Nuffnang

Followers

Friday, January 28, 2011

Kerana DIA aku Ting Tong!

Semalam balik rumah lewat sikit macam biasa. Jemput Damia di taska. Tapi kisahnya waktu solat isyak semalam, aku yang dah masuk rakaat ke tiga terasa ada sesuatu tak kena kat peha <---- sah-sah tak kusyuk solat waktu tu!

Sekali kena gigit semut da... Bukan satu dua je kena gigit. Geram betul aku. Mulut terkumat kamit tapi hati dah ke lain. Kurang fokus sembahyang. Amatlah merugikan... Lepas habis solat, doa pun jenis ekspress (sebab bengang). Aku cari sampai jumpa semut yang cuba buat onar tu! Rupanya sekor je menatang semut ni. Tapi dia punya gigit habis kaki aku birat-birat. Arghhh! 

Tak lama pastu aku dah rasa lain. Kaki yang awalnya berbirat tadi. Naik bonjol-bonjol besar bekas kena sengat tu. Tak cukup dengan tu, naik alergik kat kaki dan tangan. Naik ruam-ruma merah yang banyak sekitar tangan dan kaki. Pastu rasa gatal tak terhingga dalam kulit. Bukan atas kulit. Dalam. Nak-nak kat tapak tangan, tapak kaki. Kenapa yeh? Aku tak faham kena gigit semut je sampai gitu sekali jadinya. Berbisa sangat ke sengatan seekor semut je? Bayangkan. Itu baru sekor. Kalau 10, 20 ekor gigit aku semalam tah macam mana rupa aku jadinya? huhuhu...

Sebab terlebih tension nak menggaru tempat yang tak pasti kat mana punca gatalnya. Aku pun telan ubat alergik dari farmasi dulu. Nasip baiklah ada stok. Tu pun semalam hubby dah ajak berkali-kali ke klinik, aku tolak sebab nak berjalan pun tak larat kenangkan gatal tak terperi ini. Tergedik aku nak telan dua pil. Sebab aku lupa berapa sukatan yang diperlukan untuk alahan ni kan. Tapi... risau over dose, aku telan sebiji jelah.

Elok makan je... terus aku ting tong! Totally knock out! Bangun pagi tadi yang aku ingat aku cuma letak kepala atas bantal. Sempat perut kena pijak dek Damia yang beria nak panjat memanjat. Marah-marah manja kat dia. Terus zzZZZzzzzz... Tak sedar donia apa dah. Kuatnya penangan ubat alergik tu. Huish... Nasip baik aku tak telan dua bijik. Kalau tak, tah-tah tak bangun-bangun terus aku harini. Nauzubillah... 

Pergi kerja tadi pun aku dah tension. Masakkan chicken ball soup untuk Damia. Sementara nak siap masak, aku pergi mandi. Iron baju untuk laki bini ini gara-gara semalam tak sempat iron baju kerana tertidur awal. Bersiap-siap ke tampat kerja. Hantar Damia ke taska. On the way ke pejabat, sekali lagi aku tertidur lena dalam kereta. Biasa tu kalau tertidur dalam kereta, aku tido-tido ayam je. Kali ni tidur langsung takde mimpi.  Lena sungguh! 

Sekarang ni pun aku gagahkan mata cegil besar-besar. Angkat kening tinggi-tinggi. Menaip dengan keyboard tekan kuat-kuat dan laju-laju. Nak atasi rasa khayal kantuk ni lagi. 

Semuanya gara-gara seekor semut!


9 comments:

cikceriacorner said...

esok wekend rehat la...tido..zzzzZZZzzz..hehhe

Aleyn said...

Salam Kenal..

Wahhh...tragisnyer penangan semut tu...

Hope u r doing fine now..

Mama Zharfan said...

susah gak kalau saper2 yg alah dgn gigitan seranggan berbisa--moga cepat sembuh yer

Adil said...

whoa kesan psychotherapeutic yg amat hebat ! ;D
smpai ngantok2

Adil said...

eh salah2 , bukan psychoterapeutic , analgesic ! ha baru betol
hehhe ;D

Wansteddy Tales said...

cikceriacorner ~ hahahha betul tu k.teq. aku sbnrnya perlukan urutan badan. lenguh2 satu badan

Wansteddy Tales said...

Aleyn ~ salam kenal :D trimas aleyn. agaknya saya ada alahan dgn gigitan serangga gamaknya

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ alahan dah takde tapi kesan mengantuk dan badan sakit2 tu masih terasa bisanya

Wansteddy Tales said...

Adil ~ yeke... akak baru tahu ada nama yg betul untuk simptom ni :3