Nuffnang

Followers

Friday, August 12, 2011

Siri Nohin Bercerita Dengan Bulan


Akhirnya buku yang dinanti-nanti selamat diterima. Bercerita dengan Bulan. Siri Nohin. Alhamdulillah... inilah buku terbitan pertama dengan hasil lukisanku. Masih dalam mode terlalu happy. Terima kasih tak terhingga atas kepercayaan yang diberikan oleh editor Buku Prima, Siti Aisyah. Alhamdulillah akhirnya projek ini menampakkan hasilnya.

Inilah buku Siri Nohin bertajuk: Bercakap dengan bulan. Projek ini adalah kerja pertama yang aku hasilkan. Seperti kata my senior, En.Momokz, kalau pertama kali buat kerja design begini memang menuntut komitmen yang tinggi. Aku panik, gemuruh dan gembira dalam masa yang sama. Rasa takut nak pegang amanah besar begini. Tapi inilah peluang terbaik yang aku perolehi sepanjang hidup ini. Dan ya... salah satu impian aku dah jadi kenyataan. Alhamdulillah...

Sedikit paparan buku cerita dalam Siri Nohin: Bercerita dengan bulan. Kualiti kertas, imej dan penggunaan font grafik sangat jelas, kemas dan cantik. Aku hanya melakukan kerja-kerja ilustrasi, manakala kemasan grafik dilakukan oleh pereka grafik Buku Prima. Syabas! 

Sangat berpuas hati dengan setiap helaian mukasurat buku cerita ini. Sangat berbaloi dengan harga yang berpatutan. RM9.90 sahaja sebuah.  Dengan besar hati Wan nak ajak kawan-kawan beli dan buat koleksi. Boleh dibacakan untuk anak-anak sebab jalan ceritanya memang menarik.


Sinopsis Bercerita dengan Bulan: 
Nohin, seorang budak perempuan yang comel berusia lapan tahun. Nohin suka bertanya jika tidak faham mengenai sesuatu perkara. Banyak kejadian yang terjadi padanya membuatkan dia terfikir untuk lebih positif. Puan Saleha dan Encik Saiful juga sering menasihati Nohin dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kan? Kisah-kisah lain yang terdapat dalam siri ini adalah:
  • Nohin Sakit Gigi
  • Balik Kampung Baba
  • Aduh, Sakitnya!
  • Bercerita Dengan Bulan
  • Tolonglah Cari
Marilah beli dan jadikan koleksi anak-anak anda ;)


6 comments:

mama yusra said...

tahniah wan atas p'kembangan t'baru ni, tumpang hepi & bangga! :)

mieraminho95 said...

grats akak..wah..terbit bku tu..nice la!!!

Ezna Khalili said...

Tahniah wan :-)

Nur-nba said...

Cantiknya lukisan Wan dalam buku tu.. Tahniah ye.. Bakat Wan dah semakin berkembang..

rusna wana said...

best ni- kena beli ni - mesti anak akak minat...ada kartun2..

Wan_hazel said...

akak...waaaa...taniah..best nye akak ..hasil tgn dibuku kan..