Nuffnang

Saturday, August 13, 2011

Premium Beautiful buat aku rasa macam Magik... je!

Dari kecik berat badan aku memang tak stabil. Ada musim kurus, ada musim gedebab semacam. Terutama bila menjelang usia remaja. Aku fikirkan ia hanyalah tindakan hormon biasa. Tak pernah ambil inisiatif pun nak kuruskan badan dengan cara bersenam dan lakukan aktiviti-aktiviti riadah yang lain. Lazimnya berat badan aku mudah turun dalam bulan puasa. Kiranya sepanjang tahun aku bergantung pada bulan ramadhan saja untuk kembali kekal langsing sediakala. Dan aku masih menganggap situasi tersebut adalah 'magik' untuk aku. 

Hinggalah benerapa tahun ini. Menjelang usia 28 tahun, aku perhatikan lemak di bahagian peha, perut dan punggung (PPP) kian berkembang. Yang di peha, makin melebar kiri dan kanan. Hinggakan aku letakkan telapak tangan atas peha, regangkan selebar-lebarnya dan lihat... betapa kecilnya tangan aku di atas peha debab sendiri! 

Bahagian perut pula makin ke depan. Bila ditimang-timang (tabiat pelik aku). Isi lemak tu macam boleh buat uli tepung! Tang punggung... tiap kali kenakan jeans kegemaran aku. Tentunya selesa di tubuh mula-mula beli dulu, kini makin menunjukkan tanda-tanda suruh aku simpan je dia dalam lemari, bikin pekasam! Sendat dan menggedeber... Itulah yang paling tepat nak terangkan situasi aku. Kalau tanya kat orang lain, dorang selamba je cakap aku kurus. Hakikatnya... cuba selak kain, macam-macam stok lemak ada! Sebenarnya tak payah selak kainlah, tengok bentuk badan dah tahu. Memang Out of Shape! huhu.... 

Aku jangkakan inilah 'sumpahan ibu berusa 28 tahun' seperti yang gemar diwar-warkan oleh mak aku. Bidaah je pun. Sebenarnya aku faham niat mak, nak suruh anaknya yang malas bersenam ni mula jaga badan. Tapi hakak kan spesis degil. Sudah la malas, asyik terperapppp atas kerusi buat kerja design. Atau tidak pun melayan internet sampai ke pagi buta. Pendek kata 24 jam aktiviti aku lebih kepada duduk. Penyumbang terbesar kenapa peha aku besar! Cisss....

Aku tak senang duduk baru-baru ni. Sebelumnya memang aku dah pasang angan-angan nak mulakan aktiviti bersenam. Tapi aku suka katakan "Esok la..." hari demi hari. Sudahnya, hari-hari aku tak bersenam! Ada tidak pun aerobik gaya bebas dengan Damia. Lebih kepada aktiviti berjoget sebenarnya. Sebab tak sampai 3 minit bersenam, kitorang bantai gelak besar. hahaha... Hinggalah kejadian aku tergamak beli baju kurung raya tahun ini dengan saiz S!

Saiz S bukan benda asing bagi aku. Tahun-tahun sebelum ni... ya, sais S sangat sesuai untuk rangka tubuh aku. Sarung siap tanpa perlu mengerenyit macam nak sarung nangka sendat. Tapi bermula lepas raya aidiladha tahun lepas, aku perhatikan baju-baju raya aku semuanya dah tak boleh disarung pakai ke pejabat lagi. Memang biasalah baju raya jadi baju pejabat lepas raya. Bila aku mula testing pakai baju raya tahun ni... alamakkkkk! Serius ketat! Nak-nak tang peha dan perut yang jelas terbonjol sana sini. Hakak malu dikkk.... Rasa satu penghinaan untuk diri sendiri! huhuhu.... 

Kecewa dengan situasi tu. Aku ambil keputusan drastik, cari segala info pasal nak kurus dengan CEPAT! atau setidak-tidaknya, cara aku muatkan baju raya bersaiz S itu pada raya tahun ni. Terjumpa info menarik pasal Premium Beautiful. Memang seperti orang lain, aku sangat skeptikal dengan produk ni. Lebih-lebih lagi orang asyik kaitkan produk MLM ni setakat gah pada jenama. Aku baca dari blog ke blog pengusaha Premium Bautiful walaupun tak kenal sorang pun dari blogger-blogger tersebut. Melalui banyak testimoni, aku agak tertarik. Agak je... bukan nak beli terus.

Kebetulan, salah seorang pelanggan aku usahawan Premium Beautiful ni. Ida namanya. Dan kenalan facebook, Kak Ja. Melalui kedua usahawan muda ini, termasuk beberapa nama blogger yang aku tak kenali, aku mula memahami sedikit demi sedikit berkenaan Premium Beautiful. Lebih kepada nak tahu harga tawaran sebenarnya. Hinggalah diperkenalkan dengan Kak Mai, CDM Premium Beautiful! 

Mula-mula jumpa Kak Mai... dalam hati aku sebut... "OMG! Cutenya kakak ni...!" Kak Mai ni kecil molek je. Body macam anak dara. Aku jemput Kak Mai ke pejabat, dan banyak penerangan berkenaan bisnes Premium Beautiful Kak Mai kongsikan dengan aku. Jujurnya aku 50-50 saja nak join. Cuma tertarik nak jadi ahli sebab nak dapatkan harga belian PB pertama serendah mungkin! hahahha... teruk, kan! Tapi malamnya, aku baca macam-macam blog dari agen Premium Beautiful. Dan minda aku rasa lebih terbuka tentang perniagaan Premium Beautiful ni.

Selama ni aku ingat PB untuk cantik je. Nak bagi kurus. Rupanya banyak manfaat lain yang diperolehi hanya dengan membeli sebuah set PB seumur hidup ni. Antara yang menarik perhatian aku: mampu redakan sakit tulang belakang, menggembalikan bentuk tubuh yang lebih menarik, mampu hilangkan kesan strect mark serta selulit, mengurangkan rasa lapar, meyeimbangkan hormon dalam badan dan lain-lain lagi. Pendek kata macam-macam kebaikan kita boleh perolehi dengan memakai Premium Beautiful.

Setiap korset PB tak sama bagi setiap pengguna. Itu yang membezakan korset PB dengan korset lain. Menariknya, andai set PB kita rosak, ia boleh dihantar servis. Sebab tulah PB ni dikatakan mempunyai jaminan seumur hidup!

Hari ini sesudah mendaftar ahli dan membeli set PB sendiri, terus Kak Mai ajarkan cara mengenakan PB. Urgh... memang rasa leceh mula-mula pakai. Tapi lama-lama bila dah biasa, rasa semacam satu kepuasan pula kenakan korset PB. Tubuh rasa lebih ringan dan kurang rasa letih. Paling besh, aku siap cuba semula baju raya bersaiz S aku tadi. Dan tekalah! Baju tu bukan saja muat malah ada banyak lebihan bahagian yang aku rasa perlu dikelimkan untuk nampak lebih langsing dan kemas! 

Dan itu yang aku maksudkan "Magic yang sebenarnya!" Alhamdulillah... aku tak risau lagi nak gayakan baju raya aku tahun ni. Dan mungkin untuk beberapa bulan lagi, aku dapatkan kembali saiz badan aku masa anak dara dulu ;) hehehe...

Kalau korang berminat nak cuba Premium Beautiful, bolehlah hubungi aku kat email, blog atau facebook aku.
washifalo@yahoo.com. 

Serius, aku nak korang pun rasa macam yang aku rasa. Macam magic.... je!

6 comments:

Mama Zharfan said...

tapi PB ni marketing wise is scam, sbb harga asal dlm RM100 lebih ajer, dijual dgn harga RM2k..

apa2 korset pun sama functionnya, yg penting jaga mkn+exercise

Wansteddy Tales said...

hehe... mungkin juga.. tp setakat wan test, sbb dah bnyk jenis korset penah beli. PB ni mmg lain dr yg lain. wan perabis lebih krg rm200 setahun utk 2,3 korset setahun. ada yg rosak, ada yg langsung xselesa. rasa cm membazir habiskn duit kat korset yg xde jaminan camtu.

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said...

hurm..sy tau MZ baca kat maner ... me pun dah bace ...

tp best le wan bile rase magic tu kan...hanie ni lg le jgn cakap..anak dah 4 masuk 5 , haruss ler m'geleber jua ...

Wansteddy Tales said...

ada linknya Hanie? share dgn wan ;) act benda cmni xlemahkan smngt wan pn. esp wan blm pn start biz. kita nak body kemas tp spend duit rm100 je. mmg xdpt la. even kita spend duit kat gym pn bulan2 kena bayar beratus, kan... setahun? campur tolak beribu juga. sama kos dgn beli set PB yg ada jaminan seumur hidup. wan sdri bz dgn job sbb tu xdpt spend msa excersise n ke gym. juz simple bersenam kat rumah, mmg xckup. Hanie kalau berminat boleh email kat wan. insya'allah wan bg harga yg berbaloi. sapa kenal wan tahu dah. mmg xpernah amik untung pn. sbb tu dr dulu hingga kini pgg status designer xkaya! hhhaha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mesti kat aidid muhaibib punya blog.. kat situ penuh citer mlm.. kekadang kesian gak sbb sampai takut budak2 muda ne nak meniaga..

cuba wan tgok sini http://aididmuaddib.blogspot.com/

amik yg betul buang yg tak betul..

Wansteddy Tales said...

Blog ni ke yg dari penulis sampai ke follower yg kuat mencarut tu? dgr2 dr kawan2 je. sblm ni da dpt link ni n baca.
kdg2 terlalu taksub nk bercerita dan tulis penambah rasa sampai TERlupa nak jaga budi bahasa ;P