Nuffnang

Friday, May 6, 2011

Hari cuti pun nak kena kerja

Hari ini aku ambil cuti kecemasan. Tah kenapa, nak bangun tidur pagi tadi, kepala rasa berat sangat. Tengok anak dan suami lena beradu, aku pun tumpang rasa mengantuk balik. Mulanya nak tidur 5 minit saja. Sekali terbabas... lama.

Mungkin kesan stress kisah semalam. Aku bawa ke dalam tidur. Mimpi pun tak indah belaka. Bangun tidur dalam keadaan serba blur. Sudahnya aku putuskan ambil cuti kecemasan. Nak bersiap ke tempat kerja memang dah tak sempat. Kepala masih berdenyut-denyut. Masih rasa tak sihat sepenuhnya.

Masa cuti ni akan diperuntukkan buat beberapa tugasan. Dan nak temani mak mertua berjalan.  Beliau akan pulang ke Sabah ahad ni. Harap-harap sempatlah bawa ke tempat menarik sebelum mak aku berangkat pulang ke kampung. Tak pasti nak ke mana. Semunya di luar rancangan sekarang ni. Sambil-sambil boleh kurangkan tekanan kerja. Rilekskan diri, perlu juga.

3 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mmg pun kena rehat..esok ila nak berjalan.. sejak mengandung arief tak penah g jalan2 lagi..dah nak 3 tahun tau..jalan2 yg mmg jalan2 utk bercuti..walau esok sbenarnya sbb event tp itula kesempatan yg ada hehe

Suhana Shahril said...

Wan,
Hadiah GA dah diterima. TQ very much. Sukalah kotak tin. 1st time ada pad yg yg packaging dia guna tin.Br jer dok tgk iklan kotex ni kat tv yg serba putih tu.X sangka nk dpt model nih.Cantiklah.Sayang plak nak guna...hehehe...

BabyIntan said...

Betul tu wan, kalau dah rasa stress sgt better amik time utk bercuti kan. If dak mau malatop kepala nanti :D

*Happy mother's day to u dear!

Latest n3: Lagi Gambar ‘Si Comel’!