Nuffnang

Followers

Thursday, November 25, 2010

Respon yang POSITIF ~ aku hargainya

Alhamdulillah reaksi yang diberikan oleh blogger semalam, positif. Seperti yang aku janjikan. Kalau respon yang diberi munasabah aku tak kan dedahkan namanya, blognya dan lain-lain. Bagi yang dah ketahui, sama-samalah kita diam diri. Menjaga hati, maruah insan lain samalah seperti kita menjaga maruah kita sendirikan...
Aku tak marah sebenarnya. Cumanya dah jadi tanggungjawab aku pelihara design yang dah dijual pada pelanggan aku. Rasanya tak berbaloi dorang curahkan duit tapi design tu boleh digunapakai individu lain jugak. Ini soal hak. Diharapkan ramai yang fahami istilah tersebut.

Bukanlah isu berbangkit sampai boleh jadi gaduh mulut, karangan dan sebagainya. Sementelah adik tu pun mengaku dia tak sengaja terambil design tu dari google. Dan beliau tak tahu pun aku yang rekacipta dolly tu. Jadinya itu bukan isu besar yang dihebohkan lagi. Pada adik tu, aku ucapkan terima kasih kerana memahami. Mujurlah beliau tak melatah dan marah-marahkan aku pulak kan. Itu dah cukup bagus :)

Semoga perkara ini beri iktibar kepada semua rakan blogger, para peniaga, designer dan untuk aku juga.

Nampaknya mahu atau tidak terpaksalah semua hasil kerja aku diwatermarkkan sesimple mungkin. Walaupun aku tak suka, heh!


16 comments:

mama tisya said...

kalo yg amik tu tahu and minta maaf ke apa ok la..ni kalo yg jenis nk cr gado pyh la

Bee said...

allhamdulillah..maka wujudlah watermark ...ki2

mummy_ayu said...

harus la..kasi watermark supaya org lain tak leh tiru & copy2...

Salina@IbuAqil said...

alhamdulillah!! penyelesaian yg baik.. syukur..

Wansteddy Tales said...

mama tisya ~ tu la psl... klu jd kes cmtu mesti puncanya dr hasad dengki dulu. jenis tu mmg susah nk berkompromi :(

Wansteddy Tales said...

Bee ~ hehe... watermark ni dr dulu dah pakai. tp malas guna. jap ada jap xde. tp nmpknya skrg kenalah berdisiplin sket. semua dsgn kena taruk watermark pulak. mmg xsuka ><

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ tu je a jln akhirnya. mmg saya xgemar. 1) bnyk keje 2) picca da xasli 3) malas (itu yg sbnrnya haha)

Wansteddy Tales said...

K.salina ~ alhamdulillah... syukur. adik ni baik budi. xde melatah. lgpn mmg wan xterjah cara ganas pn hehe...

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

alhamdulillah
sumer nyer dah settle

benda2 mcm nie...buat gaduh pun tak guna gark kan..kalau dpt selesaikan secara diplomasi lagi ler baik

kira syukur lah coz' yg ambil tu tahu dia yg salah

Mama Zharfan said...

langkah terbaik ni ;)

Wansteddy Tales said...

zanna ~ betul tu. sbb wan tgk gak dr pengalaman blogger lalu. sbb tu wan pk cara ni myb berkesan. kita tegur pn kena berhemah insya'allah xde permusuhan dlm diam :)

Wansteddy Tales said...

trimas k.suziey.. yg pntg dia pn positif tu yg buat wan pn senang hati. risau gak jd kes leh besar kan.

Eliss said...

eliss pernah jugak terambil hak orang :p tp designer tu bagus dan ckp elok2 so tak mo gaduh2..kadang2 kita pun search kot google ajer kan tanpa sedar psl privacy & copyright content tu.even dh bagi credit tapi tak semua orang suka!

~Serenity~ said...

yes..thats the spirit kak wan..sy pon malas jugak taruk watermark kat blog, tp kalau ada org suka suki ambik gmbar kat blog maka trpaksalah mewatermarkkannya..nnti kalau dh siap header for my blog shawl, just inform k..

sue said...

Bagus cara tu..tegur dgn cara berhemah..
Tapi sebaiknya letak watermark..supaya ssh org nak copy hasil kita..

AcuRose said...

syukur semua suda selesai. jln yg terbaik slow talk. tak guna nak serang2 kan..kita blogger ni pusing2 pun jumpa kat situ jugak.. atleast dia da mengaku silap tu dah bagus.

wan, simple2 pun watermark tu,menarik tertarik gak tu.. :)