Inilah berita yang menggembirakan hatiku balik saja dari bercuti lepas. Masa tengah bercuti tu, sempat mak telifon dan maklumkan pasal surat menang contest ni. Mulanya aku tak sangka menang sebab dah lama betul takde sebarang info. Lagipun kawan aku yang menang hadiah utama awal-awal lagi dah dimaklumkan pasal kemenangan beliau. Lepas dapat surat jemputan ke majlis penyampaian hadiah lagilah buat hati aku lebur... Tak taruh harapan menang apa pun. Tak sangka rupanya sudah tersurat jadi rezeki jugak. Naik nama adik aku. Budak ni memang ada ong! Rezeki beraweks baru jugaklah gamaknya hehe....
Bersama lukisan yang dihasilkan. Aku lukis tangan, edit dalam adobe photoshop, print hantar by hand. Memang tak taruh harapan menang sebab aku lukis saat akhir. Idea berkepuk yang aku peram berbulan sebelumnya lebur macam tu je bila buat kerja di saat-saat akhir. Nasihatku pada adik-adik... jangan contohi perangai menangguh hakak sorang ini. Kelak menyusahkan diri. huhu
Sedang mengatur barisan. Tunggang langgang sebab masing-masing asal redah je hehe...
Barisan para pemenang. Ramai yang hantar wakil sebab budak-budak SPM sedang duduki peperiksaan kot. Aku dengan ayu dan gemalainya duduk nun dihujung heheh... ayulah kunon.... hohoho...
Kesimpulannya walaupun majlis simple tapi agak meriah. Entry ini masih hangat kerana aku baru balik dari Balai Seni Lukis Negara sedangkan orang lain sibuk melantak juadah petang. Gambar selebihnya aku upload dalam facebook. Malas nak taruk semua kat sini hehe...
Berita bestnya. Balai Seni Lukis Negara bakal anjurkan lagi contest-contest sebegini pada tahun-tahun akan datang. Bolahlah perah otak dan cuba nasip lagi!
3 comments:
uh contest BSLN tu ye, sempat gak wan masuk eh..congrats dpt hadiah..da nmpak telented nye tu :)
Syuhada ~ trimas dik. Next time ada anjuran contest ni lagi jom la join sama. besar juga peluang nak menang :)
acurose ~ masuk pn dgn sebal hati je acu. mmg xconfident menang apa pn sbb tau saigan sengit2 belaka :)
Post a Comment