Nuffnang

Sunday, August 14, 2011

Premium Beautiful confirm boleh jayakan diet!

Kita nak diet, tapi nak makan banyak. Macam mana niat nak diet tu dapat dijayakan...  Jawapan mudah, pakailah Premium Beautiful. Gerenti kempen diet tu dapat berjalan lancar. Hari kedua memakai Premium Beautiful. Rasa lebih selesa dan kemas berbanding hari pertama. Menariknya, aku rasa mudah kenyang. Bukan tak berselera langsung, cumanya dapat makan dalam kuantiti sedikit dengan rasa kenyang berpanjangan. Alhamdulillah...

Biasa kalau boleh makan separuh pinggan nasi. Konon nak diet, tak sampai setengah jam, perut menggeruk kemain minta di isi lagi. Sejak memakai PB, aku rasa makan sikit dah memadai. Boleh je makan banyak kalau suka, tapi nak buat apa kan. Ikut nafsu namanya. Lebih baik makan dalam jumlah yang diperlukan. Selain dapat capai target diet, kesihatan pun lebih baik. 

Menariknya kerana Premium Beautiful,  sekarang aku lebih gemar minum air masak. Kawan-kawan yang kenali aku memang sedia maklum, aku ni penggemar kopi tegar. Minuman kegemaran nescafe tarik, kopi o dan teh tarik. Semuanya sumber utama kegemukkan ini. Memang jarang benar minum air masak. Dan kalau sesekali aku order, memasing terkejut badaklah, tak percaya! hahahha... Tercapai juga impian nak laksanakan misi minum air masak 8 gelas sehari. Kalau dulu impian jadi angan-angan je la. Sehari dua bolehlah minum dua tiga gelas air masak. Hari berikutnya cari air manis balik! Tapi sekarang hanya air masak yang rasa masuk kat tekak. Kalau minum teh tarik, rasa sebu sampai nak terjeluak. Semuanya gara-gara penangan PB!

Bila ada yang kata pakai PB boleh kurus. Itu fakta. Caranya? dengan memakai PB kita dapat kurangnya nafsu makan bermaharajalela. Minum pula air masak yang memang terbaik untuk kesihatan. Bagi insan yang selalu komplen takde masa nak eksersais macam aku, memang wajarlah pakai PB.  Masakan tidak, aku berperang dengan masa dengan kerja sebagai designer, freelancer, jadi comper  dan paling penting isteri dan mummy pada Damia. Senaman paling lama aku dapat buat tak sampai 2, 3 minit.  Itu pun selalu skip. Aku tak pergi gym untuk bersenam. Aku tak berjogging waktu petang sebab balik dari pejabat pun lewat petang. Plan diet pula selalu hancus sebab aku makan tak ikut jadual. Dan hentam apa saja yang aku suka. Sekurang-kurangnya sejak pakai PB, dari segi pemakanan, lebih terkawal. Memang diakui, nak kurus cepat, kena perbanyakkan bersenam dan lakukan aktiviti riadah. Tapi semua tu tak jalan kalau balik rumah kita tak jaga pemakanan. 

Dan sekurang-kurangnya dengan PB aku dapat capai satu kehendak utama. Target untuk gayakan baju bersaiz S dengan berjaya! Dengan memakai Premium Beautiful, kita dapat bentuk badan yang sebenar dalam masa singkat. Buktinya kalau tanpa PB saiz pinggang aku 33 inci,  bila sarung PB, pinggang aku jadi 26 inci! Dan andai kata kempen diet aku berjaya... lemak di perut ini akan terus hilang dan aku dapat kembalikan saiz pinggang asal ~ 24 inci! Insya'allah... itu impian aku untuk usaha ini :)

Kalau berminat nak cuba email je kat aku: washifalo@yahoo.com. Kat facebook dan blog pun ok. Semua perempuan nak tampil langsing. Yang penting, bentuk badan kembali seperti sedia kala.  Kesihatan itu paling utama, tampil cantik itu satu bonus!

PS: untuk hari kedua aku sukat pinggang dah jadi 32 inci. Kurang seinci! So korang pikir aku pakai Premium Beautiful suka-suka je ke? Tepuk dada tanyalah selera ;)

4 comments:

Cik Puan Nurul said...

24 inci saiz pinggang saya masa delapan belas tahun huhuhu..payah weh nak dapat ituu..dulu 34 24 36 kehkehkeh..sebenarnya tak kisahlah jika berapa pun nombor2 itu selagi yg pinggang tu lebih kecil dr yg atas n bawah mknenya kita masih shape,ade lekukan kalo sama je ukurannya or lebih besar mknanya kita adalah pembaris or buah pear hihi

Wansteddy Tales said...

wah... zmn ank dara dlu xpk nk diet2 you... tibailah apa saja. perut maintain! hahaaa.. tp skrg, mkn sikit, buncit! makan bnyk lagi la... berderu2 lemak berlonggok tu psl dari 24 jadi 33! wawawa... nk eksesais malas ya robbi... korset je la pembantu diet. kena usaha lagi! caiyo2 ><

ayu jamal said...

he he..tu la akak ni..disiplin pakai PB okeyh..
tapi bab air msk tu la miahhhaaa haa

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

pinggang kerenga ngeh ngeh ngeh