Nuffnang

Followers

Wednesday, July 6, 2011

Lapar menggegeh.... Kisah hari ini

Satu hari terkejar-kejar dengan pelbagai design. Kusutnya, kalau sekali kerja tu datang, sekepuk dalam pelbagai pakej. Itu nak ini nak. Belum tang kena ubah-ubah. Kadang-kadang rasa nak muntah. Aku kalau serabut memang tak lalu makan. Bauan makanan saja buat aku rasa nak terjeluak. Itu petanda stress...

Nak buka blog pun rasa segan, ingin tapi tak mahu. Ahahah... Maaflah, hakak memang suka-suka buat peribahasa sendiri. Tapi beshnya kadang-kadang ada gak mem'follow ayat mengarut itu hohoho... Citer pasal makan. Tadi pagi, bangkit je dari tidur aku boleh duduk termenung baramg seminit dua. Bukan mamai, aku sedar situasi. Tapi sedang menikmati rasa nak makan murtabak ayam atau daging serta laksam! Nyanyuk ke hapa... Dua jenis makanan tu, kalau lalu kat pasar malam, aku pandang enteng je. Takde keinginan langsung nak membeli apa lagi nak merasa. Tapi pagi ni terkecur-kecur air liur aku hahahaha....

Nak kata aku mimpi makan benda alah tu tidak juga. Aku pun tak ingat langsung apa mimpi semalam. Nak kata ada tengok2 gambar makanan sebelum tidur pun tak juga. Tapi dek kerana serabut dek kerja. Pastu dalam jam 3 petang tadi pc aku buat hal. Semua kerja terbengkalai selama 3 jam sebab serangan virus! Geram betul... Rasa nak smash je monitor kompiter dengan penuh aksi. Haisahhh... Sep baik ada hero aka hubby aku tolong betulkan komputer. Masuk jam 6 baru boleh sambung kerja. Huhu...

Sedang menikmati aroma roti bakar dalam kereta. Masih dalam perjalanan balik rumah. Laparrr mrngegeh! Bak kata nenek aku huhu....

8 comments:

Unknown said...

lapar menggegeh??
hehehe..
bahasa mana tu???

Mama Zharfan said...

me baru jer mkn murtabak dua hari lps hehe beli kat psr mlm :)

cikceriacorner said...

hehhehe..saya pon lapau pagi2 ni..heheh

Wan_hazel said...

hahaha///akak nie ade ade je kan...stress sgt macam2 bahasa lah tkeluar..tp stress akak nie wan kan org lain ketawa..ahahha..

Wansteddy Tales said...

Diana ~ hahahha nenek Wan suka la sebutkn ayat tersebut. Maknanya lapar keterlaluan (menggigil) hohoho

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ nyum2 kecur liur balik hahaha

Wansteddy Tales said...

cikceriacorner ~ time lapa semua benda rasa sedap kan hahha

Wansteddy Tales said...

Wan_hazel ~ kalau stress cari bahan bagi kurangkan stress tu wan. cara akk, bebel je la apa lagi hahhaha