Nuffnang

Followers

Sunday, January 30, 2011

1.. 2.. 3.. Tukar! Aku yang punya impian itu....!

Trimas banyak pada Epul dan Simmat, petugas 7-Eleven. Jasa dorang akan kukenang atas kesudian membantu aku dengan penuh sabar dan dedikasinya. Citer lanjut di lain entry.

Semalam bawa Damia berjalan di KLCC. Lepak makan dan beli baju tidur Damia kat Isetan KLCC. Murah juga romper yang aku beli tadi. 3 dalam 1 berharga RM20 sahaja. Okeylah... buat untuk tidur saja. Corak pun comel-comel belaka. Cuma kurang pilihan untuk bersaiz 24 - 36 bulan ke atas. 

Lepas tu aku desak hubby ke Jalan TAR. Lama giler tak pergi sana. Tujuannya nak beli tudung je. Tudung-tudung aku sekarang kebanyakkannya dah tak elok. Berbulu kainnya. Mana taknya aku beli  nun masa raya tahun lepas. Bayangkan setianya aku dengan tudung-tudung tu semua ----> sebenarnya berjimat pun iya, malas nak pergi shopping pun iya. hahhaha...

Lepas membelek-belek tudung tu semua, aku bayar RM50 untuk 8 set tudung. Murah... murah... Pastu dengan tidak sengajanya. Aku terbeli baju pulak. 4 helai dengan harga RM50! Murah... murah....

Balik rumah lepas menge'test semua tudung dan baju-baju yang dibeli tadi. Barulah aku terfikir dan suarakan kat hubby...

"Ayah tau, tadi mummy beli 3 lai baju dengan harga RM50, percuma selai! Maknanya purata harga baju mummy ni sekitar RM10 la..." 

Terdiam sekejap kitorang kendian terburai gelak besar dari keduanya! Hubby kata....

"Tulah... beli baju untuk anak semuanya yang branded-branded. Mahal-mahal. Untuk diri sendiri.... baju made in china je!"

Perbualan ini kisah benar bukan fiksyen tau. Aku pun bila berborak bab ni dengan hubby barulah terfikir. Alangkah kesiannya diriku ini. Bab fesyen... hancus! Nama je designer tapi nak menghias diri sendiri bengap tak hingat. hahaha.... 

Harus Cik Sarimah Ibrahim jemput aku jadi peserta 1...2...3... Tukar! Kalau tak sampai bila-bila aku kekal dengan fesyen makcik-makcik begini huhuhu.... Gambar di atas kredit pada Utusan Malaysia Online.

Bagi yang tak tahu pasal rancangan TVAstro ni. Sedikit penerangan aku copy dari program rancangan Astro:


Seorang peserta akan meminta pertolongan dari Sarimah agar impian dan penampilan mereka direalisasikan. Programme ini akan membantu untuk menukar penampilan peserta dengan pertolongan dari dua orang profesional.

8 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

ha'kak pun tgh plan nak beli baju dan tudung...cam banayk dah buruk nak buat wardrobe makeover besar-besaran

mummy_ayu said...

harus la..ayu pun nak jugak kalu leh.best tu..

BabyIntan said...

Wan, kita pon g KLCC smlm gak tapi mlm lah :)

Betul lah Wan, bila beli tuk anak mesti nak yg chantek2 tapi bila tuk diri sendiri...huu huu...mmg cam apa ntah. Intan pon tak pandai bergaya...kalo nak tau majoriti baju Intan kebanyakan berwarna hitam :(

Rasanya intan pon need 1 2 3 TUKAR!

Mama Zharfan said...

me suka dressing, so bj me sama jer kos dgn bj anak2 me--Mr Hubby tukang geleng kepala hehehe

Wansteddy Tales said...

AyuArjuna BiGoshh ~ hohoho... bkn kata k.ayu je la. wan ni pn salu pg mana2 pakai t.shirt je. langsung xde gaya kewanitaan sejati huhu

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ kan... nk juga org lain ajar secara direct mana fesyen yg btl2 sesuai dgn wan. skrg ni main taram je pakai apa yg ada hahha

Wansteddy Tales said...

Intan ~ la... yeke... wan kuar dr KLCC jam 9malam. tp bnyk lepak kat level atas :) hahha... meh la kita email kat sariamah picca kita Intan, confirm sarimah tak sampai hati nk tolak permohonan kita ni hohoho

Wansteddy Tales said...

Mama zharfan ~ hohoho... besh tu! anak ibu sama2 bergaya :D