Nuffnang

Followers

Sunday, January 16, 2011

Rambut Sofea Jane

Sekali tu kawan blog aku berchatting dengan aku dan tanya. Dalam blog aku tak pernah lagi dia tengok aku buka tudung.. ngehehehe.... Ye ke? Aku pikir-pikir semula. Rasanya ada aku letak gambar tak bertudung. Tu pun sebab dalam kejadian mandi manda di laut. Tapi sebab tak nak member gigih mencari aku diamkan je hohoho.... Segan hakak, you....! Tapi bila didesak-desak aku cakap rambut aku macam rambut Sofea Jane! hahaha...


Ada kisahnya berkenaan rambut Sofea Jane ni.... Dari kecik aku sangat suka tengok Sofea Jane berlakon. Sampai sekarang pun. Dek kerana suka sangat. Maka aku pun tak suka simpan rambut lebih panjang dari paras bawah bahu. Masa tu fesyen rambut Sofea Jane tidaklah popular. Hanya simpan ke paras bahu atau lebih sedikit. Ikal mayang dipotong sama rata rambut depan dan belakang sama. Kerana aku suka Sofea Jane. Fesyen rambutnya senang nak ikut pula. Sampai ke saat ini fesyen rambut aku masa sama.... Sedangkan Sofea Jane sekarang dah praktikkan pelbagai jenis fesyen rambut dah, aku masih ditakuk lama. Fesyen rambut 90-an....

Aku? Tak boleh rambut terlalu panjang. Paling panjang pernah aku simpan. Cukuplah lagi sejengkal nak cecah ke paras pinggang. Selalunya rambut aku pendek separas rambut ala Sofea Jane. Rahsianya... aku suka potong rambut sendiri! Tak pernah rasa puas hati dengan hasil dari salun atau sesiapa pun. Sebab bila aku minta potong mesti dorang terlebih potong sampai ke paras telinga. Masa remaja, kakak aku rajin jugaklah jadi pengunting rambut aku. Tapi lepas siap... hasilnya berasap telinga dengar aku punya ketidakpuasan hati. Selalu sangat dia potong pendek. Aku cakap potong sikit-sikit je. Memandai-mandai dia potong lebih pendek. Konon senang aku nak sikat rambut. Lambat sikit nak tumbuh panjang.

Kalau rambut digunting kat salun lagi haru... Aku minta potong sikit, dia potong tah macam mana.... Aku tak puas hati. Balik rumah rambut baru tu aku sambung potong balik. Tengok hasilnya yang tobek-tobek. Tak terkata dah... huhu... Rugi je pelaburan duit RM10 - RM15 gunting rambut kat salun tu. Kalau kenakan bayaran cuci rambut lagi buat sakit hati bila hasilnya tak seberapa. Kadang-kadang aku pikir, psikologi aku je kot. Kalau orang lain tengok okey je. Kenapa tah aku selalu tak puas hati bila rambut ni dipotong orang lain. Musykil gak aku dengan peelku sendiri...

Aku nak rambut Sofea Jane! Tapi aku cakap dalam hati je la... Tapi tak pernahlah aku suarakan pada sesiapa hinggalah ke saat ini. Rahsia seumur hidup aku dah ni. Sekarang korang dah tahu... Rambut aku macam Sofea Jane (yang dulu-dulu) hohoho....

Semua gambar hasil ku gOOgle :D
P

9 comments:

Mama Zharfan said...

sofea jane tu cantik sbb mix blood--apa2 gaya rambut pun napak cantik ajer hehhe

Amanie Khairunnisa said...

kalau rambut amanie x pena smpai cecah bahu pun. hoho

adianiez AIDA said...

cantik la kalu gitu rambut wan!
hi hi hi

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ kan... suka tgk muka sofea jane dulu dan sekarang. sejuk mata mandang :D masa muda2 dulu siap nk bubuh nama anak perempuan sofea. tapi my abah xsetuju pulak coz sama nama dgn doc tmpt dia kerja kat hospital dulu. myb abah anti kot dgn doc tu hahahaha.... wallahualam :D

Wansteddy Tales said...

Amanie Ashraff ~ skrg rmbut pendek lagi besh. selesa dan mudah nk urus :D

Wansteddy Tales said...

adianiez AIDA ~ cantik hapanya aida... tobek2 hasil buatan sendiri! hahaha

mummy_ayu said...

ayu pun minat sgt ngan sofea jane.dr mula dia belakun..sampai now..tapi sekarang dah kurang dah...
ayu pun tak suka rambut panjang2..rimas tapi hubby suka tg ayu rambut panjang....tapi baru2 ni bodek, dpt gak potong....lega..

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ hahhaa... wan ni xmntk ijin somi dah ayu. sbb hubby pn tau wan xblh berambut pnjg. ni pn paras bwh bahu je dah bnyk gugur :(

Aula Mommy Razim said...

comei sangat la dia ni.. rindu tengok dia berlakon

Cara mudah hilangkan selulit