Nuffnang

Followers

Thursday, December 9, 2010

3D Premier screening Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader


Aku dah bertangguh banyak cerita yang nak dikongsikan dalam blog ni. Antaranya kisah percutian kat Sabah November lepas. Tapi harini nak imbas semula kenangan menonton tayangan perdana filem 3D Premier screening Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader anjuran Nuffnang. Aku menang dua tiket filem ni sempena sertai contest “My Magical Journey” anjuran Nuffnang.

Disebabkan tayangannya pada hari jumaat, malam. Terpaksalah aku terus pergi dari pejabat dengan muka sememeh tak basuh hahhaha... Cuma sempat tukar baju biasa kat toilet Jaya Jusco Midvalley.

Sampai saja kat GSC Midvalley belum ramai yang datang. Tapi DJ Hit fm dah datang memeriahkan majlis. Ada juga beberapa mini contest untuk pegunjung. Aku nak suruh hubby join contest memanah. Boleh dapat buku Narnia. Tapi belum sempat hubby join, dah ada salah seorang pengunjung bermurah hati, berikan bukunya pada Damia. Habis cerita, tak perlu lagi hubby beratur hehe.... Banyak gak hadiah lain yang ditawarkan. Tapi sebabkan aku tak join, tak tahulah apa bendanya. Malas nak berebut-rebut kalangan pengunjung lain sebenarnya. Banyak gambar kitorang ambil. Tapi tak dapat nak upload dalam komputer pejabat ni sebab masalah sim card jadi takde la picca bergambar dalam entry ni.

Kitorang tak sempat nak makan malam. Perjalanan dari pejabat, biarpun tak jauh. Tapi waktu balik kerja macam tu. Ugh... jem giler! Tapi cubaan nak seludup masuk makanan tak berjaya. Terpaksa tinggalkan mcD kat kaunter depan. Ih ih ih... Kendian terkial-kial aku tungguh hubby dan Damia pergi tapau makanan dari kaunter GSC pulak. Masa tu la jumpa Mira! Bagi yang belum tahu, Mira ni admin Malaysia Giveaway. Sungguh terkejut yeh. Tak sangka jumpa Mira kat sana. Tapi sebabkan waktu tu dah nak mula tayangkan filem, aku pulak kena tunggu hubby, Mira masuk dulu ke panggung.

Yang nak jadi drama tu, masuk saja panggung, rupanya aku kena duduk sebelah Mira lagi. hahahha.... Jodoh ke apa tu Mira. Tak bolehlah sembang lama. Filem dah tayang masa tu. Dengan aku serabut segala benda. Rupanya setiap penonton disediakan dengan bekal popcorn dan setin Coke setiap sorang. Haish... kalaulah aku tahu dah ada semua tu, takde la nak berboyong-boyong dengan segala barang tau. Nak duduk je makan masa sebab aku serabut nak susun barang semua. Harap-harap ada peluang jumpa Mira di lain waktu di tempat yag berbeza. Boleh sembang lebih lama. Suka tengok Encik Emir yang kacak tu hehe...

Pastu cam biasa, budak-budak... bila dah boring Damia mulalah buat perangai. Syukurlah Damia cuma buat peel sikit je. Nak panjat-panjat kerusi. Nak turun kerusi berjalan kat tangga. Siap tegur watak Aslan "Cat! Meaw..." dan sebagainya. Sebagai ibu yang tabah. Aku anggap itu dugaan kecil. Walaupun sempat kena sy syyy dengan orang depan.

Trimas pada pemilik asal kerusi kami. Rupanya kitorang silap kerusi. Patutnya kena duduk hujung belah kanan. Tapi dorang bertolak ansur sebab kerusi belah kanan takde pintu keluar. Bayangkan kalau kitorang kena duduk sana. Dengan barang lagi. Dengan peel anak lagi. Perghhh...

Komen aku pasal filem Narnia. Walaupun permulaan cerita ketika Lucy, Edmund dan sepupu dorang nak masuk laut dalam frame tu tak sempat nak tengok. Keseluruhan cerita aku rasa menarik dan lebih best berbanding filem pertama dan keduanya. Taklah terlalu hambar tapi tak juga terlalu teruja. Kita boleh agak jalan cerita, semua watak baik-baik dan sihat-sihat sejahtera. Takde adegan bunuh tahap kritikal yang boleh buat muntah. Pada pandangan aku.... Okeylah. Best jugak.

Aku bakal terima 2 tiket percuma lagi filem Narnia ni sumbangan Eon Bank sempena sertai contest dorang dulu (facebook). Tapi hubby tak nak tengok dah, huhu... Mungkin tiket tu aku nak bagi kat adik-adik aku je kot. Gasaklah dorang nak tengok dengan sapa. Buat Arin dan Eli. Sapa cepat dia dapat! hahhaha...

2 comments:

CaDLyNN said...

belum tengok lagi, baru collect tiket dekat cosmo..haha..wiken ni nak p tengok~

Wansteddy Tales said...

cadlynn ~ boleh tahan lynn. hiburan famili. xde la ganas sngt so kanak2 pn boleh tgk ps: baby2 pn boleh hehe