Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, February 10, 2011

Lelaki ini ~ lukisan di zaman UiTM

Sedang mengodek-godek file lama. Terjumpa lak lukisan zaman belajar kat UiTM.. Potret ni dilukis untuk final projek Art Design dulu. Aku ambil Course Graphic jadi kena buat major project pasal bahan-bahan Graphic. Lukisan ni aku hasilkan untuk press advertising kompeni Aroma, konon-kononnya... hohoho. Macho tak? Lukisan ketika berusia 21 tahun.

Asalnya aku pilih major Illustration. Tapi disebabkan beberapa kerat je student yang sudi ambil major project illustration, lainnya masing-masing ambil advertising dan graphic design, maka lecturer dengan kejamnya memansuhkan project illust! Sedih okey.... Bagi student yang ambil Illustration pada semester sebelumnya, semuanya kena mulakan semula dari bawah kerja-kerja graphic yang bukan sedikit tu! Bayangkan jerihnya... Orang lain dah separuh jalan. Kitorang baru terhegeh-hegeh nak cari jenis kerja. Baru nak pilih nama produk yang sesuai. 

Nasip baiklah aku punya idea diterima terus lecturer masa tu. Kerja gaphic aku pasal produk  berjenama AROMA. Ilhamnya aku dapat dari kawan sebilik aku juga, Enie dan kak Ayu. Dua beradik ni, sorang suka potpourri dan sorang lagi suka lilin wangi. Jadi aku fikir idea nak buat graphic pasal kedai aromaterapi. Jenuh la aku cari bahan dalam internet. Zaman tu penggunaan internet masih belum luas seperti sekarang. Terhad. Ada pun kena merayap pergi cyber cafe atau pusat sumber kumpul bahan. Tak termasuk lagi pergi kedai-kedai aromaterapi sampai rasa nak pitam. Nak-nak zaman UiTM dulu aku ni sungguhlah malas berjalan. Seorang yang jenis duduk di bilik ---> siapkan projek ----> makan ---> tido ----> mulakan hari yang sama hari-hari. Jenis perempuan yag boring... hohoho...

Oh Nostalgiknya... Cerita lanjut aku buat lain entry la. 

Kisah pasal lukisan lelaki ini. Sebenarnya aku suka style drawing seorang pelukis Ujang. Aku tak ingat namanya. Tapi lukisannya sangatlah hidup sampaikan aku lukis semula lukisan yang dia buat! Sebabnya aku nak kaji stroke lukisan dia. Dan tak sangka hobi suka-suka tu membantu aku di saat-saat akhir. Lukisan ni aku muatkan dalam bahagian advertising dan jadi bahan dalam major graphic aku. Sungguh bernasip baik... 

Sesungguhnya hobi itu memang boleh beri banyak manfaat pada kita. Betul kan ;)

10 comments:

amiYo said...

lukisan tu stail lah..! :)

Memo_Hazel said...

kachak la kak!!! wahhhhh.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

macho abes :)

Azah Skaliskala said...

halus mulus! :D

tu la, dulu pun nak amek art, cikgu kejam cikit reject2 sebab xramai nk amek art... huhu

Wansteddy Tales said...

amiyo ~ ;) trimas!

Wansteddy Tales said...

Memo Hazel ~ muehheheheh tersipu2 hakak hohoho

Wansteddy Tales said...

e.l.i.s.s.m.i.e ~ kekekek

Wansteddy Tales said...

Azah Skaliskala ~ rambut shining2 :P hahaha yeke... waktu akk dulu, cikgu art akk mmg supot akk masuk UiTM kos Art ni :) sbb xramai yg minat art

kakyong said...

kakyong suka la rambutnya... macho... silky... ;)
memang kemas..

Wansteddy Tales said...

k.yong ~ masa ni masih amatur. wan lukis saja2 utk asah skill, xsangka boleh jd final project belaja dlu syukurlah hehe