Entry berbentuk pertanyaan. Memang aku tak tahu cara nak dapatkan kepastian jumlah dan siapakah gerangan yang mengunjungi blog ini dengan tepat. Nak-nak kalau yang jenis google je. Aku pernah terbaca pasal dapat detect dari ip address la, trafik nuffnang la dan pelbagai lagi. Tapi takde lagi yang betul-betul jelas buat aku. Masih di tahap samar. Kalaulah aku serajin blogger seperti Cik Min, Kak Kujie dan Encik Nescafe. Tentu aku dah lama tahu caranya nak detect pengunjung blog ini dengan jayanya :)
Selama ni aku bergantung pada statistik kat blogspot saja. Setiap masa boleh tengok siapakah gerangan pengjung pada ketika itu, hari itu, minggu itu, bulan itu atau sepanjang blog ini ditubuhkan. Tapi aku masih kurang faham pasal reffering urls dan site tu.
Selain tu boleh semak kat akaun Nuffnang melalui Community News. Kat sini boleh rujuk pengunjung terkini. Kalau kat statistik mungkin blogger surf blog melalui google, kat akaun nuffnang boleh detect. Tapi yang ini pun aku belum pasti lagi sama ada sahih atau tidak teori aku.
Apa pun aku berbesar hati dengan kunjungan rakan blogger. Kerana anda sudi menceriakan hari-hari aku. Kalau pun hanya sudi jadi silent reader pun aku hargai. Yang sudi menitipkan sebarang komen pun aku hargai. Maaflah kadang tu terlepas pandang komen-komen. Ada juga komen yang aku tak jawab, mungkin kerana terlepas pandang lepas moderate. Kebaikan moderate komen tu, kita boleh rujuk pengkomen titipkan komen di entry yang sekian-sekian. Baguskan? Selain tu kebaikan utama... boleh kita kenal pasti sekian-sekian komen yang wajar tak wajar dipublishkan. Contohnya iklan spam komen yang menyibuk masuk dalam kotak komen kita. Pulak tu dikomen dalam entry-entry berzaman dulu. Tentunya payah nak cari gali kan. Nasip baiklah format moderate ni dah lama diwujudkan dalam blog, memang banyak memberi manfaat.
Kawan-kawan yang punya pendapat, idea dan ilmu pasal trafik blog ni jemputlah titipkan sebarang komen di sini ya. Aku pun perlukan ilmu ni. Untuk mengembangkan pengetahuan pasal dunia blog :)
4 comments:
haha...me tak pernah pun tengok stats kat blog me sendiri...syok sendiri je join GA itu ini sambil2 buat PSM dan assignment...
haha...
lin slalu tgk kt NN punye statistic.yelah..nak membalas kunjungan kan..
Yelah nak tau gak sape yg mai blog kita kan selain dari apa yg Wan list kan tu.
Bab moderate comment kat blogger tu pon Intan suka coz dapat menapis spam-spam yg ntah apa2 tu :D
hm, x tau la camner nak detect..
masz pon guna yang wan inform kat n3 tu jugak..
Post a Comment