Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, March 11, 2011

Kenangan bersama Fido Dido

Hari ini selepas berjalan ke blog kawan-kawan, aku singgah blog Cadlynn. Maka terjumpa entry doodling Lynn watak Fido Dido. Aku nak titipkan komen, tapi setelah beberapa kali mencuba, tak dapat pulak publish komen aku. Sayang nak buang komen kenangan tu, aku buat dalam entry lah. Kisah Fido Dido masa aku kecik-kecik dulu.

 http://3critical.files.wordpress.com/2008/11/send02.jpg

Korang ingat lagi tak rupa Fido Dido? Sekitar awal 90-an Fido Dido ni semacam satu fenomena! Style ala-ala rap. Dan jadi ikutan remaja. Aku ingat lagi masa kecik dulu, abang aku lukis kartun Fido Dido besar-besar kat dinding rumah. Abah aku balik rumah, ingatkan dia nak marah. Tapi sebaliknya... Lagi abah suka! musykil-musykil.... 

 http://3critical.files.wordpress.com/2008/11/172_fido-dido.jpg

Kerana reaksi abah bagus. Aku pun cuba mencontohi cara abang, sbbkan masa tu aku baru berusia 7 tahun faham2 la camne hasil lukisan aku masa tu. Mustahil ada stroke macam Datuk Lat kan. Asalnya aku nak lukis single Fido Dido macam abang, aish... tak jadi elok. Buat lagi. Tambah background pokok-pokok, rumah-rumah, awan-awan, ayam, itik dan sebagainya. Hasil kekreatifan budak tujuh tahun, dinding penuh kesan grafitti! dinding yang asalnya bersih baru cat, penuh dengan garis-garis pensil yang.... malas aku nak ingat. Bila abah balik, aku pun sengih-sengih tengah ruang tamu. Ingatkan abah nak senyum macam dia senyum kat abang aku harit.... Sekali aku kena tengking da... huhu...  Nasiplah sapa suruh memandai bikin onar dalam rumah sendiri kan! hahahha... 

Tapi kerana aku masih kecik, takdelah hukuman kena padam dengan pemadam untuk aku.   Tak berapa lama lepas tu, abah beli cat baru. Maka dinding hijau jadi kaler putih pula. Sejak tu aku fobia dengan kaler hijau striking! hahahhaa.... Al kisahnya kenapa aku tak gemar kaler hijau. hohoho...

11 comments:

Memo_Hazel said...

header baru laaa. ehehe.

*komen ta kena dengan post la pulak.
akak dah oke?? :)

Wansteddy Tales said...

Memo Hazel ~ not so good Memo. Tapi ok la. hidup kena diteruskan. akk kalau tenggelam dgn rs sedih lama2, kerja xluak huhu

CaDLyNN said...

ala yeke takleh comment..ish2..
hahahaha..nampak sgt fido dido versi lin sangat2 lain~

btw..thanks sudi singgah :)

Wansteddy Tales said...

Haah Lynn, try bnyk kali xlepas. kat Cbox pn sama. tp kena refresh2 dlu baru ok. nnt wan try lagi. myb server kat sini prob tadi. wan publish entry pn problem tadi.

syaz rini said...

comel ja fido dido 2.hee

Intan said...

Ekeke...ada kisah ghupenya :D

Disebabkan "onar" yg wan buat time kecik tu lah yg menjadikan wan seorang pelukis yg bagus skrg nie :)

Ummi Eisya said...

emm dulu2 punya kartunkan..btw,u i kreatif la..

aiDieNa said...

Betul Fido Dido nie memang satu fenomena satu ketika dulu.. cam glemer giler minum 7up maser dulu.. pakai baju fido dido.. macam² lar yg seangkatan dengannya.. abang saya pon pandai lukis karektor si fido nie.. tapi kita tangan keras.. hehehe

Kekecik dulu.. zaman remaja.. pernah jugak conteng dinding.. tapi kat bilik sendiri.. tulis macam²ayat atau kata² semangat.. serabut abis.. satu hari abah naik jengok bilik.. abis kena marah.. huhuhu.. abah suruh padam..

Ema said...

Dulu abang saya ade t-shirt fido dido

Mama Zharfan said...

me pun suka watak ni..naper boleh ilang popularity eh?

Anonymous said...

This is a good blog. Keep up all the work. I too love blogging and expressing my opinions