Nuffnang

Followers

Tuesday, August 16, 2011

Berdisiplin dengan Premium Beautiful

Ada Premium Beautiful tapi simpan saja dalam almari? Sayang sekali...  Kalau mengandung lain ceritalah...  PB ni perlu dipakai berterusan. Tak boleh katakan tidak pada PB. Jika beralasan, sebab itulah kesannya kurang atau tak berkesan langsung pada kita.

Bayangkan... kita dah berbulan malah bertahun kumpul lemak dalam badan. Dan mengharapkan lemak itu hilang dalam tempoh 8 jam. Maknanya sekali pakai dah nampak perubahan! Boleh ke? Logik tak logik? Kalau kita alami gemuk air atau angin, ada kemungkinan turun berat badan tu lebih pantas.  Kurang seminggu mungkin dah nampak perubahan angka pada alat timbang. Tapi kalau gemuk daging... memang liat sikitlah nak susut. Lazimnya gemuk daging disebabkan lemak dah bercampur dengan isi badan. Kerana itulah, bila kita pegang bahagian yang berlemak tu terasa pejal. Berbanding yang mengidap gemuk air atau gemuk angin. Bahagian yang dipicit masih longgar dan boleh terumbai-umbai macam sarung getah.

Tapi... adakah lemak daging ni tak boleh diatasi dengan PB? Jawapannya BOLEH... Yang penting pengguna hendaklah berdisiplin. Usah rasa malas nak sarung korset. Jangan bertangguh dengan alasan tunggu kurus sikit lagilah baru nak pakai. Sebab jika kita menunggu... entah berapa banyak lemak lagi yang bakal terkumpul. Sayangkan... dalam tempoh kita abaikan saja korset berharga milik kita tu, mungkin kita dah berjaya susutkan beberapa kilogram jika kekal bersungguh. Dan percayalah... setiap insan mampu mencapai berat unggul dengan PB!

Sebelum aku membeli PB, tahu tak berapa banyak RM dilaburkan untuk tampil langsing? Jujurnya aku tak kira juga. Tapi anggaran RM500 setahun! Macam-macam kaedah aku gunakan. Losyen, terapi kurus, pelan diet, pil kurus, pelbagai jenis korset dan lain-lain lagi. Itu setahun... Bayangkan kalau makan masa dua, tiga tahun akan datang tak turun juga berat badan. Agak-agak berapa ribu duit aku habis?

Kenapa aku beli PB? Ya... harga yang ditawarkan memang mahal. Sekepuk nak bayar RM2K! Giler hapa... Gaji pun cukup makan... Melangut aku kenangkan duit yang boleh terbang, macam tu saja... Tapi Jaminan PB seumur hidup! Seumur hidup... aku ulangi. Jika rosak, kita boleh hantar perbaiki. Dan jika amalkan berterusan, kita dapat bentuk badan yang diidamkan berkat kesabaran. Cuba bayangkan... aku pernah beli korset yang murah lagi tak selesa sebab tak mengikut ukuran badan yang betul. Aku pernah beli korset semahal RM200-300. Tapi bila sampai masa terkoyak dah takde servis pembaikpulih. Kendian kena beli lagi dan lagi. Itu belum campur stok makanan atau minuman untuk kurus. Belum campur losyen dan segala alat yang dapat kuruskan badan dengan segera kononnya. Kalau pergi pusat kuruskan badan. Tak semuanya berakhir dengan baik. Silap-silap bila dah selesai treatment, sampai satu masa. Berat kita kembali pada angka lama kerana 'terlupa' nak teruskan amalan diet.  Kesudahannya pi mai pi mai tang tuuuu jugak.... Rugi kan...

Aku beli PB yang berharga RM2K sebab ia mampu tahan lama. Pakailah lasak-lasak macam mana pun ia tetap dalam kondisi OK. Dan aku yakin jika rosak pun tak payah susah hati, sebab boleh dihantar servis. Jadi kenapa aku nak bertangguh lagi? Sanggup ke perhabiskan duit untuk sesuatu yang tak pasti dan membazirkan lebih ribu kerana itu? Sebenarnya beli PB lebih jimat dari pembaziran dikit-dikit yang kita tak nampak tu. Ya... kosnya mungkin mahal. Tapi jaminannya kekal. Rugi kan tak bermula dari sekarang ;)

Ini baju raya saiz S tahun sudah. Tak percaya ka? Tengok tarikh la... Mujur ada bukti. Sekarang? Huhuhu... baju ni tak boleh disarung. Ada efek mengelembung di sana sini. Terutama tang perut dan peha... Tak cukup dengan itu ada-ada lak kesan bunyi krak krakkk... petanda benang dah tertetas! Tapi bila aku pakai PB, pakai pula baju ni... alhamdulillah... elok terletak je baju ni sama rasanya masa perasan kurus dulu. Insya'allah.. tahun ini aku akan kekalkan momentum baju bersaiz S. Untuk sementara dengan bantuan PB semestinya!  Dan yang pasti, dengan PB aku sikit pun tak risau pasal baju kurung baru aku yang bersaiz S. Lebih mudah dan selesa disarung gara-gara korset PB yang berupaya transform badan serta merta. Dan itulah sebenarnya saiz badan kita pada ketika itu jika tidak diselaputi lemak berlebihan. Tugasan seterusnya... dapatkan berat badan ideal dan kekal langsing dengan Premium Beautiful!

PS; Bakal pengantin memang patut miliki PB ini. Pasti tampil anggun dengan bentuk tubuh menarik di hari persandingan! PB bukan saja menyembunyikan lebihan lemak secara semulajadi. Malah membentuk bahagian payudara agar tampil lebih terbentuk dan cantik. Lebih besh lagi. Korang tak payah menahan lapar kontrol cun masa majlis bersantap. Sebab dengan PB memang dapat kurangkan rasa lapar tu. Yang penting breakfast dulu, pastu akan rasai kenyang berpanjangan, insya'allah... Banyaknya fungsi PB ni kan... Memang Besh!

Hubungi aku melalui email jika berminat yeh: washifalo@yahoo.com, blog dan facebook pun boleh. Nak nombor phone jemput PM yep! Tawaran menarik menanti anda ;D

8 comments:

yantz-yeem said...

caiyuks!!!!aku happy bila ko happy dgn transformasi PB nie...trimas share kebaikan PB ni...dun wori kalo aku x bli aku akn promosikan kat mmber2 aku wokeh...ala...ni mesti dah xmo mkn lunch nie...

Nia said...

wah,..Wan dah jadi dealer..kelas gitu :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

amboiiiiiii tayang kekurusan nmpaknyeeeeee

Wansteddy Tales said...

yantz-yeem ~ haish... ini gambar thn lepas la... masa ni peha dah makin lebar, tapi baju ni msh muat lagi xde sendat2 mcm skrg hahha... dan lagi, aku ni pn manusia beb. kalau xmkn cmne nk hidup. plus aku tibai je segala benda. xde mslh semput pn time makan :) hahaha

Wansteddy Tales said...

Nia ~ juz promote tolong kawan. ramai kata mahu tapi xmampu. wan jual dgn harga srendah mungkin. xambil untung pn. pk2 mmg rugi. tp... ini je satu2nya cara nak bantu member. sama dapat sama merasa ;) insya'allah...

Wansteddy Tales said...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ tahun lepas masih stabil Ila... tahun ni awal tengah ramadhan perut peha masih xsusut. padahal puasa penuh xde cuti2... tension tgk lemak ni. mmg kena dapatkn bantuan PB! hehe

ibu_Arifa said...

alaaa..nak la jgk. tapi kita ni jauh (png-kl) boleh ke kak wan? kang sampai kecik or longgar pulak :P

min mmg lama nak beli benda ni...sbb memang tertarik dgn testimonial penggunanya.

Wansteddy Tales said...

ibu_Arifa ~ tiap korset PB ni ada saiznya. Min boleh email saiz badan, pastu boleh dptkn saiz PB yg betul. Kalau tak padan, boleh tukar. Yg png, kita selesa dgn korset sendiri sbb nk pakai lama. Apa2 Min email je kat akak: washifalo@yahoo.com. nnt akk leh share special prize dgn customer akak saja ;)