Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, May 25, 2011

Bebelan itu HARUS untuk seorang wanita. Maka membebellah aku seketika....

Sekali lagi karangan dengan tajuk yang panjang. Itu kata tanpa berfikir. Kalau boleh beri masa beberapa detik lagi, ada kemungkinan dapat hasilkan tajuk yang lebih kritis! hahahha...
Sekarang aku bersarapan sekali dengan makan tengahari. Nasi beli awal pagi makan jam 11 pagi! Jimat masa dan duit sekaligus hohoho.... Tiap kali suapan makan tu, aku fikir... berhenti sebelum kenyang. Ikut saranan Tun Mahathir. Tapi bila dah habis makan, dok rasa lapar lagi! Dan-dan tu habis aku punggah jajan dalam laci. Melantak apa yang patut. Ish ish ish.... Bila la nak kurus ni Mak Wan ooooi....!

Tentunya aku makan kat meja dengan hasil tapauan. Kempen diet dan bekerja dengan gigih masih berjalan dari minggu lepas bawa ke minggu ini. Kadang-kadang mengah juga sebab geram dengan software yang sengaja buat pasal. Hang la... Error la... Sengaja tambah ke'panik'an aku yang sedia ada ni.

Tak dapat tidak, kena luahkan juga di blog. Nak mengadu kat kawan. Tapi nak berborak pun takde masa. Ikutkan aku nak je buka chatbox FB tu sembang-sembang dengan rakan taulan, kurangkan stress. Atau sekurang-kurangnya lepak makan kat bawah rutin macam dulu pagi dan tengahari. Tapi aku tak boleh buat semua tu. Nak jimatkan masa punya pasal. Masa makan dan solat hatta nak ke tandas pun kena catu! Semuanya kena cepat dan tangkas. Aku dah macam gerilla ke sana ke sini dengan kelajuan berjalan  tpada ahap maksima. Ini kalau masuk marathon lumba berjalan, ada peluang besar... menang tahu! hahhahah....

Kebanyakkan masa aku melebarkan punggung di depan komputer. Walau kadang tu terdetik hati nak klik internet jengah blog, layan facebook, join contest. Tapi dapat singgah sekali sekala dan sekejap-sekejap saja. Kalau berlama-lamaan aku pula rasa bersalah pada diri. Sebab melengahkan kerja. 

Ini membebel di blog saja dah makan masa beberapa minit pikirkan karangan dan menulis serentak. Kena berhenti seketika. Sambung tugasan.

5 comments:

Salina@IbuAqil said...

Semoha wan berkerja dgn lebih semangat lg.. Teruskan usaha!!! {suntikan semangat utk diri sendiri jgk ngeh3!!}

Wan_hazel said...

hahaha kak wan..lucu lak wan baca entri kak wan nie...best seronok..tp tu lah kan...wanita nak membebel je..ahahha...mak wan pun suka membebel..dengan objek yang tak pandai cakap pun mak wan membebel..


kak wan...kempen diet ke kak wan??chaiyok2...wan sokong kempen diet kak wan..sarapan n lunch skali...sama lah kita kak wan..leh jimat masa n duit...

sorie lah kak wan..lama wan tak jenguk sini...wan time nie tgh final..nak BW pun skali shari je kot..Rindu ngn kak wan...

Mama Zharfan said...

tak per--keje kan priority a.k.a periuk nasi :)

Nia said...

blog ni hobi je kan wan,..takpe. keje tu amanah tu. hehe..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila lagi membebl panjang ..oh entry smlm rupanya yg bebel panjang hehe