Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, May 11, 2011

Aku kena outstation buat pertama kali dalam 4 tahun hahahaha... gelak... gelak...

Tajuk panjang giler. Dan tiada unsur menyindir di situ kalau ada yang mentafsirkan yang demikian. Ye, jujurnya dah 4 tahun lebih aku tak diberi peluang keluar pameran. Seingat aku sejak aku mengandungkan Damia, sekali pun tak diarahkan bertugas di pameran lagi. Rasa tersisih pun ada huhuhu.... Bukan mengadu, mengada je lebih :P

Ada aku bangkitkan isu ini dalam mesyurat, senyap. Bila aku kecohkan dalam facebook, barulah ada yang buka mata dan terdengar 'suara' aku yang mungkin dalam sangat sampai takde siapa yang perasan kewujudan aku macam manusia lain kat pejabat ni hahahha.... Ye la... aku ni spesis hadap komputer sepanjang waktu kerja. Aku jarang lepakian di meja-meja staf lain. Malas bergosip tak tentu arah. Sekali sekala tergosip, selalu la aku balik jadi mangsa keadaan. Kaw-kaw kena balik. Sudahnya aku putuskan, apa-apa simpan je la. Cakap pun tak guna kalau ada jenis yang suka twist balik cerita kita. Atau bila kita minta rahsia, dorang tak reti nak jaga rahsia.  Gitu lebih kurang.

Kadang-kadang aku rasa bersalah sesungguhnya bila moderate komen pembaca blog ni, tapi aku tak balas balik. Bukan malas tau. Lebih pada aku tak fokus sangat. Benda lain banyak duk hurung dalam kepala. Buat itu, buat ini... Last-last semua benda terbengkalai. Serius kalau tak manage betul-betul, huru hara hidup aku.

Sejak dua menjak ini, blog aku agak kesepian dari hasil bebelan aku. Aku sendiri tak gemar. Rasa bersalah kat blog juga sebab mengabaikan dia, hahahha.... Itu blog Wansteddy Studio, lagilah. Dianak tirikan terus! Sungguh aku takde masa nak mengurus banyak benda. Kadang tu timbul la niat nak remove je blog tu. Convert masuk dalam blog ni. Banyak-banyak sangat dok ada blog pun, bukan nak menulis dan pasang entry baru sangat. Serabut je aku tengok bersarang lama seminggu dua. Malas punya angkara. Padahal banyak ke artwork-artwork aku yang belum dipaparkan lagi.

Khamis akan berangkat ke Kota Bharu, Kelantan. Hati aku separuh hati nak pergi. Banyak kerja kat sini kena tinggalkan. Dan lagi... aku memang spesis manusia yang tak tahan jalan jauh. Kalau ke Sabah tu aku okey lagi, naik kapal terbang, jauhnya tak terasa. Ni nak kena naik kenderaan darat, redah jalan yang tak biasa. Mula la aku rasa nak pitam tu. Belum pun gerak lagi, tekok dok rasa loya. Arghhh....

Okeh, aku nak sarapan. Kat meja je pun. Nak sambung kerja. Nak siapkan beberapa projek. Petang karang kena loading barang pameran. Aku lupa sungguhla harini kena pakai baju biasa. Aku hentam pakai baju kurung. Bergasaklah nak hangkut barang ala-ala perempuan melayu terganas nanti hahahha....

5 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

wan- kelate ti food heaven...selamat keroje di luar daerah :)

Wansteddy Tales said...

Kak Ayu ~ baru sekali je pergi kelantan. Tu pun masa bebudak dulu. Insya'allah peluang kali ni nk melawat Kelantan dgn jayanya. walopn sbnrnya hati kat KL. bnyk kerja di sini blm bereh huhu

CatlinaFly said...

ha ah jauh tu kalo naik kete..kalau naik flight kejap je dlm sejam dah sampai...

sy pernah ke langkawi-gi kursus - naik kereta jabatan dari johor - tido kat asrama jabatan kat cheras -esoknye sambung perjalanan ke kuala perlis...masa tu ada masalah nak booking flight , ada miscommunication dgn travel agent...haduhai...muda2 dulu boleh lah jalan jauh2...skrg tak larat dah...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

jauh tue..takleh mintak naik flight ke??hehe

ibu_Arifa said...

kesiannyer..alang2 jauh/outstation baik ker oversea jer kak wan..hihihi. (jgn marah yer!!)