Nuffnang

Followers

Wednesday, June 29, 2011

Terima Kad jemputan Disney Junior Ahoy to Never Land

Kiriman kad jemputan ke Majlis ekslusif Disney Junior Ahoy to Never Land selamat diterima semalam. Risau jugak tak sampai sebab tanpa kad ni, memang pemenang tak dapat join. Harapan aku, dapatlah pergi majlis ni sebab Damia memang suka rancangan Disney. Suka sangat kat Mickey Mouse dan lain-lain. Yang penting, terima kasih warga Disney Malaysia beri peluang padaku menang contest besh ni!

Aku menangi jemputan ni atas contest base slogan anjuran Disney.  Ada aku kisahkan dalam entry Won Disney Junior "Ahoy to Never Land" Event. Majlis ni berlangsung kat Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Satu jemputan boleh membawa 4 peserta. Ada 1 tempat kosong. Tak tahulah adik aku nak join ke tak. Sebab keduanya sibuk kerja dan praktikal.

Tak pasti sebenarnya dapat pergi ke tidak. Sebab sabtu tu hubby pulak outstation. Kalau jadi pergi pun terpaksa bergegas ke lokasi sebab pameran biasanya habis tengahari atau petang huhu... Kalau ada kesempatan ke sana bolehlah jumpa blogger yang turut menang contest yang sama seperti Kak Ayu Arjuna dan Kak Suziey aka mama Zharfan. Insya'allah...

9 comments:

juelee said...

saya pun dapat jugak kak wan... heheh leh la jumpe di sanaaaa

hunny said...

boleh tanya event nie start pukul berapa sebab saya x dapat kad lagi tp orang tu ade call,sebab driver ade hal malam tu takut x sempat nak g. pas tu ade makan2 x

Wansteddy Tales said...

Juelee ~ insya'allah ada jodoh leh la kita jumpa Jue. Akak pn risau gak ni in case last mnt cancel pergi sbb hubby kerja pula :(

Nurfazilah Cipa said...

bestnye....!:)

Wansteddy Tales said...

Hi Hunny, tahniah sebab menang juga :D ikutkan dalam kad jemputan, majlis bermula jam 3 petang. tapi wan xpasti pula ada jamuan tak sbb event sebelum ni wan xjoin. myb ada kot jamuan ringkas. kalau kad belum sampai, pastikan hubby hubungi admin sebelum jumaat sbb event hari sabtu kan :D

AyuArjuna BiGoshh said...

beb, ada 3 slot ke 4 slot...akak dapat 2 jemputan satu kul 9am pagi satu kul 1.3o ptg...hmmmm

Nia said...

ha,..tahniah Wan! nanti buat la entry lps pegi tu..nak tengok jgk..hehe..

Mama Zharfan said...

my kad jemputan tak sampai2 lagi ni..tak tau lah sempat sampai ke tak..dh sms tanya PIC tapi tak de respons...:(

Sumijelly said...

ohw....rupanya ada 2 slot yek...

sumi dtg pagi kul 9.00pg...

nampaknya tak berkesempatan la nak jumpa yek..heheh

Sumijelly.com