Nuffnang

Followers

Friday, March 11, 2011

Hadiah dalam perjalanan!

Perhatian pada para pemenang Make Up Ur Entry Contest. Hadiah untuk semua dah selamat dikirim. Insya'allah dalam minggu depan akan sampai dengan jaminan pos laju. Kalau tak sampai juga, harap bagitahu kat Wan yeh. Sebab kod bukti penghantaran Wan  simpan. 


Waktu rehat tengahari tadi aku ke pejabat pos. Dengan mengusung dua beg besar penuh dengan hadiah para pemenang dan hadiah kiriman untuk kawan aku, aku tebalkan muka bila ada yang pandang-pandang makcik sorang ni. Hohoho... Macam perempuan nak jual tudung kat tepi jalan gaya aku tadi.


Tak cukup dengan tu, ada-ada pula insiden yang berlaku. Mujurlah tak ramai pengunjung waktu tu. Al maklum waktu solat jumaat. Tapi ada jugalah beberapa lelaki yang ikut berurusan waktu tu. Aku bersangka baik, musafir agaknya... hohoho... Aku kena mengisi 7 borang. Dalam kalut menulis tu, tiba-tiba ada 3 wanita comel, pelancong Jepun bertanya arah nak ke Masjid India. Demi nak bersikap prihatin dan warga Malaysia yang berbudi bahasa. Aku tangguhlah juga menulis tu, curi masa tunjukkan arah. Dan hey! Tak rugi berbuat baik. Hasilnya mereka sangat berterima kasih dan hargai jasa kecil aku tu. Senyum panjang aku sebab dapat berbakti sedikit kat orang lain haha...

Pastu kena pulak beratur satu line je nak setelkan pos laju. Belum lagi kes orang potong Q sebab takut aku ke depan. Dengan harta benda aku yang banyak. Confirm dorang tak nak tunggu lama kan. So, aku beralah lagi. Takpelah... Tak lari pun pejabat pos tu. Walau dalam hati seballah juga. Owh, kalau kau beratur kan baik. Takdelah menyakiti hati orang lain. Tapi aku pikir, toksah pikirkan sangatlah hal kecik-kecik. Hambik la kalau nak potong line ke. Nak bersilat ke. Gasak la. Asal harini setel tugasan aku hohoho...

Pastu aku merayap kat Maju Junction. Oh ya, harus aku maklumkan, hari ini aku lone ranger. Semuanya aku buat sorang. Sebab aku takde kawan nak ajak teman. K.Yantz pergi outstation nun kat Pahang. Biasa dia je la sudi temani aku ke mana-mana. Banyaknya aku la kena temankan dia ke mana-mana hahhaa...

Aku tengok jam dah dekat waktu masuk kerja. Menapau kat Fruity bakery & Cafe. Aku amik set je.  Sebab kalau amik set, dapat free kek sedap! hohoho... Dalam perjalanan balik, hujan gerimis masih ada. Okeylah, memang gerimis. Tapi bila nak tunggu melintas jalan, dan kereta pulak jenis kedekut tak bagi chance lintas. Kebasahan juga aku di situ. Mujurlah jalan terakhir, sorang pemandu ni baik hati bagi peluang aku lintas. Tengok... kecil je jasa dia, buat aku happy. Dah dapat pahala kat dia, coz aku doakan yang baik-baik pula kat dia.

Harapan aku semua kiriman tu selamat sampai dan dalam keadaan sebaik yang aku balut sebelumnya. Kalau kotak renyuk-renyuk tu janganlah ambil hati. Aku jaga elok-elok tau. Sampai kat tangan yang lain, tak tahulah. Tadi pun aku tengok penjaga kaunter tu baling selamba je ke lantai. Bila dia tengok aku kerutkan kening, barulah balingan kedua perlahan sikit. Tapi ya, masih baling. Haih... Moga-moga molek lagilah semua barang-barang tu huhu...

Dah macam diari pulak kisah hari ni. Sampai sini saja. Kalau ada kiriman tak sampai, maklumkan kat Wan yeh.

2 comments:

Wan_hazel said...

waaa..cian nye kak wan...byk lak kisah pergi balik masa hantar hadiah tu kan...ehehhe..

Wansteddy Tales said...

Wan Hazel ~ tu la, bnyk lak dugaannya tp xpe, akk enjoy je jd lone ranger harini. cuma risau bab pakaging tu je la. dorg mmg main cmpak2 je. geram lak tgknya huhu