Nuffnang

Followers

Friday, November 26, 2010

Majlis penyampaian hadiah Bakat Seni Kartun MERDEKA 2010

Inilah berita yang menggembirakan hatiku balik saja dari bercuti lepas. Masa tengah bercuti tu, sempat mak telifon dan maklumkan pasal surat menang contest ni. Mulanya aku tak sangka menang sebab dah lama betul takde sebarang info. Lagipun kawan aku yang menang hadiah utama awal-awal lagi dah dimaklumkan pasal kemenangan beliau. Lepas dapat surat jemputan ke majlis penyampaian hadiah lagilah buat hati aku lebur... Tak taruh harapan menang apa pun. Tak sangka rupanya sudah tersurat jadi rezeki jugak. Naik nama adik aku. Budak ni memang ada ong! Rezeki beraweks baru jugaklah gamaknya hehe....


Bersama lukisan yang dihasilkan. Aku lukis tangan, edit dalam adobe photoshop, print hantar by hand. Memang tak taruh harapan menang sebab aku lukis saat akhir. Idea berkepuk yang aku peram berbulan sebelumnya lebur macam tu je bila buat kerja di saat-saat akhir. Nasihatku pada adik-adik... jangan contohi perangai menangguh hakak sorang ini. Kelak menyusahkan diri. huhu

Hubby sanggup datang temani aku. Aku takde kawan nak diajak ke majlis tu. Hubby pulak sebenarnya on duty jaga pameran di Bukit Jalil. Sudahnya aku paksa juga hubby datang jemput dan temani aku.

Ini bahagian lukisan pemenang kategori 18 tahun ke bawah. Aku tak ambil kat bahagian 18 tahun ke atas. Malas nak interprem heheh... Kalau aku menang moleklah nak bergedik kat situ huhu...

Sedang mengatur barisan. Tunggang langgang sebab masing-masing asal redah je hehe...

Barisan para pemenang. Ramai yang hantar wakil sebab budak-budak SPM sedang duduki peperiksaan kot. Aku dengan ayu dan gemalainya duduk nun dihujung heheh... ayulah kunon.... hohoho...

Makan time. Aku sempat melantak sepiring spagetti, tat ayam dan koktel. Sedap juga. Malah layanan kakitangan semua mesra-mesra belaka. Trimas atas jemputan kalian :)

Hadiah yang diberikan kepada pemenang saguhati. Tote bag, sijil penyertaan, buku aturcara yang best!, mug, buku nota dan cek CIMB.


Cash RM300. Alhamdulillah... berkat rezeki dari Allah...

Kesimpulannya walaupun majlis simple tapi agak meriah. Entry ini masih hangat kerana aku baru balik dari Balai Seni Lukis Negara sedangkan orang lain sibuk melantak juadah petang. Gambar selebihnya aku upload dalam facebook. Malas nak taruk semua kat sini hehe...


Berita bestnya. Balai Seni Lukis Negara bakal anjurkan lagi contest-contest sebegini pada tahun-tahun akan datang. Bolahlah perah otak dan cuba nasip lagi!

4 comments:

Unknown said...

thniah kak wan..
bkn mudah nak menang..
kak wan mmg kreatif la..~

AcuRose said...

uh contest BSLN tu ye, sempat gak wan masuk eh..congrats dpt hadiah..da nmpak telented nye tu :)

Wansteddy Tales said...

Syuhada ~ trimas dik. Next time ada anjuran contest ni lagi jom la join sama. besar juga peluang nak menang :)

Wansteddy Tales said...

acurose ~ masuk pn dgn sebal hati je acu. mmg xconfident menang apa pn sbb tau saigan sengit2 belaka :)