Nuffnang

Friday, July 22, 2011

Bebelan penuh jiwa raga!

Akhirnya tamat sudah filem Harry Potter.... Bagi yang belum maklum. Aku ni termasuk dalam kroni kipas susah mati Harry Potter. Kegilaan ini bermula sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Kalau matematik aku betul. Al maklum hakak fobia subjek mengira! Pernah berazam ketika zaman gadis sunti dulu. Kalau berkahwin, biarlah laki aku sorang yang teror atau koman-koman minat matematik. Sebab nak perturun zuriat yang gunakan otak belah kiri dan kanan secara seimbang. Tidak sepertiku yang suka guna otak belah kanan je hahahah!

Dan semalam aku tengok filem akhirnya di TGV, KLCC. Selalunya kalau filem Harry Potter nak keluar, akulah yang tergedix buat banyak-banyak entry pasal HP ni. Siap bagi spoiler lagi sampai men'jengkelkan pembaca secara maksima! hahhaha.... Tapi aku rasa sibuk sikit sekarang sampaikan nak google pun rasa malassss..... nampak double triple  huruf 's' tu? Aku kan jujur, itulah kata hati aku.

Adik aku yang bawa aku dan Damia. Hubby kerja kat Kedah. Sian tengok Damia dok merindu ayahnya. Dia tak nangis cari ayahnya. Tapi tiap kali nampak gambar ayah, dia pegang dan usap muka. Jelas rindu sesangat. Sayu lak aku tengok. Yang bagusnya, masa tonton HP, diam je layan story. Langsung tak buat peel. Bagus anak mummy! Biasa tu terpaksalah ayahnya maraton dengan anak kat tangga dewan. Sengaja dia mengusik ayah kalau boring tak nak menonton wayang. 

Gerak ke KLCC jam 8malam lebih. Bayangkan... Tak pasal-pasal aku rasa lemak aku keciciran barang 100 - 200 gram sebab giler marathon semalam! Aku memang punya banyak agenda pada haritu.  Kalau kuar rumah jangan plan satu-satu benda je... rugi! Rancang buat banyak benda berfaedah. Masa itu sangat pantas berlalu, rugi kalau lepaskan walau secebis peluang pun, setuju? 

Kegiatan aku semalam... Mula-mula pergi pos surat kat pejabat pos KLCC, berlarian dua beranak ke Cold Storage cari form contest baru (dasar gila contest :P). Berpusing 1 Cold Storage tak jumpa 1 form baru pun... hampeh! Pastu berlarian ke Kinokuniya, cari majalah keluaran Ogos, jumpa InTrend dan Cosmopolitan baru....Yeah! Pastu ke Watson beli beberapa barang dan jumpa form contest baru... yeah! Sempat kau nak keluar tu alarm berbunyi , dalam hati berbakul ayat magik keluar. Sempat tu aku gunakan tarian hentak kaki sebab bengkek giler. Kalaulah  korang scan barang betul-betul, tak menyusahkan aku nak kena patah balik dan tanggung malu dalam masa yang sama! Pastu berlarian lagi ke TGV beli popcorn dan segala jajan sebab tak makan lagi haritu... yeah! Dan masuk ke panggung 11... movie dah start! cissss.... 

Benda aku nak kongsi pasal mamat serba tahu. Ye... kalau ada filem base dari novel. Pastikan korang duduk jauh-kauh dari penonton lain. Sebab kes-kes penglipur lara memang banyak berlaku. Kita dok sedap layan story kat skrin, telinga terganggu dek spoiler-spoiler penonton kat sebelah... "Owh... lepas ni jadi gini... lepas ni jadi gitu...." Owh... kepala hotak! Nak je aku bawa kesemua novel Harry Potter aku dan hempok atas kepala kau! "Nah... baca dari mula sampai akhir sekarang" Nak sangat bercerita kan... Masuk panggung bukan tempat nak berborak, apa lagi nak berdiskusi pasal jalan cerita. Cukuplah mata kau je bergerak tengok cerita dan sarikata kat bawah kalau mata ko macam super sonic lajunya.  Lazimnya aku kalau tengok movie kat wayang, aku peratikan betul-betul efek CGI. Superb weh! So takde masa sangat nak perati sarikata hahhaa... Pesanan aku pada mamat penglipur lara tersebut.... Nak borak-borak, pas habis cerita, kat kedai mamak! Agar telinga aku tak berasa semak!

Tapi kegunaan spesis penglipur lara ni berguna bila kita bawa anak yang kuat meragam. Sekurang-kurangnya, penonton lain tak bengkek kat anak kita yang mengamuk je. Sebaliknya akan rasa nak tendang orang yang terer bercerita tu lagi! hahhahah.... Tengoklah, sepatutnya hari ni aku bagi lebih banyak spoiler cerita, tapi aku dok kisahkan pasal benda tak penting pula. Apa pun, selamat menonton pada yang belum tengok filem ni.

Bagi kipas susah mati Harry Potter... marilah kita berpelukan... Habis sudah derita kita nak tunggu filem ni tamat. Yup! Memang menyayat hati tengok pengakhiran kisah ni. Aku rasa cam tak cukup je. Harap-harap lepas ni JK Rowling leh buat buku HP berikutnya pasal Hagrid! ahhahaha.... 

12 comments:

hanis-anati said...

hehe...sy g tgk time weekday siang..xde sgt org dlm cinema...sejuk gile till part x saspen pon leh gigil..haha..papepun..albus severus potter sgt ensem..haha~ p/s:byk potong dgn ubah storyline kn bndg ng novel..tp nk wat cmne..klo nk ikut detail till part3 pon blum tentu hbs lg..hehe..

CaDLyNN said...

kite pon kipas susah mati HP ni...jom peluk jom...hihi...mmg tak puas.. we want more! :)

Wansteddy Tales said...

hanis-anati ~ tu ler... bnyk gak adegan dorg cutout tp overall ok la. bg peminat tegar tentu kata xpuas. tp bg pelakon dan setiap krew~ sudah2la.... penat kitorg berjuang utk HP! hahhaha.... still berharap JKR wat novel HP baru ~ atau paling tidak pn gunapakai watak sedia ada dlm novel baru :D confirm beli!

Wansteddy Tales said...

CaDLyNN ~ rasa cam nk duduk lama2 tgk lagi n lagi kan Lyn... sayang je flm dah habis >< wuwuwuw....

Mama Zharfan said...

heeh [art cari contest form pun me sengih2 baca sbb me kdg2 gitu gak :p

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kiki.. ila pun dah jadi mcm korang..

Ezay Hadry said...

setuju bab2 cari contest form tu...haha sempat lagi kan..takpe2 jimat mase n senang nanti nak refer ape2...
ezay tk tengok lagi..donlod jelah kot

abazilah said...

hye , singgah jap .
tolong vote saya dekat http://iownthis87.blogspot.com/2011/07/vote-for-abazilah.html
tq :)

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ kdg2 tahap desperate mencari borang! ahahaa

Wansteddy Tales said...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ bagus Ila! nnt ada lebihan borang, leh la share dgn wan hahahha

Wansteddy Tales said...

Ezay Hadry ~ ada link download bg kat hakak! hahahha... xsbr nk tgu dics dia kuar ><

Wansteddy Tales said...

abazilah ~ insya'allah... good luck in advance :)