Nuffnang

Followers

Showing posts with label Premium Beautiful. Show all posts
Showing posts with label Premium Beautiful. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Berdisiplin dengan Premium Beautiful

Ada Premium Beautiful tapi simpan saja dalam almari? Sayang sekali...  Kalau mengandung lain ceritalah...  PB ni perlu dipakai berterusan. Tak boleh katakan tidak pada PB. Jika beralasan, sebab itulah kesannya kurang atau tak berkesan langsung pada kita.

Bayangkan... kita dah berbulan malah bertahun kumpul lemak dalam badan. Dan mengharapkan lemak itu hilang dalam tempoh 8 jam. Maknanya sekali pakai dah nampak perubahan! Boleh ke? Logik tak logik? Kalau kita alami gemuk air atau angin, ada kemungkinan turun berat badan tu lebih pantas.  Kurang seminggu mungkin dah nampak perubahan angka pada alat timbang. Tapi kalau gemuk daging... memang liat sikitlah nak susut. Lazimnya gemuk daging disebabkan lemak dah bercampur dengan isi badan. Kerana itulah, bila kita pegang bahagian yang berlemak tu terasa pejal. Berbanding yang mengidap gemuk air atau gemuk angin. Bahagian yang dipicit masih longgar dan boleh terumbai-umbai macam sarung getah.

Tapi... adakah lemak daging ni tak boleh diatasi dengan PB? Jawapannya BOLEH... Yang penting pengguna hendaklah berdisiplin. Usah rasa malas nak sarung korset. Jangan bertangguh dengan alasan tunggu kurus sikit lagilah baru nak pakai. Sebab jika kita menunggu... entah berapa banyak lemak lagi yang bakal terkumpul. Sayangkan... dalam tempoh kita abaikan saja korset berharga milik kita tu, mungkin kita dah berjaya susutkan beberapa kilogram jika kekal bersungguh. Dan percayalah... setiap insan mampu mencapai berat unggul dengan PB!

Sebelum aku membeli PB, tahu tak berapa banyak RM dilaburkan untuk tampil langsing? Jujurnya aku tak kira juga. Tapi anggaran RM500 setahun! Macam-macam kaedah aku gunakan. Losyen, terapi kurus, pelan diet, pil kurus, pelbagai jenis korset dan lain-lain lagi. Itu setahun... Bayangkan kalau makan masa dua, tiga tahun akan datang tak turun juga berat badan. Agak-agak berapa ribu duit aku habis?

Kenapa aku beli PB? Ya... harga yang ditawarkan memang mahal. Sekepuk nak bayar RM2K! Giler hapa... Gaji pun cukup makan... Melangut aku kenangkan duit yang boleh terbang, macam tu saja... Tapi Jaminan PB seumur hidup! Seumur hidup... aku ulangi. Jika rosak, kita boleh hantar perbaiki. Dan jika amalkan berterusan, kita dapat bentuk badan yang diidamkan berkat kesabaran. Cuba bayangkan... aku pernah beli korset yang murah lagi tak selesa sebab tak mengikut ukuran badan yang betul. Aku pernah beli korset semahal RM200-300. Tapi bila sampai masa terkoyak dah takde servis pembaikpulih. Kendian kena beli lagi dan lagi. Itu belum campur stok makanan atau minuman untuk kurus. Belum campur losyen dan segala alat yang dapat kuruskan badan dengan segera kononnya. Kalau pergi pusat kuruskan badan. Tak semuanya berakhir dengan baik. Silap-silap bila dah selesai treatment, sampai satu masa. Berat kita kembali pada angka lama kerana 'terlupa' nak teruskan amalan diet.  Kesudahannya pi mai pi mai tang tuuuu jugak.... Rugi kan...

Aku beli PB yang berharga RM2K sebab ia mampu tahan lama. Pakailah lasak-lasak macam mana pun ia tetap dalam kondisi OK. Dan aku yakin jika rosak pun tak payah susah hati, sebab boleh dihantar servis. Jadi kenapa aku nak bertangguh lagi? Sanggup ke perhabiskan duit untuk sesuatu yang tak pasti dan membazirkan lebih ribu kerana itu? Sebenarnya beli PB lebih jimat dari pembaziran dikit-dikit yang kita tak nampak tu. Ya... kosnya mungkin mahal. Tapi jaminannya kekal. Rugi kan tak bermula dari sekarang ;)

Ini baju raya saiz S tahun sudah. Tak percaya ka? Tengok tarikh la... Mujur ada bukti. Sekarang? Huhuhu... baju ni tak boleh disarung. Ada efek mengelembung di sana sini. Terutama tang perut dan peha... Tak cukup dengan itu ada-ada lak kesan bunyi krak krakkk... petanda benang dah tertetas! Tapi bila aku pakai PB, pakai pula baju ni... alhamdulillah... elok terletak je baju ni sama rasanya masa perasan kurus dulu. Insya'allah.. tahun ini aku akan kekalkan momentum baju bersaiz S. Untuk sementara dengan bantuan PB semestinya!  Dan yang pasti, dengan PB aku sikit pun tak risau pasal baju kurung baru aku yang bersaiz S. Lebih mudah dan selesa disarung gara-gara korset PB yang berupaya transform badan serta merta. Dan itulah sebenarnya saiz badan kita pada ketika itu jika tidak diselaputi lemak berlebihan. Tugasan seterusnya... dapatkan berat badan ideal dan kekal langsing dengan Premium Beautiful!

PS; Bakal pengantin memang patut miliki PB ini. Pasti tampil anggun dengan bentuk tubuh menarik di hari persandingan! PB bukan saja menyembunyikan lebihan lemak secara semulajadi. Malah membentuk bahagian payudara agar tampil lebih terbentuk dan cantik. Lebih besh lagi. Korang tak payah menahan lapar kontrol cun masa majlis bersantap. Sebab dengan PB memang dapat kurangkan rasa lapar tu. Yang penting breakfast dulu, pastu akan rasai kenyang berpanjangan, insya'allah... Banyaknya fungsi PB ni kan... Memang Besh!

Hubungi aku melalui email jika berminat yeh: washifalo@yahoo.com, blog dan facebook pun boleh. Nak nombor phone jemput PM yep! Tawaran menarik menanti anda ;D

Monday, August 15, 2011

Dengan Premium Beautiful pun boleh PUMP SUSU!

Baru je lepas berborak dengan kawan pasal Premium Beautiful tadi. Orangnya tengah sarat mengandung, maka aku sarankan pakai PB lepas bersalin nanti. Pasti dapat kembalikan bentuk badan seperti yang asal! Tapi... benda yang menjadi kemusykilan beliau, boleh ke menyusu dan pam susu badan kalau pakai Korset? Jawapannya: BOLEH.... malah dengan memakai PB, berikan banyak kelebihan lagi. Ia melancarkan peredaran darah, justeru aliran susu pun jadi lebih lancar dan banyak! Menarik kan ;)

Kalau ibu-ibu yang menyusukan anak nak tahu cara-cara menyusukan atau mengepam susu masa pakai korset bolehlah tengok dalam blog Am, dari blog My Sweet Motherhood. Beliau ada kongsikan tips yang diperlukan. Siap ada tutorial bergambar lagi ;)

Harini aku pakai Korset saja, sebab Long BRA dan Long GIRDLE basuh lewat malam semalam, tak sempat nak kering. Sepatutnya korset ni senang je nak kering. Tapi semalam tertidur awal, lupa nak sidai bawah kipas hehe... Kalau tak dah boleh jadi model dah tunjuk kat kawan aku tadi macam mana gayanya bila pakai Premium Beautiful tadi. Amaran! Jangan jemur PB direct bawah cahaya matahari tau. Cuma letak bawah kipas atau air cond dalam tempoh beberapa jam dah kering sepenuhnya. 

Kalau berminat nak memakai Premium Beautiful jemputlah hubungi aku melalui email: washifalo@yahoo.com. Facebook mahupun blog. Mana-mana medium pun ok. Aku ada cara nak berikan harga lebih rendah dan menarik untuk pembeli ;)

Bagi yang berminat nak jadi ahli, jangan bertangguh lagi. Tawaran sah hingga 26hb saja. Rebet lazim: RM3000 sahaja. Tapi... untuk bulan 8 rebet lumayan berjumlah RM4500! Cepat-cepat hubungi Wan ;D

Sunday, August 14, 2011

Premium Beautiful confirm boleh jayakan diet!

Kita nak diet, tapi nak makan banyak. Macam mana niat nak diet tu dapat dijayakan...  Jawapan mudah, pakailah Premium Beautiful. Gerenti kempen diet tu dapat berjalan lancar. Hari kedua memakai Premium Beautiful. Rasa lebih selesa dan kemas berbanding hari pertama. Menariknya, aku rasa mudah kenyang. Bukan tak berselera langsung, cumanya dapat makan dalam kuantiti sedikit dengan rasa kenyang berpanjangan. Alhamdulillah...

Biasa kalau boleh makan separuh pinggan nasi. Konon nak diet, tak sampai setengah jam, perut menggeruk kemain minta di isi lagi. Sejak memakai PB, aku rasa makan sikit dah memadai. Boleh je makan banyak kalau suka, tapi nak buat apa kan. Ikut nafsu namanya. Lebih baik makan dalam jumlah yang diperlukan. Selain dapat capai target diet, kesihatan pun lebih baik. 

Menariknya kerana Premium Beautiful,  sekarang aku lebih gemar minum air masak. Kawan-kawan yang kenali aku memang sedia maklum, aku ni penggemar kopi tegar. Minuman kegemaran nescafe tarik, kopi o dan teh tarik. Semuanya sumber utama kegemukkan ini. Memang jarang benar minum air masak. Dan kalau sesekali aku order, memasing terkejut badaklah, tak percaya! hahahha... Tercapai juga impian nak laksanakan misi minum air masak 8 gelas sehari. Kalau dulu impian jadi angan-angan je la. Sehari dua bolehlah minum dua tiga gelas air masak. Hari berikutnya cari air manis balik! Tapi sekarang hanya air masak yang rasa masuk kat tekak. Kalau minum teh tarik, rasa sebu sampai nak terjeluak. Semuanya gara-gara penangan PB!

Bila ada yang kata pakai PB boleh kurus. Itu fakta. Caranya? dengan memakai PB kita dapat kurangnya nafsu makan bermaharajalela. Minum pula air masak yang memang terbaik untuk kesihatan. Bagi insan yang selalu komplen takde masa nak eksersais macam aku, memang wajarlah pakai PB.  Masakan tidak, aku berperang dengan masa dengan kerja sebagai designer, freelancer, jadi comper  dan paling penting isteri dan mummy pada Damia. Senaman paling lama aku dapat buat tak sampai 2, 3 minit.  Itu pun selalu skip. Aku tak pergi gym untuk bersenam. Aku tak berjogging waktu petang sebab balik dari pejabat pun lewat petang. Plan diet pula selalu hancus sebab aku makan tak ikut jadual. Dan hentam apa saja yang aku suka. Sekurang-kurangnya sejak pakai PB, dari segi pemakanan, lebih terkawal. Memang diakui, nak kurus cepat, kena perbanyakkan bersenam dan lakukan aktiviti riadah. Tapi semua tu tak jalan kalau balik rumah kita tak jaga pemakanan. 

Dan sekurang-kurangnya dengan PB aku dapat capai satu kehendak utama. Target untuk gayakan baju bersaiz S dengan berjaya! Dengan memakai Premium Beautiful, kita dapat bentuk badan yang sebenar dalam masa singkat. Buktinya kalau tanpa PB saiz pinggang aku 33 inci,  bila sarung PB, pinggang aku jadi 26 inci! Dan andai kata kempen diet aku berjaya... lemak di perut ini akan terus hilang dan aku dapat kembalikan saiz pinggang asal ~ 24 inci! Insya'allah... itu impian aku untuk usaha ini :)

Kalau berminat nak cuba email je kat aku: washifalo@yahoo.com. Kat facebook dan blog pun ok. Semua perempuan nak tampil langsing. Yang penting, bentuk badan kembali seperti sedia kala.  Kesihatan itu paling utama, tampil cantik itu satu bonus!

PS: untuk hari kedua aku sukat pinggang dah jadi 32 inci. Kurang seinci! So korang pikir aku pakai Premium Beautiful suka-suka je ke? Tepuk dada tanyalah selera ;)

Saturday, August 13, 2011

Premium Beautiful buat aku rasa macam Magik... je!

Dari kecik berat badan aku memang tak stabil. Ada musim kurus, ada musim gedebab semacam. Terutama bila menjelang usia remaja. Aku fikirkan ia hanyalah tindakan hormon biasa. Tak pernah ambil inisiatif pun nak kuruskan badan dengan cara bersenam dan lakukan aktiviti-aktiviti riadah yang lain. Lazimnya berat badan aku mudah turun dalam bulan puasa. Kiranya sepanjang tahun aku bergantung pada bulan ramadhan saja untuk kembali kekal langsing sediakala. Dan aku masih menganggap situasi tersebut adalah 'magik' untuk aku. 

Hinggalah benerapa tahun ini. Menjelang usia 28 tahun, aku perhatikan lemak di bahagian peha, perut dan punggung (PPP) kian berkembang. Yang di peha, makin melebar kiri dan kanan. Hinggakan aku letakkan telapak tangan atas peha, regangkan selebar-lebarnya dan lihat... betapa kecilnya tangan aku di atas peha debab sendiri! 

Bahagian perut pula makin ke depan. Bila ditimang-timang (tabiat pelik aku). Isi lemak tu macam boleh buat uli tepung! Tang punggung... tiap kali kenakan jeans kegemaran aku. Tentunya selesa di tubuh mula-mula beli dulu, kini makin menunjukkan tanda-tanda suruh aku simpan je dia dalam lemari, bikin pekasam! Sendat dan menggedeber... Itulah yang paling tepat nak terangkan situasi aku. Kalau tanya kat orang lain, dorang selamba je cakap aku kurus. Hakikatnya... cuba selak kain, macam-macam stok lemak ada! Sebenarnya tak payah selak kainlah, tengok bentuk badan dah tahu. Memang Out of Shape! huhu.... 

Aku jangkakan inilah 'sumpahan ibu berusa 28 tahun' seperti yang gemar diwar-warkan oleh mak aku. Bidaah je pun. Sebenarnya aku faham niat mak, nak suruh anaknya yang malas bersenam ni mula jaga badan. Tapi hakak kan spesis degil. Sudah la malas, asyik terperapppp atas kerusi buat kerja design. Atau tidak pun melayan internet sampai ke pagi buta. Pendek kata 24 jam aktiviti aku lebih kepada duduk. Penyumbang terbesar kenapa peha aku besar! Cisss....

Aku tak senang duduk baru-baru ni. Sebelumnya memang aku dah pasang angan-angan nak mulakan aktiviti bersenam. Tapi aku suka katakan "Esok la..." hari demi hari. Sudahnya, hari-hari aku tak bersenam! Ada tidak pun aerobik gaya bebas dengan Damia. Lebih kepada aktiviti berjoget sebenarnya. Sebab tak sampai 3 minit bersenam, kitorang bantai gelak besar. hahaha... Hinggalah kejadian aku tergamak beli baju kurung raya tahun ini dengan saiz S!

Saiz S bukan benda asing bagi aku. Tahun-tahun sebelum ni... ya, sais S sangat sesuai untuk rangka tubuh aku. Sarung siap tanpa perlu mengerenyit macam nak sarung nangka sendat. Tapi bermula lepas raya aidiladha tahun lepas, aku perhatikan baju-baju raya aku semuanya dah tak boleh disarung pakai ke pejabat lagi. Memang biasalah baju raya jadi baju pejabat lepas raya. Bila aku mula testing pakai baju raya tahun ni... alamakkkkk! Serius ketat! Nak-nak tang peha dan perut yang jelas terbonjol sana sini. Hakak malu dikkk.... Rasa satu penghinaan untuk diri sendiri! huhuhu.... 

Kecewa dengan situasi tu. Aku ambil keputusan drastik, cari segala info pasal nak kurus dengan CEPAT! atau setidak-tidaknya, cara aku muatkan baju raya bersaiz S itu pada raya tahun ni. Terjumpa info menarik pasal Premium Beautiful. Memang seperti orang lain, aku sangat skeptikal dengan produk ni. Lebih-lebih lagi orang asyik kaitkan produk MLM ni setakat gah pada jenama. Aku baca dari blog ke blog pengusaha Premium Bautiful walaupun tak kenal sorang pun dari blogger-blogger tersebut. Melalui banyak testimoni, aku agak tertarik. Agak je... bukan nak beli terus.

Kebetulan, salah seorang pelanggan aku usahawan Premium Beautiful ni. Ida namanya. Dan kenalan facebook, Kak Ja. Melalui kedua usahawan muda ini, termasuk beberapa nama blogger yang aku tak kenali, aku mula memahami sedikit demi sedikit berkenaan Premium Beautiful. Lebih kepada nak tahu harga tawaran sebenarnya. Hinggalah diperkenalkan dengan Kak Mai, CDM Premium Beautiful! 

Mula-mula jumpa Kak Mai... dalam hati aku sebut... "OMG! Cutenya kakak ni...!" Kak Mai ni kecil molek je. Body macam anak dara. Aku jemput Kak Mai ke pejabat, dan banyak penerangan berkenaan bisnes Premium Beautiful Kak Mai kongsikan dengan aku. Jujurnya aku 50-50 saja nak join. Cuma tertarik nak jadi ahli sebab nak dapatkan harga belian PB pertama serendah mungkin! hahahha... teruk, kan! Tapi malamnya, aku baca macam-macam blog dari agen Premium Beautiful. Dan minda aku rasa lebih terbuka tentang perniagaan Premium Beautiful ni.

Selama ni aku ingat PB untuk cantik je. Nak bagi kurus. Rupanya banyak manfaat lain yang diperolehi hanya dengan membeli sebuah set PB seumur hidup ni. Antara yang menarik perhatian aku: mampu redakan sakit tulang belakang, menggembalikan bentuk tubuh yang lebih menarik, mampu hilangkan kesan strect mark serta selulit, mengurangkan rasa lapar, meyeimbangkan hormon dalam badan dan lain-lain lagi. Pendek kata macam-macam kebaikan kita boleh perolehi dengan memakai Premium Beautiful.

Setiap korset PB tak sama bagi setiap pengguna. Itu yang membezakan korset PB dengan korset lain. Menariknya, andai set PB kita rosak, ia boleh dihantar servis. Sebab tulah PB ni dikatakan mempunyai jaminan seumur hidup!

Hari ini sesudah mendaftar ahli dan membeli set PB sendiri, terus Kak Mai ajarkan cara mengenakan PB. Urgh... memang rasa leceh mula-mula pakai. Tapi lama-lama bila dah biasa, rasa semacam satu kepuasan pula kenakan korset PB. Tubuh rasa lebih ringan dan kurang rasa letih. Paling besh, aku siap cuba semula baju raya bersaiz S aku tadi. Dan tekalah! Baju tu bukan saja muat malah ada banyak lebihan bahagian yang aku rasa perlu dikelimkan untuk nampak lebih langsing dan kemas! 

Dan itu yang aku maksudkan "Magic yang sebenarnya!" Alhamdulillah... aku tak risau lagi nak gayakan baju raya aku tahun ni. Dan mungkin untuk beberapa bulan lagi, aku dapatkan kembali saiz badan aku masa anak dara dulu ;) hehehe...

Kalau korang berminat nak cuba Premium Beautiful, bolehlah hubungi aku kat email, blog atau facebook aku.
washifalo@yahoo.com. 

Serius, aku nak korang pun rasa macam yang aku rasa. Macam magic.... je!