Nuffnang

Wednesday, February 16, 2011

Dugaan pagi ini

Pagi tadi damia bangun tidur menangis-nangis. Rupanya Damia tercirit. Adalah tu salah makan. Malam semalam dah bagi makan air garam (ORS), memang takde tercirit pun. Pagi tadi saja tiba-tiba cirit semula. Monyok saja. Semalam langsung tak nak makan nasi. Nampak ramping sikit perut anak mummy... Biasa tu boroi-boroi cute! ehhehe...

Lepas bersiap segala, dan turun ke kereta, hubby maklumkan berita  tak best. Kereta tak boleh  nak hidup. Rupanya sebab bateri kereta lemah. Nak kena tunggu bengkel buka sekitar jam 9 ke 10 pagi. Mulanya rasa nak naik semula ke rumah. Tapi kalau masuk rumah tu confirm malas-malas dan tertidur zzzZZZzzz. Dari bermalas-malasan demikian, baiklah aku berjalan-jalan.

Hubby ajak bersarapan di gerai makan tepi padang. Memang sedap. Tapi tengok keadaan Damia yang monyok... Takde selera makan, aku pun takde selera nak makan. Terbantut selera. Lepas tu bawa Damia jalan-jalan di tepi padang hala ke kereta. Kemain suka Cik Damia. Jarang bawa Damia jalan-jalan area rumah. Hari ni barulah ada masa terluang.
Ngam-ngam pulak sampai saja kat kereta, bengkel dah buka. Hubby terus berurusan dengan mekanik. Damia pulak puas berhibur dalam bengkel. Keluar masuk macam kedai ayah dia! hahhaha...
Selesai urusan kat bengkel. Aku bagitahu kat Damia, nak hantar dia ke taska. Terus tarik muncong macam ni.... Pastu dia perasan kereta hala ke taska. Mulalah sebik-sebik. Elok tiba depan pintu taska, terus melalak! Sedih kot sebab kena tinggal. Mungkin Damia sangka hari ni kitorang nak bawa dia jalan-jalan. 

Sian anak mummy... Nantilah sayang... cuti-cuti kita jalan-jalan lagi ya. Nantikan hari sabtu. Hari untuk hiburkan Damia. Macam selalu :)

5 comments:

iManAzRaf said...

alah alah sian die.. hehe..

A N A K - A N A K K U said...

hehehe tuelah, samelh...sbb lame cutikan, diorg ingat kite cuti selamanya...hahahaha

BIONIC WOMEN said...

Ala siannya damia...
nnti mummy bawak gi jengjalan ek..siankan kaau tinggalkan anak x sihat..mesti asyik tingat kat dia jer..

Sari said...

budak2 mmg camtu ler..nmpknya wan kena cover balik la kemonyokan damia tu..bagi dia sengeh2 plaks..

AyuArjuna BiGoshh said...

dugaan hati seorang ibu bila terpaksa keluar keje dan anak ditinggalkan kat taska...samalah ngan kite :( :(