Harini bali saja dari pejabat aku zzZZzzz, tertidur. Mengadu penat pada hubby, dia pun tengok kesian gamaknya. Maka beradulah isteri dia sebelum waktu tidurnya. Sudahnya tika orang lain dah mula tidur, aku dan Damia masih terkebil-kebil dalam rumah.
Semalam ada taklimat skim bakat untuk kakitangan kerajaan di bangunan KPKK. Alhamdulillah segala urusan lancar seperti yang dirancangkan. Terima kasih pada semua yang sudi terlibat dan memeriahkan majlis. Aku bertugas sebagai urusetia majlis. Walaupun tidaklah teruk mana tugasannya, sebab kebanyakkan masa lebih pada mendengar taklimat penting ni. Tapi elok selesai segalanya barulah terasa letih seluruh badan. Betullah kata orang, kadang-kadang lebih penat layan orang dari layan kerja. Sebab komunikasi tu pun kena ada tenaga. Tu orang kata la ;)
Cadangnya nak balik kampung malam tadi. Tapi hubby pun nak rehat dulu. Harap-harap dapatlah balik kampung seawal pagi sebelum subuh seperti yang dirancangkan semalam. Aku kira dah ramai yang berangkat balik kampung. Walaupun dah lewat malam, bunyi kereta menderu-deru kat luar. Tanda jalan masih belum lenggang. Doa-doakanlah perjalanan balik kampung dan pulang ke sini selamat dan lancar, ya. Amin...
2 comments:
hati2 balik kampung :)
Insya'allah... tQ nida husna ;)
Post a Comment