Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, December 19, 2011

Happy Birthday Wansteddy!


Alhamdulillah... hari ini berginjak angka sebenar usiaku. Sebelum ni selalu aku war-warkan usia aku 29 tahun. Hakikatnya aku masih berusia 28 tahun sehinggalah jam 11.59 malam semalam! Dengan rasminya kini aku beralih ke angka sahih. Hahah... selamat hari lahir Wan Hairulshifah Wan Zahari. Jam 4.30 lebih karang waktu kelahiran.

Semoga angka ni menyedarkan diriku betapa aku perlu belajar bersolek lebih baik. Demi melindungi kedutan yang kian berselirat di muka. Dan belajar serta rajin-rajinkan diri memasak lebih kerap. Kerana selama ni aku jadikan kerja memasak sebagai hobi. Bukan tugasan harian hahah... Seterusnya aku nak lebih gigih dalam usaha kerja. Patuh pada matlamat. Tak terkejar-kejar deadline hingga menghuru-harakan hari-hariku. Lebih rajin buat kerja design, lebih  rajin join contest dengan teratur. Lebih bersosial dan kurangkan mulut muncung! hahahah...

Dah tua gini takde lagi sambutan hari lahir macam kecik-kecik dulu. Imbas kenangan kanak-kanak aku. Famili aku jenis menitik beratkan soal hari lahir. Hatta buat jamuan kecil untuk seisi rumah pun dah memadai. Untung ruginya aku yang lahir di hujung tahun. Kadang-kadang mak abah aku lupa hari lahir aku. Tak macam hari lahir adik beradik yang lain sebab dekat-dekat. Hari jadi aku yang di hujung tahun selalu dilupakan. Secara tak sengajanya kot. Untungnya hari jadi aku jatuh pada bulan bonus gaji! Maka dapatlah hadiah yang besh-besh sikit haahhaa... 

Sekarang ni... nak harapkan sape. Kawan opis? no komen... Mungkin sebab aku ni bukan jenis mulut banyak maka tak rapat dengan kawan-kawan sepejabat. Maka no birthday party untukku. Bahkan masuk saja kerja, bos tak pernah wish besday aku. Selalu keciciran namaku di dalam kad berhias bos yang tulis sendiri. Sedangkan nama staf lain ada pula. Itu zaman boz pertama aku bekerja dulu. Dato' Syed namanya. Ganti bos kedua, Haji Nik... jenis takde nak wish-wish besday dah. So papan kenyataan tidak lagi diisi dengan kertas berbunga wish besday untuk staf BKVS hahha... Bos ganti yang kini jadi ketua cawangan aku Pak Rashid jenis bz manjang. So soal wish-wish ni memang takde la hahha... Dan masuk bos paling terkini. Langsung takde! Mimpilah kalau dia nak tampal kertas birthday untuk semua staf secara bulanan okey...  Disebabkan itu... Jangan mimpi kawan-kawan opis aku nak raikan birthday kengkawan. Kalau ucap kat dalam facebook tu kira terlebih bagus sangat dah tu. hahah... Makan dalam tak.. Makan dalam tak...  hahahaa.... Kesimpulannya opis aku jenis tak boleh diharap bab-bab keraian. Nak raikan apa-apa sendiri-sendiri je la :P

Harini, hubby kena pergi ke Port Dickson. Ada program Hari Penerangan dan Inovasi di sana. Setiap pegawai 41 kena hadiri taklimat selama 4 hari kat sana bermula hari ni. Kecewanya aku... Rancangnya aku nak tonton teater Aladdin the musical di Sunway Lagoon malam ni. Malam ni! Aku dah happy berjoget sakan jumaat lepas dapat panggilan dari Hot Magazine, katakan aku menangi 2 pas masuk teater ni. Tentulah aku suka. Benda free! Kena pulak jatuh pada hari jadi sendiri. Macam hadiah la ni. Sayangnya.... tak dapat pergi. Sedih sangat-sangat. Nampaknya burn gitu sajalah tiket tu. Sayangkan...

Ucapan untuk diri sendiri: Happy Besday Wansteddy! Bersyukurlah masih bernafas hingga ke hari ini... Moga happy-happy selalu. Murah rezeki dan dikurniakan kesihatan baik berpanjangan. Yang penting semoga keluargaku aman bahagia, selamanya... Amin...

11 comments:

Memo_Hazel said...

selamat hari laher kak. hehe. memo semalam, 18 disember 2011. tapi tahun 1989. ehe. mmg junior akak la memo ni. ;)

selamat hari laher kak wansteddy! <3

Cik Ayu said...

Happy Birthday.. Next week turn Cik Ayu plak

Mama Zharfan said...

epi besday wan! moga panjang umur, murah rezeki & happy2 selalu..amiin

Dalila Hamid said...

hepy besday... semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan tercapai apa yg dicitakan...amin

Mummy Ayu said...

happy buzzday dear!!

AyuArjuna BiGoshh said...

selamat hari lahir wan.....moga sentiasa ceria di samping yang terchenta

Ummi Dania Yasmine said...

Selamat Hari Jadi buat Wan. Semoga tercapai segala impian...

Em's Family said...

Happy Birthday Wan.. moga panjang umur dan murah rezeki .. untung betul jadi orang paling last masuk angka 3

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

semoga wan terus ukcess.. ila dah wish tau kat fb!! memalam ila wish tau!!

yantz-yeem said...

paling penting wish dari org tersayang....tu kalo si mie x wish mmg muncung sedepa la tu hehehehe....anway once again happy birthday...aku x leh nak enjoy berblog dah...ni pun tumpang pc org lain...serabut giler kat atas nie..wat sakit ati jek...huhuhu...rindu nak berblog!!!

cikceriacorner said...

eppy besday wan..semoga sihat dan ceria selalu..:)