Nuffnang

Followers

Friday, May 27, 2011

Won Crocs voucher

Selamat terima voucher dari Cosmopolitan Malaysia. Voucher menarik sepasang kasut Crocs Candy. Trimas Cosmopolitan!

Tambah satu lagi crocs voucher bernilai RM50, hadiah sempena Damia sertai contest mewarna kat eCurve dulu. Ada aku citerkan dalam entry bertajuk: 1st Time Damia join Coloring Contest!

Aku memang tak pernah beli dan pakai kasut jenis crocs sebab aku lebih suka pakai simple wedges ke pejabat mahupun untuk bersiar-siar. Senang sarung dan tampil tinggi sikit.  Al maklum hakak rendang je orangnya... Tapi bila dah google-google Crocs Candy Collection, terus rasa suka tau. Sebab rekabentuk Crocs candy ni comel-comel dan menarik sangat. Crocs Candy memang direka khas untuk kaum wanita dan kanak-kanak. Antara yang jadi target aku jenis crocs jenis berikut. Tapi tak tahu la ada stoknya ke tidak.
Gaya ballerina. Sangatlah cantiknya. Tapi belum tentu ada stoknya atau mungkin tak boleh diredeem dengan voucher tu. Sebab harga kasut crocs ni berbeza-beza ikut jenisnya.

Target semua pink! hahhaha.... Kalau aku tak berkenan nak pakai, mungkin voucher tu akan jadi milik Damia. Bolehlah hadiahkan Damia crocs candy pink pula :)

5 comments:

Eliss said...

tak semua outlet boleh beli kan dgn voucher ni? hr tu pegi boutique banyak pilihan, tapi tak leh guna voucher. concept store, design terhad sket.last2 bagi voucher kat concept store suh bagi orang kalo nak :p

Wansteddy Tales said...

e.l.i.s.s.m.i.e ~ owh, sayangnya elis! wan pergi midvalleh last week, dorg kata stok candy ada kat 1utama je. gigihlah kena turun 1utama weekend ni sbb due redeem voucher anjuran eCurve tu hjg bln ni. harap2 adalah stoknya

Mama Zharfan said...

wah, beshnya--me peminat crocs tegar :) me ada few pairs, my zharfan ada one pair--ada yg weolls menang contest, ada yg me beli (masa kat UK)

wan u every month ker menang contest dlm mcm2 magz tu?

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ tgk kat google td geram gak tgk. sblm ni wan kurang berminat sbb rata2 crocs design flat je tapak dia kan.

alhamdulillah k.suziey... setakat ni ada2 je yang lekat. mudah2an lekatlah selalu :) nk beli sndiri pk beribu kali xbeli2 juga. harap hadiah penganjur bg je la ;)

Anonymous said...

Hi - I am definitely happy to discover this. great job!