Nuffnang

Followers

Monday, April 4, 2011

Mesin air panas sejuk

Pagi-pagi kecoh pasal air. Aku kalau bersarapan sendiri. Tapau nasi lemak semata. Air aku buat sendiri guna 3in1. Jimat kos. Satu lagi memang kat gerai jual nasi lemak takde servis buat air! hahaha...


Bukan gambar sebenar.  Aku harap lepas ni opis tukar mesin air macam ni pulak. Lebih praktikal dan cun! Mesin air kat opis ni pendek, jenama tidak dapat dikenalpasti. Ganti mesin air yang lama sebab rosak. Mesin air lama lebih besh tau!

Harini aku nak buat air. Tengok mug, berlemuh dengan  sisa 3in1 minggu lepas (jumaat). Nampak sangat aku lupa nak basuh. Ciz! Lepas basuh mug, nak buat air, tengok kandungan balang air dalam mesin air panas sejuk. Kosong. Aduhai... Takde rezeki. Cari staf lelaki nak mintak tolong masukkan air baru. Ah, jumpa si Shah. Selamat ada hero segera.

Siap pasang, aku dengan selamba isi air tak pegang mug. Biasa buat camtu. Letak je atas tubir mesin air sebab ada dia punya tempat letak cawan. Sekali, terbalik mug aku. Mesin air baru ni tak cukup besar. Sudahnya 3in1 aku bertabur atas karpet! Betul-betul takde rezeki. Nasip baiklah aku ada 2 simpanan 3in1 lagi. Takdelah rasa ralat sangat.

Pastu aku test test taruk air tak panas-panas. Rupanya belum pasang suiz air panas. Cis! Tertipu aku. Nak tunggu air tu panas, makan masa lak. Sudahnya malas atau rajin. Kenalah ke cawangan sebelah raih air kat balang lain. Hampeh betul! Dasar mesin baru tapi tak berfungsi dengan baik. Tak pasal-pasal aku menulis dulu sebelum makan ni. Bengkek punya pasal! hahahha...

Okeh, selamat menjamu selera. Jom breakfast sama. Bismillah....

4 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ekeke.. cian pagi2 dah bad mood sebab mesin air.. nanti suruh bos beli baru kalau tidak wanz takde idea nak buat cartoon hehe

cik hani said...

hehe..same la nasib2..minum2 air tak panas pun. :P

Wansteddy Tales said...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ haih... itula dia Ila. ada mesin lama terbako! hahhaha... tukar yg baru xde kualiti pula. berangin wan pagi2 ^^

Wansteddy Tales said...

cik hani ~ minum air sejuk ni x up selera pagi kan cik hani ^^