ke? huhuhuhu
sungguh terperinci dan teliti penerangan dan penjelasan wan..harap2 sesiapa yg membaca dapat faham terms2 designer ni. Acu da tgk blog blogger tu, siap ada kembar lagi dolly tu...isk isk.
mula2 dulu acu pun tak wat watermark. sejak dua menjak ni dpt report baru acu letak. Sian pada pembeli, wat keje lebih masa skit tak ape lah kan..
Mention nama acu ke tu?hehe. Acu blom ada pangkat designer lagi ni.. baru pangkat menolong mendesign..huhu
isk teruk main ciplak2 je keje org..ni dah hal copyright ni boleh kena saman..sabo jela kak wan...proud sebab penah dapatkan khidmat acurose ngan kak emila dalam design blog..tgh tnggu design dari kak wan pulak..;)
acu... designer tak semestinya pada pangkat dan kelayakan pendidikan tgi semata2. kalau budak darjah 1 tapi punya bakat dan publish designnya pn wan iktiraf sebagai designer apatah lagi designer berbakat macam acu. kdg2 design acu suntik inspirasi pd wan. bila tension dgn kerja layan dolly acu buat wan happy. itu petanda designer berjaya. mmg nantikan peringkat acu yang berikutnya. kalau boleh publish design dlm bntk buku atau novel grafik. semoga impian wan nk tgk hasil kerja acu tu (buku@novel) tercapai :)
serenity ~ akk wat keje lmbt dik tu yg payah tu huhu.... tp jgn compare hasil kerja kami. dua2 wanita tu sumber inspirasi akk as designer. pd akk dorg lebih senior dlm bidang design dolly ni :)
aduhai baiknye designer sorang ni. baik je bunyik teguran. watermark atau tak, mahal atau tak, lain designer lain pendirian la kan
tapi harap2 blogger (atau bisnesman) negara kita ni sedar la yg bottom line entry ni jugak satu teguran (kan?)
teringin benor nak tgk blog blogger yg menciplak tu...
btw, dlm hal ni wan kena tegas..
so far camana respond the adik blogger?
kusut ~ sekadar teguran picisan macam saya ni org dgr sambil lalu je en.kusut. tapi bila sampai masa nk pertahankan hak sendiri harus dimulakan dgn diplomasi. mudah2an xdelah tekanan untuk dua pihak :)
k.yong ~ setakat ni belum bg respon lagi dlm email yg wan kirim semalam. myb dia belum bukak emailnya. selagi boleh consider wan xde hal k.yong. bg masa je dulu. tp kalau hari ni masih xde respon myb wan kena kirimkan mesej dlm blog dia pulak. xdelah nak dedahkan blog url dia kat sini k.yong. nnt susah hati adik tu. kalau setakat nk tgk blognya bolehla wan bg link by person :) nnt wan kim msj kat FB k.yong.
WAN NAK TAU GAK SAPE GERANANG NYA TU EMAIL LA KAT KITA damia_nurin@yahoo.com
Post a Comment