Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Sunday, July 24, 2011

Stuck!

Sebenarnya aku sedang mencari idea design wallpaper.  Tapi......... bila asyik menggoogle idea, melangut kat design orang kemain lama. Bahan untuk kerja sendiri tak siap-siap! Dah 4 jam aku blur tak reti nak mulakan kerja ni. 

"Stuck! Stuck! Stuck! Stuck! Stuuuuuuuuck!" Jerit aku dalam hati. Kalau boleh dengar, gemaannya boleh pecah 7 tingkat! Muka aku saja dah terlebih ketat. Mula-mula boleh rilex-rilex lagi.... Lama-lama kening kian bercantum rapat. Sudut bibir kiri dan kanan makin ke bawah. Rasa tegang urat leher tak payah cakap. Mulalah rasa nak membebel bahasa Jerman ni....

Dan kini terus tertekan. Jangan sarankanlah aku pergi tidur atau rehat. Memang tak jalan idea tu. Lagi buatkan aku panik lepas bangun nanti sebab projek tertangguh. Lagi satu saranan tak berasas, jangan suruhlah aku tak payah pikirkan sangat benda alah ni semua. Dah memang sikap aku suka mencelarukan masalah. Benda kecik pun aku rasa leh jadi besar. Nak-nak dengan serangan panik melata ini.

Jam 3.59 pagi. Aku masih terkial-kial...

10 comments:

Mama Zharfan said...

mencabar sungguh keje designer ni rupanya...

AyuArjuna BiGoshh said...

idea ni melalui penglihatan pengalaman...gi jejalan kasi fresh dan insyaalah akan dapat idea2 baru

Wan_hazel said...

sennag je kak...makan coklat cepat..idea blambak masuk nanti...law tak pun minum cadbury panas..pergh...mesti leh dapat idea tu..ehehhe..Insya Allah kak...

AcuRose said...

acu pun dgr laungan itu..ni yg singgah ni..huhu. betul lah wan, break dulu dari ngadap laptop..amik angin dulu. berduyun2 nanti idea dtg :)

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ semua job ada cabaran masing2 k.suziey. Boleh atau xboleh bertahan je haha

Wansteddy Tales said...

AyuArjuna BiGoshh ~ baru2 ni terpaksa terperuk di rumah sbb xde transport nk berjln haha

Wansteddy Tales said...

Wan_hazel ~ hanya dsigner memahami designer. memang ada kesegaran pas minum panas2 ni. tp hakak penagih kafein! hahah

Wansteddy Tales said...

AcuRose ~ dugaan 5 hari ni. asyik stuck manjang segala idea. rasa tersekat xreti nk gerak huhu.... dan panik pun... acu pn faham rasanya ><

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ok g tgok tv jap.minum kopi panas.. dah relex sambung balik

Wan_hazel said...

haahaha..kita sama kak..wan pun penagih kafien gak..mesti minum sebba nak kesegaran..minum cadbury panas2 nie kalau time malam malam tu pergh..tak yah cakap lah..syok giler buat design..ehehhe