Nuffnang

Followers

Friday, December 17, 2010

Kenangan Terindah Bersama Mamypoko dan Pa&Ma

Hari Kedua di Bukit Merah. Kerana perlu daftar keluar bilik penginapan jam 12 tengahari, agak lambat kami keluar dari bilik. Nak kemas-kemaskan segala barang dulu. Lepas tu daftar keluar. Nanti dah masuk taman tema takdelah nak kena keluar masuk angkut barang-barangnya.


Bergambar di depan pintu gerbang Taman Tema Bukit Merah. Inilah satu-satunya gambar keluarga kami di Bukit Merah. Itu pun jauh je. Mulanya aku ingatkan adik yang tolong ambil gambar ni ambil banyak-banyak gambar. Rupanya sekeping je terselit. Penat aku sengih lama-lama tengah panas tau hahhaa...


Masuk saja, sempatlah juga kami bersarapan pagi. Sangkakan kami yang terakhir. Rupanya ada juga 2, 3 keluarga lain yang lebih lewat. Makanan di sini sedap-sedap belaka. Aku tak kisah pun tentang kualitinya sebab segalanya lazat untuk dijamu.

Lepas makan, Dua beranak ni lepak-lepak di bahagian Jeti. Nun di seberang, Pulau Orang Utan. Lain kali saja kami ke sana. Haritu nak kejar masa ke taman air dan balik KL semula.

Tempat wajib pergi. Taman tema air Bukit Merah. Dapat dua tiket percuma. Damia awal-awal dah tak nak lepaskan pelampung dan safe jacket dia tu. Siap meraung bila ayahnya nak tolong pegangkan. Tak tukar baju renang lagi la Damia, camne nak pakai tu... hahahha

Damialah yang paling merasai nikmat bermandi manda. Ayahnya kena jadi full time guard. Aku pulak kena pegang plastik berisi kamera dan wallet. Sudahnya tak puas nak bermain air hehe...

Oh... gambar ni Damia sangka pasir kat pantai. Sebenarnya simen je. Nasip baik... Kalau sesiapa pernah baca kisah percutian kami kat Kota Kinabalu tahun lalu... Tahulah bahawasanya Damia ini suka makan.... pasir! haih...

Cubaan tangkap air!

Damia & ayah

Damia & Mommy

Hiasan Taman Tema Bukit Merah. Damia takut-takut je nak dekat tu, dia ingatkan gajah tu hidup! hahahha

Tempat ni best untuk budak-budak macam Damia bereksplorasi. Siap ada air pancut, gelungsur dan lain-lain. Menarik jugak!

Nampak muka cuak Damia? Sebenarnya Damia takut nak dekat. Aku duduk atas ukiran kura-kura gergasi. Pun dia ingatkan binatang hidup. Aku pujuk dan angkat naik atas kura-kura dan buaya tu pun tak nak.

Last frame dalam taman tema air. Walaupun takdelah sebesar Sunway Lagoon, tapi memadai untuk hibur-hiburkan anak-anak serta diri sendiri. Sebenarnya banyak lagi gambar percutian di Bukit Merah ni. Tapi aku banyak kongsikan dalam facebook. Jemputlah tengk. Malas nak upload banyak-banyak di sini.

Sementara tunggu ayah, Damia main game katok katak!

Permandangan di depan pintu masuk taman tema.

Last frame di dalam taman tema Bukit Merah. Ada rezeki, panjang umur bolehlah datang ke sini lagi. Bestnya kalau bawa sebuah keluarga besar lagi! Boleh enjoy beramai-ramai...

6 comments:

Bukan Bidadari said...

syokkknye....

CaDLyNN said...

bestla!! dah lame kot tak p taman tema air ni~

yantz-yeem said...

kan senang aku bce entry penuh....nnti pe kata kita pakat wat holiday2 kat sini....hahahha..mesti damia lagiks terujes...x sabo nak bwk mek dini pi mandi pool lagi..beza toi ngan aqil mse kecik2 dlu takuts air...

Wansteddy Tales said...

ema ~ syokkkk :D

Wansteddy Tales said...

Cadlynn ~ besh kan wan pn baru ni pegi balik. da lama xcuti2 gini :)

Wansteddy Tales said...

k.yantz ~ cesss.... ko ckp je. sudahnya janji tgl janji hahahaha