Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, January 19, 2011

Agak kritikal SITUASI AKU!

Malam ni terpaksa tidur lambat (lagi) siapkan baki-baki dolly yang lesap dalam PC lama. Kerja aku jadi dua kali buat. Mana aku tak lesu... Rasa segenap urat jadi sengal ni. Memang hari-hari aku tak cukup tidur. Kadang tu jam 3, 4 pagi baru aku dapt lelapkan mata. Pagi nak kena bangun awal, masakkan lauk tapau Damia ke taska. Bersiap ke tempat kerja segala. Kalau tak iron baju, lagi berganda tugasan pagi semata-mata.

Aku dah tak larat sebenarnya. Makan pun aku tak dapat rasa nikmatnya. Suap masuk mulut kunyah ala kadar Gulp! telan... Tidur pulak, taruk je kepala kat bantal terus lelap macam pakai remote kotrol. Suiz tidur... pup! Nyenyak...

Kat opis budak-budak baru masuk praktikal nak bertegur sapa dengan aku pun tak jadi. Berapa kali aku tengok ada yang cuba datang ke meja, tapi tengok respon aku macam patung bernyawa koner baring terpaksa lawat ke meja lain. Nak tergelak pun ada tengok reaks dorang. Tapi aku nak gelak pun tak larat. Aku dapat rasa sumbingnya sengih senget kiri bibir ni hahhaha... Gelak dalam hati lebih ikhlas.

Waktu rehat kalau boleh aku nak limitkan selimit-limitnya. Suka makan depan komputer dari join grup makan beramai-ramai. Makan depan PC, boleh buat 2 dalam 1 kerja sekaligus. Sambil makan, rehat... baca blog kawan-kawan. Cuba jawab sebaik mungkin tinggalan komen kawan-kawan. Cuba lawat sebanyak mungkin atas dasar kunjung balas. Dan cuba lepak sebanyak mungkin blog kawan-kawan sekadar baca kisah terkini dan bertanya khabar. Tapi tak dapat tidak. Ada limitnya...

Kerja aku bertambun dalam PC lama. Sebenarnya aku dah siapkan 1 header sepenuhnya milik pelanggan Wansteddy Studio. Dua lagi dalam proses design. Satu dolly kucing penuh figure. Satu dolly milik pemenang Nia dah lengkap dengan nama segala. Tapi belum pun sempat nak kirim guna email... PC aku kong begitu saja.

Ini kerja yang aku tengah buat ni.... 80% dah siap, dalam PC lama . Tinggal lagi 8 dolly. Aku dah happy sebab kerja dah kian berkurangan. Tapi kembali rasa tertekan terpaksa redesign balik semua dolly. Mujurlah aku ingat-ingat lupa jenis design terdahulu. Kiranya proses design ni proses imbas kembali dan redesign. Kalau dulu aku siap skecth, menung panjang pikirkan idea design, surf internet cari idea dan siapkan pelan-pelan. Kali ni tak boleh pelan-pelan dah... Kena design pantas tahap ninja sebab esok big boss aku nak tengok hasil kerja.

Setidak-tidaknya aku belum gila. Cuma dah ke tahap kritikal... penat!

5 comments:

Intan said...

Glup glup...byk nya kerja Wan.

Tapi still manage lg nak siapkan order dr customer bagai...kagum...kagum dengan kesabaran & commitment yg Wan berikan :)

Cubalah curi2 sikit time utk Wan berehat atau bercuti bg menghilangkan kestressan tu kay.

P/s: Bahasa den teruk giler kan...ekeke :D

NzA said...

tensionnya buat kerja yg sama berkali2......

Ema said...

stress tu..... nanti dah settle gi cuti-cuti malaysia ek.....

Wansteddy Tales said...

Intan ~ dah bertangguh lama Intan... sbb tu saya terpaksa tutup order sementara. panik sngt tgk senarai pelanggan tapi kerja utk dorg blm jalan. tapi nk jdi xde rezki, kerja dah siap xdpt nk bg jugak mslh dgn PC tu.

wan pk nk siapkan kerja pejabat ni bg clear dulu. pastu slow2 mulakan balik kerja2 order. baru boleh rilex sikit :)

okey saja tu Intan. Besh je baca komen kawan supot wan ni. sejuk je hati bacanya...

Wansteddy Tales said...

K.Nza ~ huhuhu... itulah... bayangkan 30 dolly redesign semula. parah.... :(