Nuffnang

Thursday, March 24, 2011

Genap 3 tahun usiamu, anakanda Aliya Damia

24 Mac 2011. Hari ini genaplah 3 tahun usia anak perempuan mummy. Aliya Damia Azmi. Lahirmu membawa suka duka. Kaletahmu membahagiakan mummy dan ayah. Membesarkanmu kami diuji dengan dugaan. Namun pengalaman mengajar kami erti kesabaran. Dan perasaan kasih sayang pada anak ini kekal di dalam sanubari. 


Damia dilahirkan sihat sempurna seperti bayi lain. Namun pada usianya 7 bulan, kami diuji dengan penderitaan Damia terhadap eczema, sejenis penyakit kulit. Kemuncak sukarnya hidup ini. Apabila aku terpaksa ambil cuti tanpa gaji. Menjaga Damia sepenuh masa. Menuntut kerahan masa, tenaga dan wang ringgit. Serangan psikologi juga membuatkan kami goyah. Masakan tidak, Damia kelihatan jelik. Ada yang memandang dengan pandangan jijik. Keluarga mula menjauh, teman-teman apatah lagi. Nak dekat pun tak sudi. Yang melontarkan tuduhan dan pelbagai andaian buatkan diri ini terus tenggelam dengan seribu satu rasa kepayahan dan kesedihan. Sehingga berkali-kali aku katakan begini... "Ya Allah... Mengapa harus Kau uji kami begini... Pulihkanlah anakku. Sihatkanlah anakku sama seperti keadaan dia masa lahir. Dan gantikanlah sakitnya pada aku. Biar aku yang menanggungnya"

Namun syukurlah aku diberikan kekuatan hati. Kuyakini diri, Tuhan ingin menduga. Setiap hari aku munasabah diri dan panjatkan doa, agar Damia kembali pulih dan ceria seperti masih sihat dahulu.  Berkat doa tak putus mak, abah, adik beradik dan dorongan teman baik, Damia beransur pulih. Bersyukur tidak terhingga atas kurniaan ini. 

Kepada semua rakan-rakan blog khususnya yang sering  memberi dorongan dan menyabarkan aku dengan dugaan lalu, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Walau hanya sebait kata. Nasihat kalian meresap jauh dalam hati. Dorongan kalian menhanyutkan aku dengan rasa terharu. Menguatkan semangat ini. Mencetuskan lebih rasa sayangku pada Damia.

Doa mummy padamu, anakku... Semoga anakanda Aliya Damia membesar sihat, ceria, bijak dan menjadi anak yang solehah. Yang akan membahagiakan kedua ibu bapamu. Amin...

21 comments:

Memo_Hazel said...

Damia, selamat hari laher. heheh. muahxxx! dari cik memo. :)

*nama kwn memo Dami Aliya Maisarah. dah kawen, dapat anak boy. :)

mummy_ayu said...

happy 3rd buzzday Damia..semoga membesar menjadi anak yg solehah....

akma said...

hepi besday 2 damia....semoga jadi anak yg baik...mcm mana leh kena eczema eak??

AyuArjuna BiGoshh said...

damia anak kyag baik..comey ...penyeri dan buah hati ibu dan ayah...hepi besday dik :)

Nad @ MamaZakwan said...

hepi besday damia! moga jadik anak yg solehah

kakyong said...

selamat ulangtahun ke3 Damia..

kakyong suka Wans yg skrg.. ;)
Allah menduga utk kita jadi lebih kuat kan... semoga Damia terus membesar dengan riang ria & bijak...

errr.. soklah tak leh blahh :p >> bila damia nak dapat adik... ;)

MRS. K said...

selamat ulangtahun sayang.. jadi anak yang solehah utk mummy dan ayah yer

Mama Zharfan said...

epi besday damia!! sayu plak me baca entry ni...

Zaza said...

wa tomeinyer die..
hepy buzday gurl..

onniey84 said...

happy birthday aliya damia....rindu kat damia masa kecik2...dulu pnggil aliya...mmg tmbam sangat..sekarang ni bam bam lgi..
semoga menjadi anak yg solehah..
beriman berilmu dn banggakan ibu bapa..amin

Intan said...

Nak nangis pon ada bila baca entri wan nie...especially bila tang ayat "keluarga mula menjauh, teman2 apatah lagi...".

Buat si comel Damia, happy besday ye sayang...semoga damia sihat, bijak, cerdik , pandai dan menjadi anak yg solehah buat kedua ibu dan ayah ye sayang...amin.

Kiss kiss for besday gurl plzzzz♥!

EiJa ZaQuaN said...

selamat hari lahir damia..:)
moga damia membesar sebagai anak yg solehah dan dikurniakan kesihatan yg baik...AMIN

Cik Izza said...

damia sayang,hepi besday to u..

Adyshariz said...

hapy birthday damia..moga ceria selalu

Momokz said...

Selamat Hari Lahir dari Uncle Momokz!
Moga Aliya Damia akan sentiasa sihat dan dilindungi Allah.

Kpd ibu dan bapanya.. moga korang tabah menghadapi laluan yang sukar ini. Lain orang lain dugaannya. Redha dan bertawakallah...

CaDLyNN said...

happy birthday damia..semoga jadi anak yang solehah ye...

Cik Puan Nurul said...

so sweet..xpe pengalaman mendewasakan kite ujian yg ALLAH bagi tu ibarat ibadah batinn ade ganjarannya kelakk percayalaahhh..

: Ady :: said...

Happy belated birthday Damia.. sedeh biler anak ditimpa penyakit.. anak² satu anugerah.. anak² juga ujian dari Allah.. teruskan menjadi Ibu Damia yang tabah.. God Bless You.. :)

..aiDiena..

CatlinaFly said...

march baby..cam E-ein..happy birthday damia!:)

Wansteddy Tales said...

Terima kasih tak terhingga pada semua kawan-kawan yang sudi titipkan ucapan selamat untuk Damia. Suatu penghargaan besar untuk anakku :) Semoga bila Damia dah pandai membaca, Damia dapat membaca sendiri segala yang dicatatkan khas untuknya di sini...

Ezay Hadry said...

happy birthday adik damia...hehe moga2 jadi anak yang taat pada ibu bapa nya dan solehah