Sila klik gambar untuk paparan jelas.
Nota itu kutulis begini:
"Bila berkawan dengan kita. Dia mengata orang lain. Berkawan dengan orang lain Dia mengata kita. Mengadu domba secara halus. Memupuk amarah di kalangan hati kawan-kawan. Hanya yang terkena akan merasa. Yang alami akan sakit hati. Bahananya: hubungan kawan-kawan yang baik tiba-tiba jadi renggang. Tak semena-mena bertegur tidak. Memandang kita pun tak sudi.
Wahai kawan, tak sedarkah lagi? Jangan terjerumus dan salah tingkah. Salah kawan bahana badan. Kini kita dijadikannya sandaran. Kelak tak diperlu terus ditinggalkan"
Susah nak tegur kawan. Kalau salah tegur dan salah fahaman kita dituduh buat cerita. Pernah kejadian aku cuma beri nasihat atas pengalaman, malangnya teguran aku disalah ertikan. Kerana tu aku serik nak bersemuka dan menegur cara dua hala. Fahaman kita berbeza.
Mungkin kerana belum pernah merasa, kita abaikan saja nasihat orang lain. Atau mungkin kerana sifat lembut hati, tak sampai hati nak ambil peduli. Terserah. Yang pasti. Kalau dah temui 'sahabat sejati' jangan yang lain disisihkan sekali. Jangan terpengaruh dengan fahaman 'kawan baru' yang mungkin dengan atau tanpa sengaja menjarakkan hubungan antara kawan-kawan yang lain.
Fikirlah sendiri. Dah dewasa, bukan budak tadika. Ditegur nanti kena maki. Tak ditegur hati juga tak gembira. Sekian.
7 comments:
siapalah kawan ko tu???memang nak kena luku nih...hai...dpt ke aku nak catch up 20k ni...hahaha
Betul tu.. kawan makan kawan.. paling tak suka kawan yg mengutuk kawan lain tapi dalam masa yang sama dia rapat ya amat dengan orang tue.. teruk kan!
jumpa dh kawan mcm ni, tak payah tegur, gunakan kuasa silent jer, kalau dia ckp kita senyum jer..pastu lantak pi la.. kawan yg sebenar akan menjaga maruah kita walaupun kita tak molek sgt..
kawan mcm nie tak yah di buang kawan..buat sakit hati jer...
wan..ape2 pon kene byk bersabau dik
wan, camana wan buat note mcm 2 erk.. ada perisian lain ke? cute ler.. ;o) macam tajuk lagu RUHIL AMANI plak KAWAN jgn main api!! Kelak membakar diri.. Kawan bla bla bla {ibu x ingat lirik masa 2 bdk2 kecik lagik..}
kawan kena berpada2 wan..memang ada yang berperangai macam itu :(
Post a Comment