Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, May 24, 2011

Won Tron merchandise!

Alhamdulillah selamat terima barangan ekslusif Tron. Hadiah diterima dari Measat. Terima kasih banyak! Memang besh-besh hadiah yang diberikan. Memang tak sangka besh macam ni. Biasa tu kalau merchandise yang diberi simple saja. Tapi kali ni siap dengan CK perfume lagi. Memang gempak.

Yang paling mengujakan. CKin2U for men. Kini menjadi milik hubby. Suka dengan rekabentuk botol perfume ni yang sempoi dan ekslusif. Lebih besh, wangiannya memang harum.

 
Cuba teka ada apa dalam kotak ni? hehe... memula tengok pakaging saja dah bikin gempak okey. Memang besh kotak ni. Design simple tapi smart!

Di dalam kotak di atas terdapat ini benda... sebuah lampu meja untuk komputer. Sambung je dengan USB hub lampu kan menyala. Yang buat unik, elemen biru neon yang cantik tu. Lagi satu produk Tron dengan design yang smart!

Lapik cawan ekslusif Tron. Nampak simple je kan. Tapi cute dan ekslusif. Sayang nak guna aku, simpan dulu dalam kotaknya. Dengan harapan bila beli showcase baru nanti bolehlah jadikan bahan hiasan.

Yoyo Tron? dapat dua set. Satu dah selamat pecah gara-gara kehandalan aku dengan anak daraku bermain yoyo! hahhaha.... Setiap kali berputar ada cahaya biru ikut berputar dalam yoyo ni. Superbbbb!

Aku ingatkan DVD movie Tron. Rupanya game Wi Fi la... Al maklum haku takde wi fi, simpan sajalah CD game ni. Sayang gak tak dapek nak try. Isk.. isk... isk... kena gigih cari contest dengan hadiah wi fi pulaklah gamaknya lepas ni hohoho....

Yang terakhir dan lebih istimewa. T shirt Tron yang superb smart! Memang cun. Kain pun sangatlah kualitinya. Design besh! Sayangnya tshirt ni bersaiz XL! Besar dabak hubby aku  nak pakai. Ada kemungkinan Tshirt ni akan diberikan kat abang aku di KK nun. Sebab hanya beliau yang sesuai kenakan Tshirt ni agaknya hohoho....

All in one. Nampak cam sikit je dari atas kan... Tapi paperbag ni mengandungi macam-macam item yang besh. Trimas Measat team! Korang memang murah hati dan superb beshhhhh!

2 comments:

Mama Zharfan said...

congrats wan! ni contest online ker contest magz?

Wansteddy Tales said...

tak ingt yg mana ni k.suziey. ada mcm2 jenis cnts Tron ni. wan join mana yg sempat. bawah measat haritu majalah + FB pn ada rasanya.