Nuffnang

Followers

Wednesday, March 30, 2011

Mattel Warehouse 2011

Sabtu lepas banyak terima undangan. Majlis perkahwinan, majlis hari jadi anak dara Kak Yantz, jemputan tonton wayang dan lain-lain. Sudahnya semua jemputan tu terpaksa diketepikan sebab aku ada agenda lain yang perlu diutamakan. Jemput adik bongsu aku dari kampung. Aku target, adik aku sampai jam 2 petang sebab kalau naik bas pagi mestilah sampai KL jam 2 petang. Rupa-rupanya adik bertuah tu ambil bas jam 4 petang. Dengan sukacitanya jadual beralih arah hahaha....

Memang ada rancangan nak nak warehouse Mattel. Tapi kenangkan pengalaman lalu. Kalau masuk waktu petang gerenti tinggal serdak-serdak mainan je yang tinggal. Yang besh-besh semua dikaut habis pengunjung yang sanggup menunggu dari awal pagi. Tapi.... tak sangka haritu murah rezeki. Banyak lagi koleksi Barbie yang terdampar atas meja. Macam-macam koleksi ada. Tapi... Aku rasa tahun ni mahal sikitlah. Tak macam tahun sebelumnya. Ada kemungkinan hari akhir lewat petang barulah penganjur turunkan harga serendah-rendahnya. Dek kerana datang hari sabtu. Maka redhakan sajalah dengan harga yang ditawarkan. 

Hadiah sempena hari jadi ke tiga tahun Damia. Aku capai set Barbie untuk Damia, kawan serta sepupunya. Waktu makan di KFC, terpaksa buka pakaging Barbie sebab Damia dah tak sabar nak jadikan teman makan dia. Haih.... Dan untuk beberapa ketika memang tak nak berenggang langsung dengan Barbienya. Nantikan sambungan kisah hari sabtu ni.

6 comments:

Ezzah Memo said...

best nyer Damia ada mama macam Kak Wann. Damia, cik memo nak barbie jugak boleh tak?? :)

Wansteddy Tales said...

Masa hakak kecik2 dulu nak beli Barbie made in China RM7 pun xmampu. hahahha... budak2 skrg dah untung bnyk kan ^^'

Ezzah Memo said...

tulah pasal kak. ehhehe. tapi dulu2 pun best jugak kan kak. hehe. memo dulu kebanyakan nyer main mainan laki. *ala tomGIRL sikit. kwn byk lelaki, :)

MayaYunus said...

comey damia,,,antie nak wish epi belated bday,,jd gurl yg baik,,yg clever,,yg cargas,,antie sayangggg damia,,♥♥♥

Wansteddy Tales said...

memo hazel ~ hahhaha... hakak pn sama memo, kdg tu kutip pinggan mangkuk bersupih buat main masak2 ^^

Wansteddy Tales said...

Puan Maya ~ Trimas Yang ^^ Amin... mudah2an makbul segala doa baik2 buat Damia :)