Rumah dah siap pahat berbunyi.
Keputusan dah lengkap, ramai yang tak puas hati.
Owh? macam pantun pula. Sila ulang baca dengan ritma senandung pula, mesti kedengaran menarik! ahhaha... Sebenarnya inilah dia contest.... Bila keputusan dibuat, ada-ada je luahan ketidakpuasan hati yang akan terbit. Nak-nak dari pengalah la. Yang menang tak kan nak komplen pula kan. Paling tidak pun, bila orang dok komplen-komplen pasal keputusan macam ni, dorang ambil tindakan diplomasi. Diamkan diri. Lebih selamat... hahaha...
Dah tengok keputusan MRT contest? Kalau belum boleh jengah laman ni: http://www.mrtcontest.com/. Terpulanglah pada korang nak setuju atau nak kondem keputusan ni. Pemberitahuan: kerana aku tak join contest ini, maka aku berikan pendapat secara rawak saja. Keputusan yang dibuat sangatlah.... mengecewakan.
Tolak pemenang utama. Pemenang lain-lainnya macam banyak yang tak kena. Pemenang saguhati pertama macam design sama dengan grand prize winner, ubah sana sini sikit dan nama saja. Mungkin taruk nama sepupu sepapat, kawan2... Mungkinlah. Aku tak kata betul eh! Sebab non ada bukti., keputusan dah dibuat... terima jelah... Pemenang conso lainnya, kalau diperhatikan design... amaturlah sangat. Tak pastilah dari sudut mana nampak logo kreatifnya. Kalau baca komen-komen dari pro designer, macam-macam pendapat keluar. sanggup tak sanggup baca je.
Tapi siapalah kita nak tolak hakikat. Rezeki tu Tuhan yang kurniakan. Kita bersangka baiklah, mungkin rasional logo diberi, terlalu sempurna sampaikan pihak penganjur tak sampai hati tak pilih sebagai pemenang! hahahha... Atau sangkaan buruknya, guna kuasa veto. Raih voteeeeee pastu, rajin sangat kontek penganjur supaya beri lebih perhatian pada penyertaan dorang? ekekeke... Bak kata Bang Bil.... "Ah! Lu pikirlah sendiri....!"
Apa pun tahniahlah para pemenang.... Sakanlah berjoget dengan cash RM2000 sorang. Disamping kena telan macam-macam sindiran pro designer. Ah, jadi comper ni bukannya susah... Syarat utama: Kena Tahan Maki! Nak menang pun tak senang, hahahha...
Masih menyampah dengan VOTE CONTEST!
Sila menyebutnya dengan muka yang sungguh serius! hohoho...
7 comments:
tak paham kenapa design contest yg memerlukan kreativiti pun nak kena ada voting...ish ish ish
skang ni siap ada tawaran di fb utk vote smpai 50 kali tapi bukan dr malysia la. mana aci kan.
saya pun tak suka sgt kalo yg kena vote ni..mcm tak adil snagt2...
Mama Zharfan ~ myb nk promosikan MRT secara besar2an tapi xkena dengan contestnya. Patutnya anjurkanlah contest lain utk raih vote. contest bergambar dgn MRT ke... slogan voting ke... barulah logik. Logo design? hurm...
e.l.i.s.s.m.i.e ~ macam2 taktik ada eliss, rasa gerammm je tgk voting tertinggi yg designnya hurm.... malas nk komplen. haha
Lin Azlina ~ vote base on populariti bukan pada kualiti. penganjur masih xfhm atau sengaja buat2 xfhm. mustahillah xde contestant yg main tipu ;P
betul tu kak...wan ade join gak nie..tapi tak de geng yg nak vote..so tak de lah..biar jelah...kecewa dgn sikap sambil lewa admin..
Post a Comment