Menjawab komen dari Momokz terus dari entry Term DOLLY. Sebab aku banyak nak komen balas. Tapi lebih elok aku publish terus kat sini. 2in1 kerja. Sambil jawab komen aku tulis entry baru. Bolehlah kongsikan pendapat ini dengan kawan-kawan lain juga. Kalian boleh baca entry terkini Momokz bertajuk; Cerita Hakcipta lagi...
"Ke hadapan en. Momokz... 1st sebab ko antara sifoo rekacipta kartun aku. Cakaplah apa orang nak cakap atau fikir. Yang pernah melagakan kita pun ada, bukan ko tak tau. Tapi prinsip aku. Walau sebesar hama pun ilmu yang aku study dengan ko, aku hargai sampai mati. Sebab ilmu tu aku applly dlm kerja2 aku. Kalau ko tak restu, tak berkat wo kerja aku hohoho... Lebih dari itu... Kartun ko sentiasa besh pada aku."
Aku cuma berpendapat yang sama dengan para cendikiawan. Walaupun kita hebat. Kena fikir dan akui, ada individu lain yang berganda lebih hebat. Ada yang bermula dari kosong. Ada yang tak masuk universiti. Ada yang belajar kos lain. Tapi dengan usaha yang gigih dan bakat yang terpendam, hasilnya... Walla! Dan tidaklah hairan jika mereka ini boleh berjaya lebih dari gurunya. Kalau tidak popular pun mungkin kerana mereka kurang meraih publisiti mahal mahupun yang murah.
Namun aku masih berpegang pada resmi "Padi semakin berisi makin menunduk". Tidak perlulah mengagungkan sangat karya kita. Bila wujud persaingan tak boleh terima. Mana semangat profesional yang harus diterapkan dalam diri kita? Bekerja sendiri atau bekerja dengan syarikat, belajarlah fahami istilah tersebut.
Lawak je rasa bila membaca kisah-kisah dari individu yang tak memahami proses kerja art design. Segala terma dan syarat dikemukakan dan banyaknya tidak relevan. Terpesong jauh dari fahaman seni itu sendiri. Tak perlulah merumitkan perkara yang tidak serius. Atau aliran seni sudah jauh berubah? Atau aku sudah jauh ketinggalan? Nampaknya baik aku atau sesiapa saja yang meminati bidang seni, kenalah buka buku kajian terkini berkenaan seni. Atau tidak kita akan diselar ketinggalan dan ditegur melalui email! hahahah... Tepuk dada tanyalah selera... dan iman!
Karya didedahkan pada dunia luar. Kita kena bersedia dengan asam garam hidup. Dicemburui, dicopycat, diselar meniru, disukai, disakiti, dibenci. Dan pelbagai emosi lagi. Kerana tidak semua orang akan suka atau benci pada kita. Jadi lakukanlah sesuatu untuk melindungi hasil kerja kita. Berpegang saja pada prinsip kerja kita, walau apa pun motto kerja anda. Senang. Tak rungsing kepala. Kerja dengan jujur dan ikhlas akan menampakkan sisi cantik kita. Setuju?
Kritikan tidak melemahkan aku. Sebaliknya ia mendorong aku meningkatkan mutu kerja aku. Dan aku tidak kisah dengan andaian serta omongan kosong. Kalau terbiasa dipuji, kita alpa. Kesannya... Bila dikeji kita kecewa. Terapi kesedihan aku, join contest banyak-banyak. Untung sabut dan menang, boleh joget kampung dua tiga hari! hohoho...
5 comments:
akak..terbukak plak rasa minda nie bace entri akak nie..kadang kdang kita manusia nie memang cuai dengan sikap sendri..dalam semua pisang tu..bukan semua tandan pisang tu buruk..tapi sebiji pisang je yang buruk kan..meniru tidak salah yang salah ialah menipu....tol tak kak???law kita salahkan semua cara meniru nie kenapa kita tak salahkan org meniru cara berpakaian,...Apa yang perlu orang faham ialah sikap menipu tu sebenarnya...kalau semua buat yang sama macam mana kita nak taw mana satu yang mana dan mana satu yang mana..
mungkin setiap pemahaman manusia tu berbeza ...
Wan tetap dengan cara Wan..meniru tidak salah tapi menipu adalah salah..
btol tu..kita patot nye xmudah gelabah kalau org mula kata mcm2..paling penting kita tahu diri kita..resmi padi semakin berisi semakin menunduk..mmg btol2 ske peribahasa ni..xda mkna nya nak riak dgn ilmu kita..coz ada melambak lagi yg lg bgos..bgga mcm ni cuma merosakkan jiwa n buat org benci kita.. :)
Trimas Wan & Afifah ~ akak akan komen balas sekali lagi bila punya kelapangan. hargai pandangan kalian :D
wan hazel ~ lazimnya manusia ni sifatnya suka mencari kelemahan dan keburukan yang lain. apabila smpai masa diri sndri dikritik tak dpt terima. akak berpegang pd prinsip. give and take. kalau kita dikritik, belajar dr kritikan walupun kita xsalah. sbb kdg2 kritikan lbh jujur berbanding. bila kita terlalu selesa dgn situasi kita, rs kekebalan kita tergugat. hakikatnya setiap org ada kelemahan dan kelebihan masing2. akak setuju dgn wan. tiru tak semestinya xbaik. menjadikan induvidu lain sbg sumber inspirasi dpt tingkatkan kemahiran kita dr proses mengkaji hasil rekaannya. akak pun bnyk ambil rujukan lukisan manga sbg cth design. sebab Akk suka konsep manga. dan akk setuju dgn ckp wan, menipu tu xbaik. putar belit fakta semata2 menutup kelemahan sndri. apabila marah, hamburkan segala auta utk raih simpati. ironi perbuatan begini. yes mereka boleh buatkan org jatuh simpati pd mereka. tp dlm msa yg sama menampakkan sisi gelap mereka secara nyata. org boleh tgk "ooo mcm ni sbnrnya perangai dia.." wallahualam... apa pun wan, teruskan apa je minat wan. jgn lemah smgt hnya kerana kata2 kosong org lain. andai ada kritikan, cuba kaji untuk improve skill. kalau ada yg puji, itu bonus. petanda wan dah mmg SUPERB!
nurul afifah ~ bernas dik. akk suka dgn pndgn nurul. akak pn bnyk kali dikritik. malah kawan2 pn ada sumbangkan kritikan. ada yg jenis sound xhingat nak jaga perasaan. mmg la mulanya panas hati. sapa suka kena smash kan. tai dr kritikan tu akk belajar lagi. tak statik pd skill yg sama. dan syukur pada kritikan itu. akk dpt ilmu baru. siapa kata kritikan tak bagus? kdg2 org yg mengkritik ni mmg ada niat nk menjatuhkan dan memalukan kita supaya kita jadi lemah. tp klu kita tunduk pd mslh tu. maka berjayalah misi dorg. tp klu kita mampu atasi rasa sedih itu dan
perbaiki diri. bkn sj boleh buka mata pengkritik itu bahkan kita juga punya kelebihan. dpt ilmu dan skill baru. dan lepas tu kita tgk, siapa pula yg rasa down? hahaha...
Post a Comment