Nuffnang

Thursday, December 23, 2010

Beralah tak bermakna kalah. Beralah untuk jiwa sejahtera.


Kemarahan akan buat kita sanggup lakukan suatu perkara yang tak terfikir akan kita lakukan. Perkara yang tak sanggup kita lakukan. Bila kita sudah tenang, datang pula manusia memujuk kita bersemuka. Semuka ketika tidak bersedia, buatkan amarah kita kembali. Hubungan yang sepatutnya longgar jadi terurai terus. Ketika itulah 'penasihat' berpaling dari kita. Segalanya seolah-olah meletakkan kita pulak di tempat yang salah. Alangkah ruginya....

Minta nasihat kawan baik... mereka suruh bersabar. Minta nasihat kawan tak jujur.... mereka suruh marah. Minta nasihat keluarga... insya'allah kemarahan kita kan lebur. Hilang rasa marah, sedih dan kecewa yang terkumpul. Namun... berdoalah pada ALLAH... hati kita lebih tenang. Jiwa tenteram.

Beralah tak bermakna kita kalah. Beralah untuk jiwa sejahtera. Kalau persabahatan boleh kembali bertaut, itu suatu kemanisan. Namun mungkin persahabatan kan kembali terjalin dengan batasan.

Iktibar disebalik kejadian. Berhati-hatilah apabila kita berkawan. Bukan sahaja di dunia nyata hatta di dunia maya seperti kita.

11 comments:

ummi aka iem said...

setuju sangat ..beralah tak semestinya kita kalah ...klu tnya pendapat org macam2 jawapan ...jadi berserah n mohon petunjuk dr ilahi yg sebaik2nya ..

wan,nk bgtahu im tukar nama blog..nnt update eik hehe

Wansteddy Tales said...

ummi aka iem ~ betul sngt tu Iem. wan kena lebih bersabar dlm segala hal. sentiasa bersikap tenang walaupun ada yg menyuntik marah tu :D

owh. nasip baik Iem, maklumkan. Jap nak update :D

adianiez AIDA said...

beralah tu utk sesuatu yg lebih baik. lebih baik itu adalah kedamaian. kalau tak beralah, kekusutan bertambah!

Momma Mia said...

stuju Wan...

Beralah tak bermakna kita kalah. Beralah untuk jiwa sejahtera.

Yang penting kita happy, jiwa kita tenang... abaikan semua godaan jahat & amarah...

Have a nice day my pren!! Jangan lupa senyum, nampak manis

Adyshariz said...

btul wan, beralah tidak bererti kalah, sbnrnya kita mals nk panjangkan citer, malas nk gaduh2..sb itu bukan kita.. malas nak kumpul dosa sb kat akhirat nanti takut panjang berjele-jele..hmmm...

sabar k

yantz-yeem said...

aku copy cat ko nya badge masuk dlm blog aku taw!!!

xpe...kita nie muda harus tunjukkan sikap n budi pekerti yg baik...

Wansteddy Tales said...

Adianiez Aida ~ betul tu :) klu kusut kepala jiwa pun tak tenteram

Wansteddy Tales said...

MommaMia~ senyum pun dah sumbing insiden baru2 ni Alin :) tapi wan pk baik gerak ke dpn. pndg blkg buat sakit hati je bukan selesai mslh. sebaliknya tmbh beban lagi :D b happy2 lupakan yg lain :)

Wansteddy Tales said...

Adyshariz ~ trimas, itulah yg sbnrnya. kdg2 tu terbabas jauh jugak sbb ikutkn perasaan. ble pk2 brulah sedar. xguna layan perasaan ni. mgu ni mmg mgu mencabar buat wan. tepi kiri kanan depan blkg rasa tercabar... mmg bnyk nk kena bersabar :)

Wansteddy Tales said...

k.yantz ~ org tua pn kena tunjukkan budi yg baik, barulah yg muda lebih hormati. kdg2 tu yg muda slh tingkah pn sbb tertiru yg tua.... btl x? tp lupakan sajo :)

Mama Zharfan said...

yepp..can't agree more
kena hati2..